Font size
WorksheetsRBT Reka Bentuk Mekanikal
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Komponen mekanikal ini berfungsi untuk memindahkan kuasa daripada sumber kepada penerima menerusi gigi yang terdapat pada komponen. Apakah komponen ini?
Gear
Tuas
Rantai
Bindu
Sistem mekanikal adalah beberapa _________ yang berfungsi sebagai penghantar bagi menyelesaikan sesuatu tugas.
perkara
peralatan
komponen
kemahiran
Antara berikut yang manakah bukan komponen mekanikal
gear
takal
bindu
bateri
Peralatan ini menggunakan tuas kelas apa?
kelas 1
kelas 2
kelas 3
kelas 4
Komponen ini berfungsi sebagai pengantara bagi objek yang berputar, apakah nama komponen ini?
rantai
tali sawat
gelongsor
galas bebola
Komponen yang manakah digunakan untuk membuka dan menutup injap?
aci sesondol
aci engkol
tali sawat
tuil atau tuas
Rajah di bawah ialah sejenis komponen mekanikal
Pilih pernyataan yang betul mengenai komponen mekanikal tersebut
dinamakan galas bebola
berfungsi untuk mengawal kelajuan
berfungsi untuk menambahkan geseran
Ianya di bawah kategori gerakan berputar
Penggunaan __________________ menyebabkan beban akan menjadi ringan dan mudah untuk diangkat.
Tali sawat
Rantai
Tuil
Takal
Hendal basikal digunakan untuk mengawal haluan basikal ke kiri, ke kanan dan ke hadapan. Hendal dapat digerakkan dengan bebas kerana menggunakan ________________________.
Tuas
Galas bebola
Takal
Gelongsor
SHOW ANSWER
Sistem mekanikal yang berfungsi apabila pedal basikal dikayuh ialah
Takal dan tali sawat
Tuil dan tuas
Rantai dan gear
Gelongsor dan pautan
