wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Senja Di Palang Besi

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Rangkap 1 sajak Senja di Palang Besi bermaksud ...

a)

suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang makin suram dan hanya dapat dilihat oleh penyajak melalui celah-celah lubang sel penjara yang memisahkannya dengan dunia luar.

b)

suatu senja mengisahkan penyajak kelihatan suram dan sepi di dalam penjara tanpa rakan.

c)

suatu petang kelihatan sajak bersendirian di dalam penjara bertemankan cahaya melalui celah-celah lubang sel penjara.

2.

Rangkap ke-2 sajak menyatakan bahawa dahulu penyajak .........

a)

hidup dalam kesengsaraan

b)

hidup bahagia

c)

hidup menderita akibat terlibat dalam dadah

3.

Apakah maksud tersirat palang besi?

a)

Sangkar

b)

Penjara

c)

Pusat tahanan banduan

4.

Teknik imbas kembali terdapat pada rangkap

a)

Rangkap 1

b)

Rangkap 2

c)

Rangkap 3

5.

Rangkai kata melakar bahagia bermaksud

a)

melukis senyuman

b)

mencipta kebahagian

c)

membawa aman dan damai

6.

Tema sajak ini ialah

a)

kesengsaraan dan kesepian seorang penjahat yang hidup dalam sel penjara

b)

Kesengsaraan dan kesepian seorang banduan yang hidup sendiri dalam sel penjara

c)

Derita seorang penghuni penjara yang berjauhan daripada ahli keluarga.

7.

Berikut merupakan persoalan sajak tersebut kecuali ..

a)

Harga kebebasan bagi sebuah kehidupan .

b)

Penderitaan hidup yang terpaksa ditempuhi banduan seorang diri.

c)

Penyesalan hidup yang tiada penghujungnya.

d)

Penyakit yang dialami oleh banduan dalam penjara

8.

Berikut merupakan ciri-ciri sajak Senja di Palang Besi kecuali.

a)

Terdiri daripada tiga rangkap

b)

Berbentuk terikat

c)

Bilangan kata tiga hingga sembilan patah perkataan

9.

dalam keterbuangan yang merangkum

dalam keterasingan yang mencengkam


Yang manakah pasangan jawapan yang betul berkaitan gaya bahasa sajak tersebut .

a)

repetisi dan anafora

b)

anafora dan responsi

c)

anafora dan epifora

10.

Pilu wajahmu sang senja ialah gaya bahasa

a)

metafora

b)

Inversi

c)

Simile

11.

Nada sajak ini ialah

a)

Drama

b)

Melankolik

c)

Romantis

12.

Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam sajak tersebut kecuali

a)

Ketabahan

b)

Kesengsaraan

c)

Keinsafan

13.

Kita hendaklah ................... diri daripada terjebak dengan gejala negatif yang boleh menjerumuskan seorang itu ke dalam penjara.

a)

menjauhkan

b)

mengelakkan

c)

menghindarkan

14.

Pada pendapat anda , mengapakah seseorang remaja boleh terlibat dalam jenayah juvana.?

a)

Kurang didikan agama dan kasih sayang

b)

pengaruh rakan sebaya

c)

Perasaan ingin tahu

15.

Apakah langkah yang boleh dilakukan oleh remaja dalam usaha tidak terlibat dalam gejala negatif?

a)

Mendekatkan diri kepada Tuhan

b)

Tidak berkawan dengan orang lain

c)

Berfikiran matang dalam setiap tindakan

d)

Sentiasa ingat pada nasihat orang tua