wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan kata kerja

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kucing itu ___________ kesejukan kerana terkena hujan di tepi longkang.

a)

menggeliat

b)

menggelepar

c)

menggigil

d)

menggelupur

2.

Mak Cik Nab ____________ beberapa ulas bawang putih dan sejemput ikan bilis di dalam lesung batu.

a)

menggelek

b)

menumbuk

c)

mengetuk

d)

mengisar

3.

Abang Din ___________ buah kelapa sawit dengan menggunakan sebatang galah yang agak panjang.

a)

mengait

b)

mencangkuk

c)

menepis

d)

mencantas

4.

Ketua pasukan badminton itu ____________ piala kemenangan mereka kerana berjaya mengalahkan pihak lawan dalam perlawanan peringkat akhir.

a)

menjunjung

b)

memikul

c)

mengangkat

d)

menjulang

5.

Abang ___________ motosikal ayah semasa pergi ke bandar sebentar tadi untuk menghadiri temu duga.

a)

mendayung

b)

memandu

c)

mengayuh

d)

membonceng

6.

Datuk __________ helaian surat khabar itu sambil membaca tajuk berita untuk hari ini.

a)

mengalih

b)

menukar

c)

membelek

d)

menyelak

7.

Dila ___________ di hadapan pintu rumah sambil melihat adik-adiknya bermain guli.

a)

termenung

b)

terdiri

c)

tercengat

d)

terhenti

8.

Pak Mat __________ pokok getah itu pada awal pagi setiap hari dengan bantuan anak lelakinya.

a)

menarah

b)

menoreh

c)

memotong

d)

menakik

9.

Pelayan itu __________ sedulang air minuman yang telah dipesan oleh pelanggannya dengan berhati-hati sekali.

a)

mengepit

b)

menggelek

c)

menatang

d)

memegang

10.

Aidil terpaksa __________ di penjara seumur hidup kerana dituduh membunuh.

a)

meringkuk

b)

menduduki

c)

mendiami

d)

berdiam

11.

Peserta lelaki itu ___________ sajak yang bertajuk ‘Negaraku’ dengan penuh gaya dan bersemangat.

a)

menjelaskan

b)

mempamerkan

c)

mendeklamasikan

d)

mempersembahkan

12.

Mereka sedang _________ lembu yang baru disembelih di belakang rumah.

a)

memenggal

b)

merobek

c)

meracik

d)

melapah

13.

Penyamun itu telah __________ beg tangan wanita yang baru keluar dari bank.

a)

mencabut

b)

menyentap

c)

menghunus

d)

memegang

14.

Wahida _________ kematian ibunya pada malam kedua ia berkabung.

a)

menangis

b)

meraung

c)

menjerit

d)

meratapi

15.

Pulau Langkawi merupakan destinasi terbaik untuk pemancing _________ sotong.

a)

mencandat

b)

memancing

c)

menjoreng

d)

menjala