wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Korban & Akikah

Total questions: 35

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Hukum melakukan korban bagi orang Islam yang mampu ialah

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Sunat

d)

Sunat muakad

2.

Ibadah korban yang disyariatkan oleh Islam adalah untuk mengingati dan menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh

a)

Nabi Adam a.s. dan isterinya Siti Hawa

b)

Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.

c)

Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s.

d)

Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Ali bin Abi Talib

3.

Al-An'am membawa maksud

a)

Binatang ternakan yang dipelihara

b)

Binatang ternakan yang halal dimakan

c)

Binatang ternakan yang sihat dan sempurna

d)

Binatang ternakan berkaki empat yang boleh dimakan dan jinak

4.

Hukum korban menjadi wajib apabila seseorang itu

a)

bernazar

b)

dikurniakan cahaya mata

c)

berniat untuk berkorban

d)

mempunyai rezeki yang lebih

5.

Waktu yang afdal untuk melakukan ibadah korban adalah

a)

sebelum solat sunat Aidiladha

b)

selepas naik matahari pada Hari Raya Aidiladha

c)

selepas gelincir matahari Hari Raya Aidiladha

d)

sebelum terbenam matahari Hari Raya Aidiladha

6.

Berikut adalah syarat-syarat sah korban kecuali

a)

binatang al-An'am

b)

binatang yang cukup umur

c)

disembelih sendiri oleh orang yang berkorban

d)

binatang ternakan yang sihat dan tidak cacat

7.

Daging korban dibahagikan kepada tiga bahagian kecuali

a)

1/3 kepada orang ramai

b)

1/3 kepada anak yatim

c)

1/3 kepada fakir miskin

d)

1/3 kepada orang yang berkorban

8.

Bilakah ibaddah korban dilakukan

a)

10, 11, 12, & 13 Zulhijah

b)

10, 11, 12 & 13 Zulkaedah

c)

1 Syawal

d)

pada bila-bila masa sahaja

9.

Contoh binatang al-An'am ialah

a)

ayam, itik, arnab

b)

kerbau, kuda, unta

c)

biri-biri, rusa, burung unta

d)

kambing, lembu, unta

10.

Berapakah umur lembu yang sah untuk dijadikan korban?

a)

Dua tahun atau lebih

b)

Tiga tahun atau lebih

c)

Empat tahun atau lebih

d)

Lima tahun atau lebih

11.

Waktu korban berakhir apabila

a)

terbit matahari 13 Zulhijah

b)

gelincir matahari 13 Zulhijah

c)

terbenam matahari 13 Zulhijah

d)

naik matahari 13 Zulhijah

12.

Korban ialah penyembelihan binatang al-An'am yang dilakukan pada hari raya Aidiladha dan hari Tasyrik dengan tujuan (a)   kepada Allah

13.

Hukum orang yang bernazar memakan daging korban nazarnya ialah (a)   .

14.

Akikah bermaksud menyembelih binatang al-An'am sempena (a)   sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

15.

Hukum daging akikah dimasak manis dan dibuat jamuan ialah

a)

harus

b)

sunat

c)

wajib

d)

sunat muakad

16.

Ibadah akikah afdal dilakukan pada

a)

hari pertama kelahiran bayi

b)

hari ketiga kelahiran bayi

c)

hari ketujuh kelahiran bayi

d)

sebelum bayi mencapai usia baligh

17.

Sembelihan akikah bagi kanak-kanak lelaki ialah

a)

seekor lembu

b)

dua ekor lembu

c)

seekor kambing

d)

dua ekor kambing

18.

Berikut adalah perkara sunat yang dilakukan ke atas bayi yang baru lahir pada hari ketujuh kelahiran kecuali

a)

berkhatan

b)

memberikan nama

c)

melakukan akikah

d)

mencukur rambut bayi

19.

Melakukan ibadah akikah ke atas bayi digalakkan dilakukan pada bila-bila masa sebelum

a)

berkahwin

b)

berkhatan

c)

mencapai usia baligh

d)

mencapai usia 10 tahun

20.

Pilih pernyataan yang benar mengenai ibadah akikah

a)

Sunat diberi daging secara mentah

b)

Ibadah yang dilakukan sebelum kelahiran bayi

c)

Tidak wajib dagingnya disedekah kepada fakir miskin

d)

Haram dimakan dagingnya oleh ibu bapa yang melakukan akikah

21.

Nyatakan umur kambing yang sah dibuat akikah

a)

satu tahun atau telah berganti gigi susu

b)

dua tahun atau lebih

c)

dua tahun atau telah berganti gigi susu

d)

tiga tahun atau lebih

22.
  • Tidak mematah-matahkan tulang binatang akikah
  • Dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi


Pernyataan di atas merujuk kepada ___________akikah.

a)

rukun

b)

sunat

c)

hikmah

d)

syarat sah

23.

Antara berikut yang manakah hikmah akikah kepada bayi yang dilahirkan?

a)

Menghebahkan berita kelahiran bayi kepada masyarakat

b)

Mengeratkan silaturahim antara keluarga bayi dengan jiran

c)

Galakan amalan bersedekah sebagai tanda kesyukuran mendapat zuriat

d)

Mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam

24.

Hukum melakukan akikah ke atas bayi yang baharu lahir ialah (a)   .

25.

Antara sunat melakukan akikah ialah menyembelih binatang ketika matahari (a)   .

26.

Daging sembelihan akikah (a)   disedekahkan kepada fakir miskin.

27.

Kadar sembelihan akikah bagi anak perempuan ialah (a)   kambing.

28.

Unta = 5 tahun atau lebih

X = 1 tahun atau telah berganti gigi susu


Apakah binatang yang tepat bagi X

a)

Lembu

b)

Kerbau

c)

Kambing

d)

Biri-biri

29.

Pilih pernyataan yang benar mengenai daging akikah


I Dagingnya dimasak manis

II Dibuat jamuan untuk orang ramai

III Harus disedekahkan kepada fakir miskin

IV Wajib disedekahkan kepada fakir miskin

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

30.

Puan Maira telah memberikan sedikit daging korban kepada jirannya yang kafir.

a)

Harus

b)

Haram

c)

Makruh

31.

Encik Shamsul melakukan ibadah korban sebelum solat sunat Aidiladha

a)

sah

b)

tidak sah

32.

Tuan Ihsan melakukan ibadah akikah untuk anaknya yang telah berusia 5 tahun.

a)

sah

b)

tidak sah

33.

Antara syarat sah korban dan akikah ialah menyembelih binatang yang (a)   dan tidak cacat.

34.

Sembelihan korban dan akikah mestilah mengikut syarat sah (a)   .

35.

(a)   bagi orang yang berkorban atau warisnya menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian daripada binatang korban.