WorksheetsPRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 : MODUL 3.2 SET 2(M/S 75 -78)
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Apakah jenis dokumen yang ditunjukkan dalam gambar?
Resit rasmi
BAucar Bayaran
Slip Daftar Tunai
Slip Bank
Alisyah membeli di pasaraya CKS Telipok. Selepas membuat pembayaran secara tunai, apakah dokumen yang diberikan oleh juruwang Pasaraya CKS tersebut?
Slip Deposit Cek
Slip Bank
Slip Daftar Tunai
Resit Rasmi
Berikut adalah berkaitan dengan dokumen yang ditunjukkan di atas kecuali...
Dokumen ini digunakan untuk mendepositkan wang tunai ke bank
Di dalam dokumen ini terdapat nama pemegang akaun
Slip bank asal akan disimpan oleh pihak bank
Nombor akaun pemegang akaun tidak diperlukan
Apakah fungsi Slip Bank?
Digunakan sebagai dokumen untuk mendepositkan wang ke akaun bank
Digunakan untuk pemindahan wang kepada pihak ketiga
Digunakan oleh pengirim wang untuk membuat pindahan wang
Sebagai bukti pembelian barang oleh pelanggan
Pernyataan yang manakah menerangkan tentang Slip Pindahan Wang?
Salinan Slip Pindahan Wang akan disimpan oleh pihak bank
Pindahan wang ke luar negara akan dikenakan caj perkhidmatan
Proses pemindahan wang adalah secara layan diri
Slip Pindahan Wang dikeluarkan oleh mesin daftar tunai
"Pn. Ina membeli barangan melalui Shoppe dan membuat pembayaran melalui pindahan wang di mesin ATM."
Apakah dokumen yang Pn. Ina simpan sebagai bukti pembayarannya?
Slip Pindahan Wang
Slip Bank
Slip Transaksi Perbankan Elektronik
Slip Daftar Tunai
Antara berikut, urus niaga yang manakah bukan dikategorikan sebagai Urus Niaga atas Talian?
Memindahkan dana ke akaun pihak ketiga
Tempahan tiket kapal terbang
Membayar bil elektrik
Membeli di pasar ikan
"En. Rali menerima Makluman Debit daripada bank akaunnya memkalumkan bahawa akaunnya telah berkurang."
Apakah situasi yang menyebabkan pihak bank menghantar dokumen tersebut kepada En. Rali?
En. Rali dikenakan caj pembaharuan kad ATM
En. Rali menerima dividen daripada bank
En. Rali menggunakan pembayaran secara atas talian
En. Rali membuat pindahan wang kepada pihak ketiga
Apakah fungsi Makluman Kredit?
Pihak bank memaklumkan kepada pelanggannya bahawa akaunnya telah berkurang
Digunakan untuk urusan perbankan menggunakan telefon pintar
Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak bank kerana pembayaran atas arahan tetap pelanggan
Pihak bank memaklumkan kepada pelanggannya bahawa akaunnya telah bertambah
Memo merupakan dokumen dalaman yang dikeluarkan oleh pemilik perniagaan.
Antara berikut adalah senarai urus niaga yang menggunakan MEMO kecuali...
Peniaga membuat ambilan barang niaga
Peniaga membawa modal tambahan
Peniaga membuat catatan pembukaan
Peniaga membayar gaji pekerja
