wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pra UPSR Bahasa Melayu

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Jawab semua soalan di bawah.


“________ bertiga dari sekolah yang sama,” kata Syahrul, Aswad dan Zulkarnain kepada pegawai sukan olahraga itu.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

2.

“Esok ________ dan beberapa orang pembesar istana akan berangkat ke Pulau Sumatera,” titah Sultan Mansur kepada Memanda Menteri.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

3.

________ lapisan masyarakat telah memenuhi stadium itu pada awal-awal pagi lagi untuk meraikan Sambutan Hari Kebangsaan.

a)

Ribuan

b)

Segenap

c)

Berduyun

d)

Beberapa

4.

Air sungai menjadi ________ kerana sikap segelintir manusia yang sangat suka membuang sampah sarap ke dalamnya.

a)

tohor

b)

jernih

c)

lesu

d)

dalam

5.

“Kain Sutera Tenun Terengganu ini amat ________ buatannya dan agak mahal harganya,” kata pemandu pelancong itu kepada kami.

a)

gebu

b)

halus

c)

kasar

d)

licin

6.

Wartawan akhbar harian itu sedang ________ beberapa orang awam berhubung masalah jerebu yang melanda negara sekarang ini.

a)

menyoal selidik

b)

menemuramah

c)

mencari jalan

d)

mengambil alih

7.

Adik Nurul Aida menangis kerana takut akan ________ yang dilihatnya sedang merangkak di atas pagar itu.

a)

kunang-kunang

b)

sumpah-sumpah

c)

bari-bari

d)

patung-patung

8.

Juruhebah Radio Perak FM sedang ________ perlawanan separuh akhir bola sepak antara Skuad Seladang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

a)

mengulas

b)

mengucap

c)

membidas

d)

menyuarakan

9.

Ramai pesakit sedang ________ rawatan di hospital itu sejak kes Covid 19 yang melanda negara kita.

a)

diterima

b)

penerimaan

c)

menerima

d)

terima

10.

Pegawai renjer menjadi pemandu arah kepada Pasukan Kembara Rimba kerana mereka lebih mengetahui ________ hutan simpan itu.

a)

lekak-lekuk

b)

simpang-siur

c)

selok-belok

d)

comot-momot

11.

“Taklimat pengisian data ini dijangka akan berlarutan hingga pukul empat petang,” kata Guru Besar kepada guru-gurunya.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas.

a)

Guru Besar menyatakan bahawa pada pukul empat petang masa pengisian data untuk guru-guru akan tamat.

b)

Guru Besar dijangka akan memberikan pengisian taklimat data ini hingga pukul empat petang kepada guru-gurunya

c)

Taklimat pengisian data ini dijangka akan berlanjutan hingga pukul empat petang kata guru-guru kepada Guru Besar.

d)

Guru Besar memberitahu guru-gurunya berkemungkinan taklimat pengisian data ini berlanjutan hingga pukul empat petang.

12.

Apabila saya sudah bekerja ________, jasa dan pengorbanan kedua-dua orang tua pastinya tidak akan saya lupakan.

a)

kelak

b)

seketika

c)

mungkin

d)

sememangnya

13.

Pak Cik Dollah terpaksa ________ reban ayamnya kerana anak-anak ayam kampung yang diternaknya bertambah dari hari ke hari.

a)

membesar

b)

terbesar

c)

memperbesarkan

d)

memperbesar

14.

Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _________sauh bagi meneruskan pelayaran mereka.

a)

menarik

b)

membongkar

c)

melabuh

d)

mencampak

15.

Pihak kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi ___________ penularan virus Covid 19.

a)

menyekat

b)

membanteras

c)

membendung

d)

menghalang

16.

Pilih perkataan bergaris yang betul dalam ayat.

I Murid-murid prasekolah menyertai acara merebut pundi kacang ke dalam bakul.

II Dia gagal merebut undi terbanyak bagi pemilihan pengerusi belia di kampungnya.

III Penulis itu berjaya merebut hati para pembaca dengan gaya bahasanya yang indah.

