Font size
WorksheetsPERNIAGAAN BAB 3 TG 4
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah matlamat utama sebuah organisasi perniagaan?
Menguasai syer pasaran
Memaksimumkan keuntungan
Membesarkan operasi perniagaan
menjalankan tanggungjawab sosial
Faktor manakah yang menentukan kemampuan perniagaan bertahan dalam industri?
Perundangan
Dasar kerajaan
Keadaan ekonomi
Kewangan yang kukuh
Antara berikut, manakah yang merupakan kos tetap pengeluaran?
Kos bahan mentah
Kos air dan elektrik
Sewa kilang
Gaji Pekerja
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?
I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat
II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik
III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak
atasan
IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja
melalui pengurus
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.
Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal terbangnya.
Apakah ciri objektif tersebut?
Spesifik (specific)
Munasabah (realistic)
Boleh dicapai (attainable)
Jangka masa (time frame)
Apakah peranan pihak di peringkat atasan dalam organisasi?
Mengawal pekerja di bahagian operasi
Mengagihkan sumber-sumber organisasi
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti khusus
Menentukan hala tuju jangka panjang organisasi
Apakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?
Ekonomi
Sumber manusia
Sosiobudaya
Undang-undang
Antara yang berikut, yang manakah merupakan organisasi bermotifkan untung?
Majlis Belia Malaysia
Kelab Rotary Pahang
Kedai Makanan Sedap Pak Ajik
Pertubuhan kebajikan Anak Yatim Flora
Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan
Objektif yang dibentuk mempunyai peluang atau tidak mustahil untuk dicapai
Apakah ciri-ciri SMART tersebut
Spesifik
Munasabah
Jangka sama
Boleh diukur
carta gantt ialah
carta yang menunjukkan masa permulaan bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
carta yang menunjukkan tempoh matang bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
carta yang menunjukkan jenis aktiviti yang dirancang dengan tempoh dan masa yang telah ditetapkan
carta yang menunjukkan tarikh yang dirancang dan sebenar bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
"Syarikat akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta penumpang dan sebanyak 50 000 unit motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan."
Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Encik Salam?
boleh diukur (measureable)
Munasabah (Realistic)
Boleh dicapai (attainable)
jangka masa (Time frame)
Maklumat di bawah ini menunjukkan beberapa persoalan yang diajukan semasa membuat perancangan strategik
- Apakah perniagaan yangs edang dijalankan
- siapakah pelanggan perniagaan tersebut
- apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan pada masa akan datang?
Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?
Visi
Misi
Objektif
Strategi
encik jasmi telah menubuhkan perniagaan kraft tangan pada 1 julai 2017.
apakah visi yang sesuai bagi perniagaan encik Jasmi?
jualan sebanyak 50 unit bakul rotan sebulan
melahirkan pekerja yang mahir membuat bakul rotan
menghasilkan pengeluaran sebanya 200 unit sebulan
untuk menjadi sebuah perniagaan yang disegani dan dicontohi
syarikat super menanggung kos tetap sebanyak RM250000 dalam pengeluaran basikal. harga sebuah basikal ialah RM200 manakala kos berubah bagi sebuah basikal ialah RM150. hitungkan titik pulang modal syarikat super?
625 buah basikal
800 buah basikal
2500 buah basikal
5000 buah basikal
Pernyataan berikut berkaitan dengan strategi pemasaran.
“ Menyampaikan maklumat produk melalui pasukan jurujual kepada pengguna tentang ciri-ciri produk yang berkualiti supaya pengguna tertarik untuk membeli”
Pernyataan tersebut berkaitan dengan
Promosi dan harga
Promosi dan produk
Pengedaran dan produk
Pengedaran dan promosi
Apakah tindakan yang wajar diambil jika perniagaan gagal mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan?
Memberhentikan pekerja yang tidak efisyen
Mencipta matlamat dan objektif baharu
Mengurangkan kos pengeluaran
Mengurangkan gaji pekerja
Berikut menunjukkan campuran pemasaran
PRODUK
X
HARGA
PROMOSI
Apakah X?
Kos
Agihan
Jualan
Penawaran
Pernyataan manakah merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?
Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi
Merancang kewangan organisasi perniagaan
Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi
Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
Apakah matlamat utama perniagaan menguasai syer pasaran?
Dapat menghapuskan persaingan
Dapat meraih keuntungan yang besar
Memimpin pengeluar lain dalam pasaran
Untuk mendapatkan kesetiaan pengguna
Manakah rumus yang digunakan untuk mengira titik pulang modal (TPM)?
Jumlah hasi l= Jumlah Kos
Kos Tetap = kos Berubah
Jumlah hasil melebihi jumlah kos
Jumlah hasil kurang daripada jumlah kos
Antara berikut , manakah yang merupakan komponen kos berubah ?
Sewa kilang
Gaji pengurus
Bahan mentah
Upah pekerja operasi
Apakah tujuan utama penjual mengadakan promosi jualan
Untuk meningkatkan jualan
Untuk menguasai syer pasaran
Untuk mengatasi para pesaing
Untuk mewujudkan kesetiaan jenama
