wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LANSKAP T4 KSSM

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Dasar Landskap Negara (DLN) dilancarkan pada tahun 2011?

a)

Menyaingi seni lanskap di negara-negara lain

b)

Meningkatkan sumber pendapatan pereka lanskap

c)

Mempertahankan pembangunan negara supaya lebih mampan

d)

Bukti keperihatinan kerajaan untuk memartabatkan seni lanskap negara

2.

Seorang pereka bentuk lanskap perlu bijak menggunakan gabungan kepakaran tertentu. Apakah DUA kepakaran tersebut?

a)

Sosial

b)

Artistik

c)

Saintifik

d)

Ekonomi

3.

Khidmat pereka bentuk lanskap diperlukan oleh sektor awam serta swasta. Manakah DUA antara berikut memerlukan khidmat pereka bentuk lanskap?

a)

Jabatan Perhutanan

b)

Jabatan Perangkaan

c)

Jabatan Perkhidmatan Awam

d)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

4.

Apakah matlamat penggubalan Dasar Landskap Negara?

a)

Memastikan semua taman perumahan pada masa kini dan akan datang dilengkapi dengan lanskap

b)

Memastikan keseimbangan ekologi dan masalah pemanasan global dapat ditangani

c)

Melindungi sumber lanskap sebagai aset warisan dan mengekalkan keindahan negara untuk generasi kini dan akan datang

d)

Mewujudkan tempat latihan untuk mereka yang ingin belajar tentang teknik menghasilkan lanskap dan seterusnya menjadi pengusaha nurseri

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan nurseri dalam lanskap?

a)

Tempat kanak-kanak belajar lanskap sambil bermain

b)

Tempat untuk menyemai benih tanaman sebelum ditanam di tempat kekal atau dipasarkan

c)

Kawasan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menjalankan aktiviti berkaitan bidang perlanskapan

d)

Taman untuk mendidik masyarakat yang berminat dalam bidang lanskap agar menjadi pelapis kepada pereka lanskap

6.

Siapakah yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan artistik dan kejuruteraan struktur?

a)

Pensyarah lanskap

b)

Arkitek lanskap

c)

Usahawan lanskap

d)

Kontraktor lanskap

7.

Antara berikut, yang manakah DUA kerjaya yang TIDAK ditawarkan dalam bidang reka bentuk lanskap?

a)

Pensyarah

b)

Usahawan Nurseri

c)

Pereka Fesyen

d)

Juru Andam

8.

Antara berikut, yang manakah BUKAN tumpuan cara pengindahan persekitaran luaran melalui bidang rekabentuk lanskap?

a)

Reka bentuk

b)

Pembinaan

c)

Penyelengaraan

d)

Pembentangan

9.

Pilih DUA jenis elemen yang digunakan dalam reka bentuk lanskap?

a)

Elemen lembut

b)

Elemen fungsi

c)

Elemen estetik

d)

Elemen kejur

10.

Apakah nama persembahan lanskap di atas?

a)

Pelan lanskap

b)

Modul lanskap

c)

Gubahan lanskap

d)

Model lanskap

11.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi estetik sebuah reka bentuk lanskap?

a)

Membentuk ruang bangunan yang lebih menarik

b)

Menjadi sumber pendapatan arkitek lanskap

c)

Melembutkan permandangan sekitar bangunan

d)

Mencantikkan permandangan pada bangunan

12.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi fizikal sebuah reka bentuk lanskap?

a)

Mengawal hakisan tanah

b)

Menjadi tirai atau dinding

c)

Mengarah pergerakan

d)

Mengimbangkan ekonomi

13.

Antara berikut, yang manakah prinsip yang boleh diterap dalam satu reka bentuk lanskap?

a)

Warna

b)

Bentuk

c)

Ruang

d)

Irama

14.

Apakah elemen dalam lanskap yang diwujudkan untuk keselesaan pengguna?

a)

Tumbuhan

b)

Topografi

c)

Struktur

d)

Air

15.

Pemilihan elemen lanskap ini bergantung kepada saiz, bentuk, warna dan jalinan. Ia mempunyai fungsi fizikal dan estetik.


Apakah elemen yang dimaksudkan ini?

a)

Tumbuhan

b)

Topografi

c)

Struktur

d)

Air

16.

Manakah antara gambar berikut yang menunjukkan ciri-ciri reka bentuk lanskap islam?

a)
b)
c)
d)
17.

Manakah antara berikut yang merupakan peninggalan lanskap oleh penjajahan Inggeris di Malaysia?

a)

Taman Botani, Putrajaya

b)

Taman Botani, Shah Alam

c)

Taman Tasik Taiping, Perak

d)

Taman Tasik Kenyir, Terengganu

18.

Gambar di atas merujuk kepada konsep lanskap apa?

a)

Bali

b)

Jepun

c)

Melayu

d)

Inggeris

19.

Konsep berikut menggunakan pokok dan bunga sebagai ciri-ciri dalam konsep taman lanskap.


Ia merujuk kepada konsep apa?

a)

Bali, Jepun dan Melayu

b)

Bali, Jepun, dan Inggeris

c)

Bali, Melayu dan Inggeris

d)

Jepun, Melayu dan Inggeris

20.

Konsep ini banyak menitik beratkan hubungan antara manusia dan persekitarannya.


Apakah konsep lanskap yang dimaksudkan di atas?

a)

Bali

b)

Jepun

c)

Melayu

d)

Inggeris