Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Ulang Kaji 3.0

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Selepas Perjanjian Hudaibiyah, bilakah umat Islam boleh mengerjakan umrah?

a)

6 Hijrah

b)

7 Hijrah

c)

8 Hijrah

d)

9 Hijrah

2.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. mengambil keputusan untuk mengepung kota Makkah?

a)

Orang Quraisy telah menangkap beberapa orang Islam

b)

Orang Quraisy melarang orang Islam beribadat di Kaabah

c)

Orang Quraisy telah membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah

d)

Orang Quraisy telah melakukan penindasan terhadap orang Islam

3.

Antara berikut peristiwa manakah yang menjadi perintis kepada pembukaan semula kota Makkah?

a)

Perang Tabuk

b)

Perjanjian Aqabah

c)

Perjanjian Hudaibiyah

d)

Pengislaman pemimpin Makkah

4.

Golongan al-Riddah muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Apakah yang

dimaksudkan dengan golongan al-Riddah?

I Murtad

II Mengaku sebagai nabi

III Enggan membayar zakat

IV Enggan tunduk kepada pemimpin

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

5.

Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada orang Islam?

a)

Perdagangan dengan negara lain dapat dijalankan

b)

Orang Makkah berpeluang datang ke Madinah pada bila-bila masa

c)

Bilangan orang Madinah yang memeluk agama Islam semakin bertambah

d)

Memberi peluang kepada orang Islam mengerjakan haji dan umrah pada tahun berikutnya

6.

Apakah sumbangan Khalifah Umar al-Khattab sehingga beliau digelar Amirul Mukminin?

I Menubuhkan majlis syura

II Membina angkatan laut Islam

III Memajukan pendidikan Islam

IV Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

7.

Mengapakah golongan mawali menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah menentang pemerintahan Bani Umaiyah?

I Cukai yang tinggi

II Berlaku diskriminasi

III Dianiaya dan diseksa

IV Tidak diberi jawatan yang layak

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II dan IV

8.

Mengapakah zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya al-Makmun dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Kerajaan Abbasiyah?

a)

Keadaan negara yang aman

b)

Kemajuan ekonomi yang pesat

c)

Perkembangan bidang keilmuan

9.

Baitulhikmah diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Apakah peranan baitulhikmah?

a)

Perpustakaan

b)

Pusat penterjemahan

c)

Pusat pengajaran al-Quran

d)

Pusat pengurusan kewangan negara

10.

Kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh

a)

Murad I

b)

Sultan Selim I

c)

Uthman Ertughrul

11.

Antara berikut yang manakah merupakan faktor utama yang membawa kejayaan perluasan kuasa empayar Uthmaniyah ke Eropah?

I Senjata moden

II Semangat ghazi

III Tentera yang ramai

IV Kumpulan Janissari

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, III dan IV

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan golongan Mozarab?

a)

Orang Kristian tempatan yang memeluk agama Islam

b)

Orang Islam tempatan yang berpindah ke negara Islam

c)

Orang tempatan beragama Kristian yang mengamalkan kebudayaan

d)

Orang Islam tempatan yang tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian

13.

Ibn Fadhlan dan Ibn Battuta telah memberi sumbangan dalam bidang

a)

perubatan

b)

ilmu mantik dan falsafah

c)

matematik dan astronomi

d)

pengembaraan dan penerokaan

14.

Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab dikemukakan oleh

I John Crawford

II Emanuel Gadinho

III Snouck Hurgronje

IV Syed Muhammad Naquib al-Attas

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

15.

Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi

a)

perdagangan

b)

perkahwinan

c)

karya penulisan dan persuratan

d)

pengislaman raja dan golongan bangsawan