wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN KATA ADJEKTIF

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

a)

panjang

b)

kecil

c)

pendek

d)

besar

2.

Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.

a)

laju

b)

pantas

c)

deras

d)

kuat

3.

Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.

a)

teliti

b)

lemah

c)

sopan

d)

santun

4.

Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Muar kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

a)

baru

b)

antik

c)

retak

d)

runtuh

5.

Suasana di Kampung Bukit Kangkar sungguh __________ dan tenang.

a)

sibuk

b)

damai

c)

serabut

d)

genbira

6.

Kakak tidak suka makan daging kambing kerana baunya ___________.

a)

hapak

b)

tengik

c)

hamis

d)

haring

7.

Xuan Heng berjalan dengan __________ supaya cepat sampai di rumahnya.

a)

tertib

b)

gopoh

c)

pantas

d)

cermat

8.

Jie Bin berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sekelasnya.

a)

pilu

b)

gusar

c)

geram

d)

gembira

9.

Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandu itu.

a)

kelajuan

b)

kecuaian

c)

keberanian

d)

kesibukan

10.

Ayah sedang mengasah parang yang tumpul itu.


Berikan perkataan antonim bagi perkataan tumpul.

a)

tajam

b)

nipis

c)

tirus

d)

baru

11.

Air kopi itu ________ kerana tidak dimasukkan gula.

a)

masin

b)

masam

c)

manis

d)

pahit

12.

Hujan __________ yang petang tadi telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.

a)

lemah

b)

lebat

c)

renyai

d)

hebat

13.

Penglihatan nenek semakin ___________ kerana usianya telah lanjut.

a)

malap

b)

kabur

c)

suram

d)

gelap

14.

Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau ___________ ikan air tawar.

a)

hapak

b)

hanyir

c)

tengik

d)

hancing

15.

Udara di pergunungan memang _____.

a)

enak

b)

nyaman

c)

wangi

16.

Pemandangan di kaki gunung itu sungguh _______________ terutamanya pada waktu senja.

a)

bersih

b)

indah

c)

merdu

17.

Bapa berasa _____ setelah pulang dari pejabatnya pada pukul 9 malam.

a)

segar

b)

penat

c)

kecewa

18.

Baju yang dipakai oleh ibu Mei Mei berwarna ________________ .

a)

putih

b)

hijau

c)

kelabu

19.

Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan ____________ .

a)

kemas

b)

selerak

c)

kotor

20.

Hujan yang ____________ telah menyebabkan halaman rumah nenek digenangi air.

a)

deras

b)

rembas

c)

renyai

d)

kuat