wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Uji Minda! Bab 5 Tingkatan 2

Total questions: 27

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan sifat fizik air KECUALI

a)

mempunyai tegangan permukaan yang tinggi

b)

mendidih pada suhu 100 °\degree 

c)

merupakan konduktor haba yang lemah

d)

mempunyai bau sengit

2.

Antara berikut yang mana berkaitan dengan tindakan kapilari.

a)

Daya lekatan antara molekul air

b)

Daya lekitan antara molekul air dengan dinding xilem

c)

Daya lekitan antara molekul air dan daya lekatan antara molekul air dengan dinding xilem

d)

Daya lekatan antara molekul air dengan dinding floem

3.

Air ialah ______ yang terdiri daripada dua atom _______ dan satu atom ______

a)

sebatian; hidrogen; oksigen

b)

sebatian; oksigen; hidrogen

c)

unsur; hidrogen; oksigen

d)

campuran; hidrogen; oksigen

4.

Ujian pengesahan bagi gas hidrogen adalah?

a)

menyalakan kayu uji berbara

b)

menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji bernyala

c)

menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji berbara

d)

mengeruhkan air kapur

5.

Pilih pernyataan BENAR mengenai bendasing.


I Merupakan bahan terlarut yang terkandung di dalam air yang mengurangkan kualiti air

II Mampu meningkatkan takat didih air

III Mampu mengurangkan takat beku air

IV Mengubah rasa, bau, dan warna air

a)

I, II dan III

b)

I, II, III, IV

c)

II, III dan IV

d)

I dan IV

6.

Persamaan antara penyejatan dan pendidihan adalah..

a)

melibatkan perubahan jirim daripada cecair kepada gas

b)

berlaku dengan cepat

c)

melibatkan penyerapan haba

d)

melibatkan pembebasan haba

7.

Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penyejatan,

I Kelembapan udara

II Luas permukaan terdedah

III Suhu persekitaran

IV Pergerakan udara

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

8.

Bagaimanakah faktor kelembapan udara mempengaruhi penyejatan?

a)

Lebih rendah kelembapan udara, lebih tinggi kadar penyejatan

b)

Lebih tinggi kelembapan udara, lebih tinggi kadar penyejatan

c)

Udara yang kering kurang molekul air, meningkatkan kadar penyejatan

d)

Udara yang basah kurang molekul air, meningkatkan kadar penyejatan

9.

Pilih pernyataan yang BENAR berkaitan pendidihan.

a)

Berlaku hanya pada permukaan cecair

b)

Berlaku pada keseluruhan cecair

c)

Berlaku pada takat didih cecair sahaja

d)

Berlaku dengan perlahan

10.

Pilih pernyataan yang BENAR berkaitan aplikasi penyejatan.

a)

Menghasilkan susu tepung

b)

Mengeringkan rambut yang basah

c)

Mengeringkan pakaian yang basah

d)

Mengeringkan makanan laut

11.

Kenapa pakaian yang dijemur di bawah panas terik matahari lebih cepat kering berbanding pakaian yang dijemur di kawasan tempat teduh?

a)

Suhu persekitaran lebih tinggi

b)

Kelembapan udara rendah

c)

Kelembapan udara tinggi

d)

Luas permukaan terdedah kecil

12.

Apakah A, B dan C?

a)

A: Larutan B: Zat terlarut C: Pelarut

b)

A: Zat terlarut B: Pelarut C: Larutan

c)

A: Zat terlarut B: Larutan C: Pelarut

d)

A: Pelarut B: Larutan C: Zat terlarut

13.

Pernyataan manakah menerangkan mengenai larutan pekat?

a)

Tidak boleh melarutkan zat terlarut lagi

b)

Mengandungi zat terlarut yang berlebihan

c)

Mengandungi banyak zat terlarut

d)

Boleh melarutkan sedikit zat terlarut lagi

14.

Kadar keterlarutan zat terlarut dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut, iaitu..

a)

Saiz zat terlarut

b)

Suhu pelarut

c)

Kadar kacauan

d)

Isipadu pelarut

e)

Luas permukaan terdedah

15.

