wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HOMEOSTASIS TING 1

Total questions: 25

Worksheet time: 1hrs 16mins

Name
Class
Date
1.

Homeostasis ialah proses _________________ keadaan persekitaran dalam badan supaya berada dalam keadaan seimbang dan stabil.

a)

pengekalan

b)

perubahan

c)

penyediaan

2.

Kawal atur suhu badan manusia melibatkan __________, __________ dan _____________

a)

sistem saraf, sistem endokrin , sistem otot

b)

sistem pembiakan, sistem respirasi, sistem perkumuhan

c)

sistem pembiakan, sistem rangka, sistem perkumuhan

d)

sistem saraf, sistem endokrin , sistem limfa

3.

Nyatakan dua sistem badan yang terlibat dalam pengawalaturan air dalam badan.

a)

sistem endokrin dan sistem perkumuhan

b)

sistem pembiakan dan sistem perkumuhan

c)

sistem endokrin dan sistem peredaran darah

d)

sistem rangka dan sistem pembiakan

4.

Yang manakah tidak berkaitan apabila seseorang minum air dengan banyak?

a)

ginjal menghasilkan banyak air kencing

b)

tidak berasa dahaga

c)

ginjal menghasilkan kurang air kencing

5.

Apakah yang berlaku kepada badan seseorang dalam keadaan cuaca yang terlalu sejuk?

a)

lebih banyak peluh terhasil

b)

bulu roma berdiri tegak

c)

salur darah dalam kulit mengembang

d)

kadar metabolisma berkurang

6.

Apakah cara pengawal aturan suhu bagi organisma di bawah?

a)

menjelirkan lidah

b)

menjilat bulu

c)

berendam dalam air

d)

mengipas telinga

7.

Transpirasi merupakan proses ____________ wap air melalui _____________ dari permukaan daun pada tumbuhan.

a)

pengekalan, penyejatan

b)

kehilangan, penyejatan

c)

kehilangan, kondensasi

d)

pengumpulan, penyejatan

8.

Nyatakan bahagian daun yang mengawal kehilangan air.

a)

sel pengawal

b)

kloroplas

c)

mitokondria

d)

membran sel

9.

Pada waktu siang, stoma _________ supaya air berlebihan tersejat melalui transpirasi

a)

terbuka

b)

tertutup

10.

Pada waktu malam, stoma _________ untuk mengurangkan penyejatan air melalui transpirasi

a)

terbuka

b)

tertutup

11.

Pokok pisang ____________ daun pada cuaca panas untuk mengurangkan kehilangan ________ melalui transpirasi

a)

membuka, air

b)

menggulung, air

c)

menggulung, udara

d)

membuka, udara

12.

Antara berikut, yang manakah mekanisme pembetulan yang betul semasa badan mengandungi aras air yang rendah?

a)

otak merangsang hormon supaya kurang air kencing yang dihasilkan

b)

otak merangsang hormon supaya lebih air kencing yang dihasilkan

c)

air kencing cair

d)

tidak berasa dahaga

13.

Antara berikut, yang manakah mekanisme pembetulan yang betul semasa suhu badan meningkat semasa cuaca panas?

a)

salur darah mengembang

b)

salur darah mengecut

c)

bulu roma menegak

d)

kurang berpeluh

14.

Apakah proses yang dilakukan oleh tumbuhan seperti dalam rajah di bawah?

a)

respirasi

b)

transpirasi

c)

fotosintesis

15.

Kadar degupan jantung ____________ apabila melakukan aktiviti cergas.

a)

meningkat

b)

menurun

c)

tidak berubah

16.

Semasa cuaca panas, sebahagian haiwan melembapkan badan mereka dengan air liur. Mengapa haiwan ini berbuat demikian?

a)

Air liur menghalang badan daripada kekeringan

b)

Air liur menyejat dan menyejukkan badan

c)

Air liur membunuh mikroorganisma yang berbahaya kepada kulit

d)

Air liur mencegah kulit haiwan daripada terbakar oleh cahaya matahari

17.

Apakah organ yang terlibat dalam kawal atur kandungan air?

a)

otak dan ginjal

b)

ginjal dan kulit

c)

peparu dan kulit

d)

otak dan peparu

18.

Apakah kepentingan homeostasis?

a)

badan sentiasa lemah

b)

organ dalaman badan tidak terkawal

c)

persekitaran dalm badan seimbang dan stabil

d)

proses hidup di dalam badan tidak berjalan lancar

19.

Yang manakah contoh homeostasis dalam benda hidup?

a)

manusia menggigil apabila kesejukan

b)

kucing berhibernasi pada musim sejuk

c)

manusia berpeluh semasa cuaca sejuk

d)

pokok pisang menggulungkan daunnya pada cuaca panas

20.

Apakah HOMEOSTASIS?

a)

keadaan menggigil apabila kesejukan

b)

penyingkiran peluh ketika cuaca panas

c)

proses biologi dan gerak balas terhadap perubahan keadaan badan

d)

mekanisme kawal atur dalaman organisma yang mengekalkan keadaan persekitaran dalaman tubuh dalam keadaan seimbang

21.

Rajah menunjukkan seorang budak perempuan berpeluh pada hari panas. Yang manakah menunjukkan gerak balas biologi yang berlaku di dalam badannya?

a)

menggigil

b)

bulu roma condong ke kulit

c)

salur darah mengembang untuk membawa banyak darah ke kulit

d)

kadar degupan jantung menurun

22.

Yang manakah gerak balas homeostasis bagi anjing?

a)

menegakkan bulu untuk memerangkap haba

b)

pasif dan pergerakan menjadi perlahan ketika cuaca sejuk

c)

mencari tempat lembap untuk mengurangkan penyejatan air

d)

menjelirkan lidahnya untuk membebaskan haba daripada badan

23.

Yang manakah boleh mengawal atur air dalam tumbuhan?

a)

osmosis

b)

resapan

c)

transpirasi

d)

fotosintesis

24.

Rajah menunjukkan seorang perempuan menggigil kesejukan semasa cuaca sejuk. Yang manakah TIDAK akan meningkatkan suhu badan perempuan itu?

a)

memakai baju tebal

b)

melakukan aktiviti cergas

c)

minum air sejuk yang banyak

d)

menaikkan suhu penghawa dingin

25.

Rajah menunjukkan seekor cicak. Semasa cuaca panas pergerakan cicak menjadi _______

a)

pantas

b)

lambat