wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sajak Sejadah Rindu

Total questions: 11

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pilih tema yang paling tepat bagi sajak Sejadah Rindu.

a)

Sajak ini bertemakan keredaan terhadap Tuhan. Penyajak tidak pernah alpa dalam menunaikan solat setiap hari sejak dahulu lagi di atas sejadah yang sudah lusuh. Penyajak menganggap semua sudah ditakdirkan oleh Tuhan dan sebagai hamba-Nya perlulah reda atas segala takdir Tuhan kerana dunia ini hanya sementara.

b)

Sajak ini bertemakan ketuhanan dan ketaatan seseorang pada agama. Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak memohon keampunan dengan bertaubat bersungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara.

c)

Sajak ini bertemakan keinsafan seseorang terhadap dosa yang pernah dilakukannya. Penyajak berdoa agar diberi keampunan bagi segala kesilapan lalu dan memohon supaya dirinya diberi keamanan dunia dan akhirat.

d)

Sajak ini bertemakan nasihat agar patuh akan perintah Tuhan. Penyajak menasihati kita agar sentiasa menjaga tingkah laku sendiri agar tidak membuat kesilapan dan melakukan perkara berdosa. Penyajak kesal atas kesilapan silamnya dan ingin mendapat keampunan daripada Tuhan sebelum meninggal dunia kelak.

2.

Penyajak berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar dia menjadi manusia yang taat akan didikan agama. Selain itu, penyajak juga berjanji akan mengikut segala perintah Tuhan yang Maha Berkuasa. Hal ini penting agar dia tidak akan lupa untuk mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk sementara waktu sahaja.


Maksud sajak di atas merujuk kepada rangkap ...?

a)

Rangkap 1

b)

Rangkap 2

c)

Rangkap 3

d)

Rangkap 4

e)

Rangkap 5

3.

Penyajak menangis dengan sesungguh hati dan dia menyerah diri kepada Tuhan. Dalam suasana hening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan diri.


Maksud sajak di atas merujuk kepada rangkap ...?

a)

Rangkap 1

b)

Rangkap 2

c)

Rangkap 3

d)

Rangkap 4

e)

Rangkap 5

4.

Penyajak menangis dengan sesungguh hati dan dia menyerah diri kepada Tuhan. Dalam suasana hening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan diri.


Maksud sajak di atas merujuk kepada rangkap ...?

a)

Rangkap 1

b)

Rangkap 2

c)

Rangkap 3

d)

Rangkap 4

e)

Rangkap 5

5.

Terkedu aku

di sejadah rindu

mengungkap kalimah syahdu


Pilih maksud yang paling tepat bagi baris sajak di atas.

a)

Penyajak yang khusyuk bersembahyang di atas kain sejadah dikuasai rasa insaf yang sudah lama terpendam mula terbit di dalam hati.

b)

Penyajak bersujud di atas sehelai kain sejadah sambil melafazkan taubat dan membaca ayat-ayat suci.

c)

Penyajak menangis sewaktu sujud di atas kain sejadah sambil membaca ayat-ayat suci dalam sembahyang yang didirikannya.

d)

Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang, penyajak mengalirkan air mata keinsafan dan ikhlas memohon keampunan daripada-Nya.

6.

Pilih persoalan-persoalan yang bertepatan dengan sajak Sejadah Rindu.

a)

Keikhlasan ketika memohon keampunan kepada Tuhan

b)

Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang dilakukan

c)

Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa Esa

d)

Sifat kasih sayang terhadap agama

7.

Air mata menjadi saksi

keikhlasan menjadi bukti

akhirnya

aku sujud menghadap Ilahi

di keheningan yang sepi

lafaz taubat mengiringi

nafas sebak kian mengikuti.


Pilih nilai yang berkaitan dengan rangkap sajak di atas.

a)

Nilai keikhlasan

Contohnya: Penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata.

b)

Nilai kejujuran

Contohnya: Penyajak jujur akan kesalahan yang pernah dilakukannya dan berjanji akan bertaubat.

c)

Nilai ketaatan

Penyajak taat kepada pencipta dan hanya berharap kepada pengampunan daripada Pencipta.

d)

Nilai keberanian

Penyajak berani mengakui kesalahan yang pernah dilakukannya dan berdoa agar Tuhan akan mengampuni dosanya.

8.

Hati ini luluh

jiwa yang kaku tersentuh

ayat-ayat cinta disusun kukuh

di sejadah rindu yang lusuh

kemaafan yang kupohon sungguh

dari pencipta dalam gemuruh.


Pilih pengajaran yang paling sesuai bagi rangkap sajak di atas.

a)

Kita hendaklah insaf akan kesalahan diri dan memohon keampunan daripada Tuhan.

b)

Kita wajar menunaikan solat setiap hari agar diberi keampunan.

c)

Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.

d)

Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini hanya sementara.

9.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan

kupohon kembali nafas kehidupan

dalam keterhadan dan keterbatasan insan

moga terbuka ruang keampunan

sebelum saat aku dinisankan

di masa yang Kautetapkan.


Berikan maksud baris sebelum saat aku dinisankan dalam rangkap sajak di atas. [2 markah]

4 lines
10.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang telah dilakukan? [ 3 markah]

4 lines
11.

Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak. [4 markah]

4 lines