wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 : KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Mengapakah konflik tersebut tercetus?

a)

Persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi

b)

Pemodenan Pemimpin

c)

Menentang Penjajah

d)

Pengenalan Birokrasi Barat

2.

Perang Dunia Pertama meletus kerana persaingan kuasa imperialis untuk mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah. Apakah bahan mentah yang sangat diperlukan ?

a)

Bijih Timah

b)

Rempah ratus

c)

Emas

d)

Tembikar

3.

Pembentukan Pakatan Ketenteraan di Eropah membawa kepada suasana politik yang tidak stabil. Apakah pakatan ketenteraan tersebut?

a)

Kuasa Paksi

b)

Pakatan Bertiga

c)

Katipunan

d)

Liga Bangsa

4.

Perpecahan empayar Rusia telah membawa kepada penubuhan negara baharu.Negara-negara baharu adalah seperti berikut kecuali...

a)

Poland

b)

Latvia

c)

Estonia

d)

Iraq

5.

Perang Dunia Pertama telah membawa kepada kemunculan negara baharu. Namakan negara baharu tersebut?

a)

Austria

b)

Itali

c)

Tanah Melayu

d)

Perancis

6.

Konflik Dunia telah memberikan iktibar kepada kita. Pada pendapat anda, apakah iktibar daripada peristiwa ini?

a)

Kepentingan memelihara keamanan dunia

b)

Kepentingan permuafakatan

c)

Kepentingan bertolak ansur

d)

Kepentingan saling hormat menghormati

7.

Negara manakah yang menyokong Austria untuk menyerang Serbia dalam Perang Dunia Pertama

a)

Rusia

b)

Jerman

c)

Perancis

d)

Amerika Syarikat

8.

Pemimpin berikut dikatakan telah mengingkari Perjanjian Versailles. Bagaimanakah beliau mengingkari perjanjian tersebut?

a)

Menakluki negara Poland

b)

Membentuk Pakatan tentera

c)

Membesarkan angkatan tentera

d)

Mengurangkan bayaran pampasan

9.

Kemunculan negara bangsa yang banyak di Eropah sekitar abad ke-19 telah menyebabkan berlakunya Perang Dunia Pertama.


Mengapakah kuasa-kuasa tersebut sanggup berperang

a)

Menunjukkan kekuatan tentera masing-masing

b)

Semangat nasionalisme yang kuat

c)

Bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan

d)

Perlumbaan senjata

10.

Perang Dunia Pertama telah memberi kesan terhadap perubahan sistem politik di Eropah.


Apakah perubahan tersebut?

a)

Amerika Syarikat mula menguasai negara Eropah

b)

Negara eropah terpecah kepada dua blok

c)

Menamatkan pemerintahan beraja

d)

Wujudnya pertubuhan bangsa-bangsa bersatu

11.

Apakah matlamat perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan? (ms 52)

a)

Mempertahankan kemerdekaan

b)

Mempertahankan hak penduduk tempatan

c)

Mendapatkan sokongan sebagai pemimpin

d)

Mempertahankan hak sebagai pemungut cukai

12.

Pada 11 November 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa untuk orang Islam.

Mengapa empayar Uthmaniyah bertindak demikian ?

a)

Mencetus revolusi agama

b)

Menyeru menentang penjajah

c)

Menyekat pengaruh penjajah

d)

Menghapuskan fahaman sekularisme

13.

Gambar adalah akhbar Utusan Melayu yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua.

Apakah isu yang dimuatkan dalam akhbar tersebut ?

a)

Kesedaran kebangsaan

b)

Kemunduran rakyat

c)

kekejaman penjajah

d)

Ketidakstabilan politik

14.

Persidangan Damai yang diadakan pada bulan Jun

1919 membawa kepada termeterainya Perjanjian

Versailles.


Mengapakah perjanjian tersebut dikatakan memberi kesan kepada negara Eropah ?

a)

Pembentukan negara baharu

b)

Perkembangan fahaman komunis

c)

Pertambahan kaum imigran

d)

Pembahagian kekayaan sama rata

15.

Negara- negara Barat bersaing untuk mendapat tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah dan pasaran.

Mengapakah timbulnya persaingan di antara negara-negara Barat?

a)

Keagamaan

b)

Kekayaan

c)

Kemegahan

d)

Revolusi Industri