wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3.4 Sains Ting 2

Total questions: 13

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Dinding usus kecil kita juga dipenuhi dengan berjuta-juta

unjuran halus yang disebut

a)

bolus

b)

vilus

c)

kim

2.

Unjuran-unjuran ini meningkatkan

luas permukaan untuk proses _____________ makanan tercerna.

a)

penyerapan

b)

pencernaan

c)

penyahtinjaan

d)

penyedutan

3.

Makanan tercerna yang terdiri daripada molekul-molekul kecil

mudah diserap ke dalam sistem __________________ melalui dinding

usus kecil.

a)

saraf

b)

respirasi

c)

perkumuhan

d)

peredaran darah

4.

2 ciri struktur yang membantu meningkatkan

kadar penyerapan hasil pencernaan di dalam usus kecil ialah

a)

dinding vilus sangat nipis iaitu setebal satu sel

b)

kandungan serat yang tinggi

c)

mempunyai permukaan yang berlipat-lipat untuk menambah luas permukaan

d)

kandungan oksigen yang tinggi dalam darah

5.

Salur darah di usus kecil berfungsi untuk mengangkut

nutrien ke seluruh bahagian badan.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Nutrien bersaiz kecil yang boleh menembusi dinding usus kecil dibawa oleh darah ke sel-sel.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Makanan yang tidak tercerna bersaiz besar tidak dapat menembusi dinding usus kecil.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Molekul yang

telah diserap ke dalam vilus akan mengalami asimilasi. Apakah maksud asimilasi ?

a)

proses membentuk komponen sel-sel.

b)

proses pengagihan hasil akhir pencernaan bagi

kegunaan sel-sel badan kita.

c)

proses memecahkan partikel makanan yang besar kepada molekul kecil

9.

Kusairi tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Apakah kesan

tabiat pemakanan ini ke atas kesihatan Kusairi?

a)

sembelit

b)

mudah demam

c)

corona virus

10.

Satu eksperimen (rujuk buku teks m/s 67) mengkaji penyerapan glukosa melalui tiub Visking telah dilaksanakan. Tiub Visking digunakan untuk mewakili _______________ .

a)

usus kecil

b)

usus besar

11.

Sampel dari tabung didih P diuji dengan larutan iodin, namun ia kekal berwarna perang. Mengapa?

a)

Kanji tidak hadir dalam sampel kerana molekul kanji telah rosak

b)

Kanji tidak hadir dalam sampel kerana molekul kanji besar dan tidak dapat melalui tiub visking

12.

Sampel dari tabung didih Q telah diuji dengan Larutan Benedict dan mendakan merah bata telah terhasil selepas dipanaskan. Mengapa ?

a)

Glukosa hadir dalam sampel, kerana molekul glukosa kecil dan boleh melalui tiub visking

b)

Glukosa tidak hadir dalam sampel.

13.

Air suling di dalam tabung didih digunakan bagi mewakili ______________ .

a)

darah

b)

oksigen

c)

saraf