wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tahun 5 Unit 2 Peraturan Bilik Sains-Cikgu Nora 013 2261461-

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara murid berikut, yang manakah tidak mematuhi Peraturan Bilik Sains?

a)

Amir membuka cermin tingkap dan pasang kipas apabila masuk ke dalam Bilik Sains

b)

Yani mengikat rambutnya dengan rapi ketika mengendalikan eksperimen

c)

Ah Chong menyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan kertas yang menyala

d)

Mala menyusun kerusi dan kemas Bilik Sains sebelum keluar

2.

Antara pernyataan berikut, yang manakah bukan kepentingan mengamalkan Peraturan Bilik Sains?

a)

Mengelakkan berlakunya kebakaran dan kecederaan

b)

Memastikan murid membawa keluar peralatan sains tanpa kebenaran guru

c)

Mengelakkan murid mengalami keracunan kerana terhidu gas beracun

d)

Mengelakkan anggota badan daripada melecur akibat terkena bahan buangan cecair yang mengakis

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan bahan yang beracun dan harus dikendalikan dengan berhati-hati?

a)

Minyak tanah

b)

Merkuri

c)

Alkohol

d)

Natrium klorida

4.

Antara berikut, yang manakah tindakan awal yang perlu diambil apabila kebakaran berlaku di dalam bilik sains?

a)

Bunyikan loceng kebakaran.

b)

Pastikan semua suis elektrik ditutup.

c)

Semua murid di dalam bilik sains harus berlari keluar dengan pantas.

d)

Tutupkan pintu dan tingkap bilik sains setelah semua murid keluar

5.

Antara yang berikut, yang manakah perkara yang perlu dilakukan semasa berada di dalam bilik Sains?

a)

Makan dan minum

b)

Bergurau dengan rakan

c)

Mengikut arahan guru

d)

Buang sampah ke dalam sinki

6.

Setelah menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia, kita harus

a)

Mengelap tangan dengan kertas tisu

b)

Mengelap tangan dengan pakaian kita

c)

Mencuci tangan dengan sabun dan air

d)

Menyapu krim tangan pada tangan

7.

Rajah 1 menunjukkan satu tumpahan bahan kimia di atas lantai bilik sains. Apakah tindakan pertama yang harus dibuat?

a)

Lapkan tumpahan dengan segera.

b)

Tutup tumpahan dengan sekeping kain.

c)

Tuangkan banyak air ke atas tumpahan.

d)

Laporkan kejadian itu kepada guru dengan segera.

8.

Apakah kegunaan gebar api yang ditunjukkan pada rajah 2?

a)

Mengelap tumpahan bahan kimia

b)

Melindungi badan daripada kesejukan

c)

Memadamkan api yang kecil dalam satu kebakaran

d)

Membersihkan permukaan meja sebelum eksperimen dimulakan

9.

Dimanakah bahan beracun dan berbahaya patut disimpan?

a)

Di dalam laci guru di Bilik Sains

b)

Di dalam almari berkunci yang disediakan di Bilik Sains

c)

Di atas rak di Bilik Sains

d)

Di dalam stor

10.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan peralatan perlindungan diri semasa melakukan eksperimen?

a)

Apron

b)

Cermin mata hitam

c)

Topi keledar

d)

Cermin mata keselamatan