NEW
Font size
WorksheetsKata Arah
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Para pekerja mula membersihkan padang golf itu dari ________ kiri padang tersebut.
sudut
bawah
pinggir
puncak
Beberapa orang pendaki dari pusat pengajian tinggi itu telah berjaya sampai di ________ Gunung Tahan dengan selamat.
atas
hujung
puncak
pangkal
Selepas penat bermain, budak-budak itu berehat di ________ pohon yang rendang.
atas
bawah
tengah
hujung
Semua murid diminta masuk ke _______ dewan utama kerana sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah akan bermula.
depan
dalam
hujung
belakang
“Letakkan penyapu sawang itu di ________ bilik belakang,” kata Haniza kepada adiknya.
atas
tengah
penjuru
samping
Doris Liew terkejut sangat apabila dia disergah oleh kawan-kawannya dari ________.
depan
hujung
penjuru
belakang
Nenek Salmah sedang menggobek sirih di ________ ruang tamu rumah papannya pada petang itu.
sudut
antara
pangkal
belakang
Rumah Cikgu Ahmad Tarmimi terletak di ________ balai raya dan kedai runcit di Bandar Desa Chenderong Balai.
atas
sudut
antara
hujung
Negeri-negeri di pantai ________ seperti Kelantan dan Terengganu kerap dilanda banjir besar ketika musim tengkujuh.
timur
barat
utara
selatan
Mak Cik Munah mengeluarkan sekotak barang kemas yang disimpannya hampir sepuluh tahun itu dari ________ katilnya.
sisi
tepi
atas
bawah
Zainab menggunakan telefon awam di ________ jalan itu kerana telefon bimbitnya sudah kehabisan kredit.
tengah
pinggir
penjuru
seberang
Encik Gopalan menyewa rumah di ________ bandar kerana sewanya lebih murah dan sangat berpatutan.
dalam
tengah
pinggir
hujung
Peserta pertandingan pakaian beragam itu duduk di ________ pentas ketika menunggu giliran mereka memperagakan pakaian masing-masing.
luar
tengah
samping
belakang
Penyelam dari Tentera Laut Diraja Malaysia itu mengambil masa selama dua puluh minit untuk menyelam sampai ke ________ laut.
dasar
dalam
bawah
tengah
Ahmad Suhaimi meletakkan anak-anak udang itu di ________ akuarium untuk makanan ikan peliharaannya.
atas
dalam
puncak
samping
Mat rempit itu terpaksa tidur semalam di ________ lokap sebelum diikat jamin oleh keluarganya.
dalam
tengah
pinggir
belakang
Murid tahun satu itu sentiasa berada di ________ bapanya semasa bapanya membuat pendaftaran pada hari pertama persekolahan.
sisi
luar
bucu
tengah
Pokok kelapa yang tumbang di ________ jalan raya itu sedang dibersihkan oleh penduduk kampung secara gotong-royong.
sisi
tepi
luar
atas
Warung buah-buahan di ________ jalan besar itu akan dipindahkan ke tapak yang baharu tidak lama lagi.
atas
dalam
hujung
hadapan
“Bas ekspress dari selatan ke ________ itu akan sampai sebentar lagi,” kata pegawai yang menjual tiket di kaunter syarikat bas itu.
utara
dasar
bawah
tengah
