wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

peribahasa 1

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Seperti katak di bawah tempurung.

Peribahasa di atas bermaksud seseorang yang

a)

hanya mengetahui suatu perkara.

b)

mempunyai pengetahuan yang sedikit.

c)

menyembunyikan pengetahuan yang dimiliki.

d)

mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara.

2.

2. Sedih sungguh kami melihat penderitaan mangsa banjir itu setelah rumah mereka dihanyutkan air, apatah lagi mereka yang mengalami bencana itu.


Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan perasaan tersebut ialah

a)

kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

b)

tidak ada rotan, akar pun berguna juga.

c)

jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.

d)

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

3.

3. Peribahasa 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa' membawa maksud

a)

kita haruslah membalas budi orang yang telah berjasa kepada kita.

b)

kita hendaklah mengenang budi orang yang telah meninggal dunia.

c)

kita perlulah berbudi kepada orang lain.

d)

kita patut mengenang budi yang baik.

4.

4. Tindakan Fakhrul yang menceritakan keburukan tingkah laku ahli keluarganya samalah seperti

a)

tiada beban batu digalas.

b)

membuka pekung di dada.

c)

mengangkat bendera putih.

d)

besar pasak daripada tiang.

5.

5. Suhana hanya menyusun buku yang berselerak di atas meja setelah disuruh oleh ibunya. Sikapnya itu samalah seperti

a)

lalang ditiup angin.

b)

gunting dalam lipatan.

c)

pahat dengan penukul.

d)

kacang lupakan kulit.

6.

6. Alang-alang mandi biar basah.


Peribahasa di atas membawa maksud

a)

kita haruslah melakukan pekerjaan dengan baik.

b)

kita hendaklah melakukan pekerjaan sehingga selesai.

c)

kita haruslah melakukan pekerjaan tanpa bertangguh.

d)

kita perlulah melakukan pekerjaan dengan ikhlas.

7.

7. Setelah 25 tahun tinggal di London, Encik Lim mengambil keputusan untuk menetap di tanah air.


Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

a)

sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

b)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

c)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

d)

setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

8.

8. Setelah memiliki kereta baharu, Azuan tidak lagi menggunakan motosikal lamanya.


Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

a)

bagai telur di hujung tanduk.

b)

seperti kacang melupakan kulit

c)

tidak dapat tanduk telinga dipulas.

d)

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

9.

9. Akibat sikap Gopal yang suka menipu, penduduk kampung tidak mempercayai semua anggota keluarganya. Situasi ini sesuai dengan peribahasa

a)

kerana mulut badan binasa.

b)

sudah jatuh ditimpa tangga.

c)

marahkan nyamuk kelambu dibakar.

d)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit.

10.

10. "Sudah banyak kali saya menasihatinya, tetapi dia tidak mengendahkan nasihat saya. Dia terus melakukan kesalahan yang sama hampir setiap hari," kata Razi.


Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan keadaan di atas ialah

a)

seperti tikus membaiki labu.

b)

seperti pahat dengan penukul.

c)

seperti anjing menyalak bukit.

d)

seperti mencurah air ke daun keladi.