wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT T1 - Bab 3

Total questions: 25

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Projek brif ialah proses perbincangan awal di antara pengurus projek dengan pelanggan bagi mendapatkan gambaran awal tentang projek yang akan dibuat.

a)

BETUL

b)

SALAH

2.

Tujuan projek brif ialah untuk menentukan ciri-ciri projek yang sepatutnya ada atau tidak agar tidak lari daripada kehendak pelanggan.

a)

BETUL

b)

SALAH

3.

Pereka Bentuk perlu menyertai sesi perbincangan bagi mendapatkan idea awal bagaimana untuk mereka bentuk produk tersebut.

a)

BETUL

b)

SALAH

4.

Perbicangan projek brif mestilah berfokus kepada jumlah produk yang bakal dihasilkan dan keuntungan yang bakal diperoleh.

a)

BETUL

b)

SALAH

5.

Tayangan video merupakan salah satu bentuk yang boleh digunakan untuk memberi gambaran awal produk.

a)

BETUL

b)

SALAH

6.

“Mesti dinyatakan secara spesifik dan berkaitan dengan produk yang akan dihasilkan”.

Pernyataan di atas merujuk kepada :

a)

Mock-up

b)

Analisis kajian

c)

Tajuk projek

d)

Kriteria projek

7.

Apakah yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum perancangan dalam pengurusan projek dijalankan?

a)

Borang projek brif

b)

Kertas kerja

c)

Lakaran idea

d)

Mock-up atau model

8.

Selain daripada kajian pasaran, apakah kajian lain yang mesti dilakukan semasa menjalankan analisis kajian?

a)

Kajian reka bentuk produk

b)

Kajian maklum balas pelanggan

c)

Pengujian produk

d)

Kajian pengiklanan

9.

Apakah insturmen utama yang digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan Kajian Pasaran?

a)

Borang Senarai Semak

b)

Borang Penilaian Kendiri

c)

Borang Soal Selidik

d)

Borang Kriteria Produk

10.

Apakah kriteria utama dalam pemilihan bahan bagi menghasilkan mock-up atau model?

a)

Bahan yang murah

b)

Bahan yang berkualiti sahaja

c)

Bahan kitar semula

d)

Bahan yang mudah dibentuk

11.

Antara berikut yang manakah merupakan salah satu ciri projek brif?

a)

Kumpulan sasaran

b)

Analisis kajian

c)

Maklum balas pengguna

d)

Kuantiti produk

12.

Antara berikut, manakah perkara yang tidak berkaitan dengan perancangan dalam pengurusan projek?

a)

Kos pengeluaran

b)

Pembentukan kumpulan kerja

c)

Perancangan jadual kerja

d)

Penghasilan video korperat

13.

X boleh berfungsi sepenuhnya atau separa berfungsi dan adakalanya dibina mengikut skala saiz penuh atau skala yang lebih kecil. Apakah X?

a)

Model

b)

Mock-up

c)

Prototaip

d)

Replika

14.

Jika kita hendak menghasilkan mock-up sebuah beg sekolah, apakah bahan utama yang paling sesuai digunakan?

a)

Span

b)

Dawai kasa

c)

Kadbod

d)

Kayu jelutong

15.

Apakah bahan yang paling mudah untuk dibentuk bagi menghasilkan mock-up sebuah kereta?

a)

Busa (foam)

b)

Blok kayu

c)

Span

d)

Kadbod

16.

Pilih dua perkataan / pernyataan yang betul sahaja.


Tajuk Projek mesti lah...

a)

spesifik

b)

merujuk kepada produk

c)

ringkas

d)

mudah diingat

17.

Pilih dua perkataan / pernyataan yang betul sahaja.


Kriteria produk melibatkan...

a)

lakaran reka bentuk

b)

elemen reka bentuk

c)

pengujian reka bentuk

d)

prinsip reka bentuk

18.

Pilih dua perkataan / pernyataan yang betul sahaja.


Kriteria pertimbangan utama merangkumi...

a)

keupayaan produk

b)

keselamatan produk

c)

kualiti produk

d)

kuantiti produk

19.

Pilih dua perkataan / pernyataan yang betul sahaja.


Perancangan dalam pengurusan projek merangkumi...

a)

kajian pemasaran

b)

skop kerja

c)

tempoh masa yang diperlukan

d)

kajian reka bentuk

20.

Pilih dua perkataan / pernyataan yang betul sahaja.


Bahan utama yang sering digunakan untuk menghasilkan mock-up atau model ialah...

a)

span

b)

siramik

c)

kadbod

d)

perspek

21.

Setelah selesai proses saringan maklumat, semua data yang diperoleh boleh diaplikasikan dalam bentuk jadual dan...

(a)  

22.

Siapakah yang akan menggunakannya?

Siapakah pesaing yang wujud?

Soalan-soalan di atas dikemukakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan...

(a)  

23.

Jika sesuatu mock-up dihasilkan daripada bahan fabrik, apakah bahan cantuman yang paling sesuai digunakan?

(a)  

24.

Parameter ialah ukuran piawai yang perlu ditetapkan terlebih dahula sebelum sesuatu ujian dijalankan ke atas mock-up atau model. Berikan contoh parameter yang boleh digunakan?

(a)  

25.

Model yang berfungsi sepenuhnya lazimnya dihasilkan untuk bidang reka bentuk...

(a)