NEW
Font size
WorksheetsBAB AQIDAH (TINGKATAN 3)
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Nyatakan maksud Al – Ghani menurut bahasa .
Amat banyak memberi rezeki
Tidak memerlukan kepada yang lain.
Maha pemurah kepada semua hambaNya.
Maha penyayang kepada orang yang beriman.
Berikut adalah bukti bukti Allah bersifat Al – Ghani kecuali .
Allah memberi rezeki kepada semua makhluk.
Semua makhluk sentiasa berhajat kepada Allah .
Allah s.w.t. menguasai seluruh makhluk di langit dan bumi .
Allah mencukupkan keperluan makhluk dengan kurnian-Nya .
Nyatakan maksud Al- Ghani menurut Istilah .
Allah yang Maha kuat dan mempunyai kekuatan yang sempurna
Allah Maha Kaya dan tidak memerlukan kepada sesuatu yang lain
Allah yang Maha berkuasa menentukan sesuatu berdasarkan kehendak dan ilmunya .
Allah Maha pemberi rezeki yang menjadikan rezeki dan mengurniakannya kepada seluruh HambaNya .
Kesan beriman kepada Al Ghani ialah .
Menginsafi kekuaasaan Allah yang Maha Bijaksana.
Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain
Sentiasa berdoa agar mendapat rezeki yang mencukupi .
Sentiasa melahirkan rasa berhajat kepada kurniaan Allah .
Beriman kepada rasul merupakan rukun iman yang ke ______ .
3
4
5
6
Nyatakan maksud beriman kepada rasul.
Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan nabi dan rasul untuk umat manusia.
Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan nabi dan rasul untuk orang kafir
Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan rasul untuk orang islam
Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan rasul untuk orang arab
Perintah beriman kepada rasul adalah dari….
Kitab Feqah
Kitab Tauhid
Ijmak dan Qias
Al-Quran dan Hadis
Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang nabi dan rasul?
Nabi dan rasul adalah lelaki pilihan Allah dan dikurniakan wahyu.
Nabi tidak diperintahkan untuk menyampaikan wahyu
Rasul mempunyai pengikut dari kaum masing-masing.
Semua nabi adalah rasul
Maksud rasul dari segi istilah ialah………………
Lelaki pilihan Allah yang dikurniakan wahyu tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikan kepada umatnya
Lelaki pilihan Allah yang dikurniakan wahyu dan diperintahkan untuk menyampaikan kepada umatnya
Lelaki utusan Allah menjadi ketua kepada sesuatu kaum
Lelaki utusan Allah yang beriman dan bertakwa
Lelaki pilihan Allah yang diberi wahyu tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikan kepada umatnya.Lelaki tersebut ialah…….
Wali
Kadhi
Nabi
Rasul
Sifat wajib bagi rasul ada ……
1
2
3
4
Para rasul bersifat bijaksana semasa berdakwah.Kenyataan ini menunjukkan rasul bersifat……
Siddiq
Amanah
Tabligh
Fatonah
Lawan sifat rasul tabligh ialah…………..
Kizbun
Kitman
Khianat
Baladah
Berbohong samada dalam percakapan atau perbuatan merupakan sifat mustahil bagi rasul.Ini bermakna rasul bersifat ………..
Siddiq
Amanah
Tablugh
Fatonah
· Telah berdakwah selama 950 tahun.
· Umat baginda yang ingkar telah dimusnahkan dalam banjir besar
Pernyataan di atas merujuk kepada Nabi……
Nabi Idris
Nabi Nuh
Nabi hud
Nabi Soleh
Di antara mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Soleh ialah…….
Tongkat menjadi ular
Tidak hangus dibakar dalam api
Boleh bercakap dengan haiwan
Mengeluarkan seekor unta daripada celah batu
Umat Nabi Lut yang melakukan hubungan sejenis (liwat) telah dimusnahkan oleh allah
dengan cara
Halilintar yang sangat kuat
Pekikan suara daripada langit
Angin sejuk yang sangat kencang
Diterbalikkan bumi ke atas mereka
Apakah sebab Nabi Ibrahim digelar Abu Al Anbiya’
Ramai nabi dan rasul lahir dari keturunan baginda
Menghadapi tentangan Raja Namrud yang zalim
Mempunyai keturunan yang ramai
Dilantik menjadi raja di Palestin
Berikut merupakan hikmah rasul dipilih dalam kalangan manusia kecuali
Menjadi ujian kepada manusia.
Manusia makhluk pertama diciptakan
Manusia lebih mudah beriman kepada rasul
Rasul menunjuk contoh ikutan yang sempurna
Rasul dipilih dalam kalangan manusia kerana mereka merupakan __________
Khalifah
Makhluk
Khazanah
Ketua
