NEW
Font size
WorksheetsTahun 5 Unit 1 Kemahiran Saintifik -Cikgu Nora 013 2261461-
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kemahiran manipulatif?
Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
Mengukur dengan tepat
Memerhati ciri-ciri spesimen dengan tepat
Mentafsir data dengan tepat
Antara yang berikut, yang manakah bukan sebahagian daripada kemahiran proses Sains?
Mengelas
Mentafsir data
Membuat inferens
Merekod keputusan penyiasatan yang difikir munasabah sahaja
Antara berikut, yang manakah definisi secara operasi bagi kekuatan magnet?
Jenis objek yang dapat ditarik oleh magnet
Kebolehan magnet menarik klip kertas
Bilangan klip kertas yang dapat ditarik
Saiz magnet
Antara peralatan berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk menyukat jisim objek?
Sekumpulan murid menyimpan seekor berudu di dalam bekas kaca untuk memerhatikan peringkat tumbesarannya. Apakah yang harus dibuat setelah berudu berubah menjadi katak?
Biarkan katak di dalam bekas kaca.
Lepaskan katak ke habitat semula jadinya.
Bunuh katak itu dan tanamkannya di taman sains.
Tuangkan air bersama katak ke dalam tong sampah.
Antara berikut, yang manakah definisi secara operasi bagi kadar pernafasan?
Bilangan denyutan jantung dalam satu tempoh masa.
Bilangan pergerakan dada dalam satu tempoh masa
Kebolehan peparu manusia bernafas
Kekerapan manusia bernafas
Antara langkah berikut, yang manakah tidak betul dalam proses eksperimen?
Membina hipotesis berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti
Menentukan kaedah dan radas yang sesuai untuk eksperimen
Menjalankan eksperimen untuk menguji hipotesis
Membuat kesimpulan berdasarkan ramalan yang dibuat
Antara yang berikut, yang manakah bukan pemerhatian kualitatif?
Bau busuk
Rasa pahit
Tekstur yang lembut
Panjang objek ialah 9 cm
Setiap murid perlu mempunyai sikap tanggungjawab semasa berada di dalam bilik sains untuk
Menjaga kesihatan masing-masing
Memudahkan guru mengajar
Memeriahkan suasana di dalam bilik sains
Menghindarkan sebarang kemalangan
Antara berikut, yang manakah bukan definisi secara operasi tentang kadar pertumbuhan anak pokok?
Ukuran tinggi anak pokok
Ukur lilit batang anak pokok
Warna bunga yang dihasilkan
