Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata ganti nama diri

Total questions: 108

Worksheet time: 55mins

Name
Class
Date
1.

“Ibu, duit _______ hilang,“ kata Umair kepada ibunya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

mereka

2.

Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

3.

“Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,” kata Cikgu Sarah kepada saya.

a)

mereka

b)

kamu

c)

kami

d)

dia

4.

Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.

a)

Dia

b)

Nya

c)

Kamu

d)

Saya

5.

Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.

a)

dia

b)

nya

c)

beliau

d)

beta

6.

Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.

a)

mereka

b)

awak

c)

saya

d)

kami

7.

“Boleh _______ tumpang bertanya?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.

a)

kamu

b)

awak

c)

kami

d)

saya

8.

“Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada kawan-kawannya.

a)

dia

b)

awak

c)

beliau

d)

kalian

9.
"__________ berdua telah tersesat di dalam bandar,"Aidil memberitahu pegawai polis itu.
a)
Dia
b)
Aku
c)
Saya
d)
Kami
10.

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda

11.

Bahrin seorang murid yang pintar. _______ belajar di kelas 5 Arif.

a)

Beliau

b)

Patik

c)

Saya

d)

Dia

12.
“...............rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negeri tercinta ini daripada ancaman musuh,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka. 
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Kami
13.

Sekarang sedang berlangsung siaran Perutusan Khas Perdana Menteri. _________ akan menerangkan tentang tatacara kerajaan menangani wabak COVID 19.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Baginda

d)

Mereka

14.

“Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke Muzium Negara?” kata Joy kepada gadis itu.

a)

saya

b)

kamu

c)

dia

d)

beta

15.

“ ______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Kalian

16.

“ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Makmur.

a)

Baginda

b)

Hamba

c)

Beta

d)

Patik

17.

“ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada Sultan Iskandar.

a)

Patik

b)

Tuanku

c)

Baginda

d)

Beta

18.

“ Wahai murid-murid , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada murid-murid.

a)

kami

b)

kita

c)

kalian

d)

mereka

19.

Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Patik

d)

Tuanku

20.

“Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.

a)

tuanku

b)

baginda

c)

beta

d)

patik

21.

_____ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.

a)

Dia

b)

Baginda

c)

Kamu

d)

Saya

22.

“Burque , marilah _____pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Eunice.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

kalian

23.

____ berharap agar rakyat jelata memberikan kerjasama untuk mengatasi jangkitan COVID-19,” titah Sultan .

a)

Beta

b)

Baginda

c)

Saya

d)

Patik

24.

" _____________hendak ke mana?" tanya Weng Hong kepada budak itu.

a)

Dia

b)

Awak

c)

Baginda

d)

Saya

25.

Sultan Perak seorang raja berjiwa rakyat. _______________ sentiasa mengambil tahu masalah rakyat.

a)

Baginda

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Mereka

26.

"_____________ akan laksanakan segala perintah tuanku," sembah Laksamana Hang Tuah.

a)

Patik

b)

Beta

c)

Saya

d)

Aku

27.

"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Ho kepada murid-murid.

a)

mereka

b)

beta

c)

kalian

d)

beliau

28.

"Datanglah ke rumah________ hujung minggu ini," kata Yu Quan kepada Nicholas.

a)

kalian

b)

saya

c)

kamu

d)

mereka

29.

Q. Ibu saya seorang doktor. ______bekerja di Hospital Pantai Cheras.

a)

Beliau

b)

Dia

c)

Saya

30.

Q. Pada cuti sekolah, ______sekeluarga berkelah di tepi pantai.

a)

Kita

b)

Mereka

c)

Kami

31.

Q. Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan______.

a)

beliau

b)

kita

c)

kamu

32.

Q. Azman tidak hadir ke sekolah kerana______sakit perut.

a)

dia

b)

saya

c)

kamu

33.

Q. "______berasa sungguh sukacita," titah sultan.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Beliau

34.

"Siapakah nama ...?" tanya Cikgu Tan kepada murid baharu itu.

a)

engkau

b)

dia

c)

kamu

35.

Cikgu Lim guru kelas saya. ... seorang guru yang tegas.

a)

Dia

b)

Kamu

c)

Beliau

36.

Saya dan Leela berkawan baik. ... selalu mengulangkaji pelajaran bersama-sama.

a)

Mereka

b)

Kami

c)

Kita

37.

... hendaklah sentiasa menjaga kebersihan sekolah.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Mereka

38.

Hobi Ahmad mengumpul setem. Dia menyimpan setem... di dalam album setem.

a)

dia

b)

nya

c)

mereka

39.

Kakak Suraya mencuci kasut sekolah... yang kotor setiap hujung minggu.

a)

dia

b)

nya

c)

saya

40.

