NEW
Font size
WorksheetsSANTAI TATABAHASA KATA ADJEKTIF
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Baju itu cepat kering kerana dijemur di bawah ___________matahari.
redup
lebat
panas
cahaya
Pisang muda yang ________________ itu hanya sesuai untuk dimasak gulai.
manis
tawar
kelat
pahit
"Adam dan Iman tidak dapat bermain bola sepak kerana hujan turun dengan ________nya.
kuat
lebat
kencang
banyak
Kami berhati-hati ketika berlari kerana trek itu ___________setelah hujan turun petang tadi .
kasar
lembut
licin
panas
Ibu menyembur pewangi untuk menghilangkan bau ______________pada karpet .
hangit
wangi
hanyir
hapak
Semua penonton terpukau akan ___________________suara penyanyi itu.
kemerduan
keenakkan
kesedapan
kesayuan
Angin yang bertiup ________________telah menerbangkan bumbung rumah Pak Samad .
pantas
kuat
kencang
deras
Pak Tamin begitu ________________memikirkan anaknya yang belum pulang .
sedih
takut
runsing
sengsara
Tapak tangan datuk _____________selepas mencangkul tanah di kebun petang tadi.
mengeras
menggerutu
melecur
melecet
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sri Jelok sangat ____________________ dan hormat kepada guru-guru mereka .
gerun
baik
patuh
takut
