Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA TKT3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Setiap kali balik ke kampung, Razak akan membawa ______ untuk neneknya.

a)

hati batu

b)

buah hati

c)

tangkai jering

d)

buah tangan

2.

Ina memarahi anaknya kerana sikapnya yang suka mencuri itu menjadi ____ orang kampung.

a)

cekal hati

b)

buah fikiran

c)

buah mulut

d)

halwa telinga

3.

Kumari _____ ketika memilih pakaian yang hendak dibeli di pasar raya yang baru dibuka itu kerana kainnya cantik-cantik belaka.

a)

pejam mata

b)

rambang mata

c)

gelap mata

d)

mata-mata

4.

setelah berkawan selama tiga tahun, akhirnya Fauzi mencurahkan segala _______ kepada teman wanitanya.

a)

isi hati

b)

hangat hati

c)

orang rumah

d)

tumbuk rusuk

5.

Dia tidak mahu ____ dalam permusuhan antara Judy dengan Marie itu.

a)

campur tangan

b)

lepas tangan

c)

cari jalan

d)

makan angkat

6.

________Kumar berubah apabila dia ditertawakan oleh rakan-rakannya.

a)

Telinga nipis

b)

Hati batu

c)

Air muka

d)

Isi hati

7.

Pihak musuh mengangkat _____ apabila banyak antara mereka yang mati terbunuh.

a)

bendera putih

b)

minta nyawa

c)

nipis telinga

d)

pembasuh mulut

8.

Sikap Zaidi yang _______ itu menyebabkan dia tidak tersinggung apabila dimarahi oleh bapanya.

a)

telinga kuali

b)

telinga lintah

c)

tangkai jering

d)

makan suap

9.

Wajah Salwa ______ kerana menghidap penyakit demam malaria.

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti hujan jatuh ke pasir

c)

seperti kacang lupakan kulit

d)

seperti ayam berak kapur

10.

Pasangan pengantin yang bersanding di atas pelamin itu sama padan dan sama cantik ibarat_________.

a)

bulan di pagar bintang

b)

pinang dibelah dua

c)

indah khabar dari rupa

d)

beruk mendapat bunga

11.

( jawatannya sebagai guru sementara itu tidak selamat kerana perkhidmatannya itu bila-bila masa sahaja boleh ditamatkan).

Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas ialah _____

a)

abu di atas tunggul

b)

ayam dimakan tungau

c)

beliung dengan asahan

d)

cicak makan kapur

12.

Jalan menuju ke Tanah Tinggi Cameron ________

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti sampan hanyut

c)

seperti si buta mendapat tongkat

d)

seperti duduk di atas duri

13.

Kita janganlah membazirkan wang untuk membeli sesuatu yang tidak perlu kerana _______

a)

hidup ini suatu perlumbaan

b)

membazir itu amalan syaitan

c)

ilmu pelita hati

d)

masa itu emas

14.

Bertanyalah kepada orang yang arif tentang hukum agama kerana______________

a)

indah khabar daripada rupa

b)

alah bisa tegal biasa

c)

jauhari jua yang mengenal manikam

d)

ukur baju di badan sendiri

15.

Perangai budak itu kasar seperti bapanya. Tepatlah kata pepatah, _______________________

a)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

b)

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaiman contoh begitulah gubahannya.

d)

buang yang keruh ambil yang jernih.

16.

Sikap Mastura yang sering bersungut seorang diri itu _____

a)

laksana kunyit dengan kapur.

b)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

c)

seperti duduk di atas duri

d)

bagai keli kena ketuk

17.

Pemuda buta itu telah mendapat hadiah sebuah televisyen dalam peraduan itu. Hal ini diibaratkan_____

a)

seperti halilintar membelah bumi

b)

seperti di buta kehilangan tongkat

c)

seperti air dalam talam

d)

seperti si kudung memdapat cincin

18.

Karangan Amir telah mendapat pujian menggunung daripada cikgu padahal Anislah yang mengarangnya. Nasib Anis samalah seperti_____

a)

gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

b)

ada ubi ada batas, ada hari boleh balas

c)

lembu punya susu, sapi dapat nama

d)

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

19.

Tidak usahlah kamu mendekainya. Dia hanya suka berkawan dengan orang yang setaraf dengannya. Hal ini diibaratkan____

a)

ayam terlepas , tangan bau tahi.

b)

biar mati anak, jangan mati adat

c)

enggang sama enggang, pipit sama pipit.

d)

pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri

20.

Semas hidupnya, Tok Penghulu Paiman banyak berjasa memajukan Kampung Sembrong. Walaupun kini dia tiada lagi, namun jasa dan baktinya tetap dikenang oleh penduduk kampung. Keadaan ini dikatakan_______

a)

alah biasa tegal baisa

b)

kalu baik dijadikan teladan kalu jahat dijadikan sempadan

c)

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

d)

ke bukit sama didaki, ke luarah sama dituruni