IV Anuar ingin merebut kembali gelaran Raja Pecut Asia yang pernah dimenangi dahulu.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan Iv

d)

I dan IV

17.

Delegasi Korea itu amat terpegun melihat hasil kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung.

Pilih ayat yang sama maksud.

a)

“Aduh, kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung sangat asli sekali!” kata delegasi Korea itu.

b)

“Wah, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung amat hebat!” kata delegasi Korea itu.

c)

“Aduhai, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung baik sungguh!” kata delegasi Korea itu.

d)

“Eh, keaslian kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung sukar dihasilkan!” kata delegasi Korea itu.

18.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kedua orang anak perempuannya menjadi doktor pakar bedah di Hospital Assunta.

b)

Kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita rajin ke perpustakaan.

c)

Buku-buku nota Bahasa Melayu Penulisan UPSR

itu tebal-tebal belaka.

d)

Puan Dewi membeli pelbagai jenis kuih-muih untuk sarapan pagi keluarganya.

19.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I. Kenduri ini diadakan bagi menyambut kepulangan adik dari luar negara.

II. Harga ikan bawal putih mahal betul berbanding dengan harga ikan-ikan yang lain.

III. Nur Arisha menerima sejambak bunga-bungaan daripada tunangnya yang tersayang.

IV. Sesiapa yang ingkar arahan PKP, mereka boleh dikenakan hukuman seperti denda ataupun dipenjarakan.

a)

I,II dan III

b)

II,III dan IV

c)

I,II dan IV

d)

I,II,III dan IV

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan

yang lumayan.

b)

Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling

bantu-membantu.

c)

Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat istimewa untuk kami

pada hari ini.

d)

Sultan Selangor telah mengurniakan beliau sebutir pingat

keberanian.

21.

Pelayan itu sedang _________ dulang berisi makanan sambil berjalan ke arah pelanggannya.

a)

menjunjung

b)

menatang

c)

menjulang

d)

membawa

22.

Mak Cik Kiah berjalan sambil menjinjit beg plastik dan __________ sebuah bakul di atas kepalanya.

a)

memikul

b)

menatang

c)

menjunjung

d)

memapah

23.

Pak Cik Raju _______________ dua buah bakul berisi sayur-sayuran untuk dijual di pasar.

a)

memikul

b)

membawa

c)

menggalas

d)

mengandar

24.

Pak Mat ______________________ semak-samun di tepi pagar rumah menggunakan sebilah parang.

a)

memotong

b)

menebas

c)

merumput

d)

memesin

25.

Air yang bertakung akan membiakkan ___________ yang boleh membahayakan kesihatan kita.

a)

pepatung

b)

lelabah

c)

jejentik

d)

kekelip

26.

Pilih ayat tanya yang sesuai.

Azmi terpaksa menjaga ibunya yang sakit di hospital.

a)

Kenapakah Azmi tidak datang ke sekolah hari ini?

b)

Apakah penyakit yang dihadapi oleh ibu Azmi?

c)

Di manakah ibu Azmi dirawat?

d)

Mengapakah Azmi terpaksa menjaga ibunya di hospital?

27.

Yasmin bukan cucu kandung Nenek Leha.________________, dia tetap disayangi seperti cucu-cucu yang lain

a)

Lantaran itu

b)

Tuntasnya

c)

Namun begitu

d)

Sungguhpun

28.

Hakimi bercita-cita hendak menjadi juruterbang.______________, dia mendapat galakan daripada ibu dan ayahnya

a)

Lantaran itu,

b)

Tambahan pula

c)

Sungguhpun demikian

d)

Seterusnya

29.

Pilih simpulan bahasa berdasarkan ayat di bawah.

Encik Rostam tidak bersemangat untuk bekerja di syarikat itu lagi.

a)

kecil hati

b)

tarik diri

c)

tawar hati

d)

ambil hati

30.

Ketika fajar menyingsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.


Sinonim bagi fajar ialah.....

a)

petang

b)

senja

c)

subuh

d)

malam