Abu ingin menyediakan sejumlah air sirap dengan kadar yang banyak dan cepat. Bagaimana Abu dapat berbuat demikian?

a)

Memilih saiz gula (zat terlarut) yang kecil

b)

Menggunakan suhu air yang panas

c)

Melajukan kacauan

d)

Mengurangkan isipadu pelarut (air)

16.

Pilih jawapan yang tepat berdasarkan gambar

a)

Larutan; Koloid; Ampaian

b)

Koloid; Ampaian; Larutan

c)

Larutan; Ampaian; Koloid

d)

Ampaian; Koloid, Larutan

17.

Pilih pernyataan yang menerangkan tentang ampaian.

a)

zarah-zarah terenap di dasar bekas atau terapung di permukaan

b)

Tiada enapan

c)

Sisa tertinggal pada kertas turas

d)

Keruh

18.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang koloid.

a)

Akan termendap juga setelah beberapa ketika

b)

merupakan campuran dua atau lebih zat terlarut yang tersebar seccara sekata

c)

tidak membentuk campuran jernih dan tidak hasilkan mendakan

d)

zarah-zarah dalam koloid lebih besar daripada zarah-zarah dalam ampaian

19.

Pilih contoh bagi koloid.

a)

Syampu

b)

Krim putar

c)

Dakwat

d)

Mayonis

e)

Losen

20.

Air ialah pelarut yang baik kerana boleh ____________ banyak bahan. Oleh itu, air dikenal sebagai pelarut _________.

a)

bertindak balas; semesta

b)

melarutkan; semesta

c)

melarutkan; ajaib

d)

bertindak balas; ajaib

21.

Pilih kaedah pembersihan air.

a)

Penyulingan

b)

Penurasan

c)

Penghabluran

d)

Pengklorinan

e)

Pendidihan

22.

Apakah kebaikan kaedah pembersihan air seperti di dalam rajah?

a)

Singkirkan zarah-zarah terampai dan bunuh miroorganisma

b)

Membunuh mikroorganisma

c)

Singkirkan zarah-zarah terlarut dan zarah-zarah terampai

d)

Singkirkan zarah-zarah terlarut, zarah-zarah terampai dan mikroorganisma

23.

Apakah keburukan kaedah pembersihan air di atas?

a)

Tak singkirkan zarah-zarah terlarut dan mikrorganisma

b)

Tak singkirkan zarah-zarah terlarut dan zarah-zarah terampai

c)

Tak singkirkan mikroorganisma

d)

Tak mengandungi mineral yang diperlukan tubuh

24.

Pilih turutan yang betul dalam sistem pembekalan air

a)

Penapisan -> Penggumpalan -> Pengoksidaan -> Pengenapan -> Penurasan -> Pengklorinan dan pemfluoridaan

b)

Penapisan -> Pengoksidaan -> Penggumpalan -> Pengenapan -> Penurasan -> Pengklorinan dan pemfluoridaan

c)

Penapisan -> Pengoksidaan -> Penggumpalan -> Penurasan -> Pengenapan -> Pengklorinan dan pemfluoridaan

25.

Apakah bahan yang dicampur ketika di dalam tangki penggumpalan?

a)

Kapur mati

b)

Alum

c)

Fluorin

d)

Klorin

26.

Air untuk kegunaan domestik mesti mempunyai ciri-ciri berikut, KECUALI

a)

Tiada bau dan warna

b)

Tidak ada mikroorganisma

c)

Tidak mengandungi zarah terampai

d)

Tidak mengandungi mineral terlarut yang diperlukan untuk kesihatan

27.

Berikut merupakan cara-cara memastikan kelestarian air, KECUALI

a)

Pembinaan tandas di kawasan kampung berdekatan dengan sungai dan perigi

b)

Kuat kuasakan undang-undang untuk pelihara kualiti air

c)

Laporkan kebocoran paip air kepada pihak yang bertanggungjawab

d)

Amalkan pelupusan bahan buangan yang terancang