"Sila pastikan tugasan ... siap sebelum balik."kata Cikgu Yong kepada murid yang malas itu.

a)

dia

b)

saya

c)

kamu

41.

"Apakah hobi kegemaran ...?" tanya Sazila kepada Kok Keong.

a)

saya

b)

kamu

c)

kami

42.

Penduduk Kampung Medini hidup aman harmoni. ... mengadakan gotong-royong membersihkan balai raya.

a)

Kita

b)

Mereka

c)

Kalian

43.

"________ berjanji akan datang awal ke sekolah esok," kata Amin kepada Cikgu Ramlan.

a)

Kami

b)

Saya

c)

Dia

d)

Mereka

44.

Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Zainal kerana ____ tidak menyiapkan kerja sekolah.

a)

dia

b)

saya

c)

kita

d)

mereka

45.

"_________ tidak hadir ke sekolah semalam kerana demam," kata Afiyah kepada Cikgu Siti Nurhaliza.

a)

Saya

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

46.

Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. __________ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.

a)

Beliau

b)

Dia

c)

Baginda

d)

Patik

47.

"_____________ akan pergi ke pameran buku itu pada pukul 2.00 petang," kata Fayyad dan Zayyad kepada Anas.

a)

Saya

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

48.

Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _______ telah melarikan sejumlah barang kemas dan wang tunao yang bernilai RM 300 000.

a)

Mereka

b)

Dia

c)

Kalian

d)

Hamba

49.

"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.

a)

beta

b)

tuanku

c)

patik

d)

hamba

50.

"Malam ini bolehlah ___________ pergi ke Istana Budaya," kata Farisya kepada kakaknya.

a)

mereka

b)

kalian

c)

kami

d)

kita

51.

"Ibu teringin melihat .................... semua berjaya dalam pelajaran, " kata Mak Timah kepada anak-anaknya.

a)

saya

b)

kamu

c)

mereka

52.

Kakan saya berminat untuk menjadi pramugari. ....................

sedang menjalani latihan di Kuala Lumpur.

a)

Mereka

b)

Anda

c)

Dia

53.

Sultan Hussein bergaul mesra dengan rakyat jelata. .................... disanjungi tinggi oleh segenap lapisan masyarakat.

a)

Beliau

b)

Baginda

c)

Tuan

54.

"Tolong tunjukkan dokumen perjalanan ..........................,"kata pegawai kepada pelancong asing itu.

a)

saya

b)

anda

c)

kalian

55.

"...................... hendaklah sama-sama memupuk semangat cinta akan negara," kata Cikgu Minah kepada murid-muridnya.

a)

Kita

b)

Kamu

c)

Engkau semua

56.

"Izinkan ........................ meluahkan sepatah dua kata dalam majlis ini , "kata Puan Limah kepada hadirin sekalian.

a)

saya

b)

beta

c)

patik

57.

"Baiklah ................. perkenankan permintaan laksamana," titah Sultan Muzaffar Syah.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

58.

Sultan Melaka tidak menghadiri majlis itu kerana _____________ gering.

a)

beta

b)

beliau

c)

hamba

d)

baginda

59.

“ _____________ hendak berangkat melawat mangsa-mangsa banjir sekarang juga,” titah sultan secara tegas.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Baginda

60.

“Jika tuanku telah berkenan, bolehlah ____________ persembahkan hal itu kepada Laksamana Hang Tuah,” kata Bendahara Tun Perak.

a)

beta

b)

tuan hamba

c)

patik

d)

tuanku

61.

Kata dayang kepada Permaisuri. “ Ampunkan ___________, tuanku, kerana cuai sewaktu melaksanakan perintah tuanku.”

a)

saya

b)

patik

c)

hamba

d)

beta

62.

“Patik menjunjung perintah, ______________,” kata Hang Tuah kepada sultan Melaka.

a)

hamba

b)

baginda

c)

tuanku

d)

kalian

63.

“Biarlah __________ menentang Hang Jebat yang derhaka itu,” kata Hang Tuah kepada Bendahara Tun Perak.

a)

saya

b)

hamba

c)

kita

d)

patik

64.

“Benarkah ____________ akan mengiringi _________ berburu pada hujung purnama ini?” tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah.

a)

patik … beta

b)

hamba … tuanku

c)

kalian … tuan hamba

d)

tuan hamba … baginda

65.

“Mengapakah anakanda menangis? Katakanlah kepada ____________,” kata permaisuri kepada puteri bongsunya.

a)

hamba

b)

ayahanda

c)

bonda

d)

beta

66.

“Sekarang bolehlah ____________ lakukan ujikaji ini sendiri seperti yang saya tunjukkan tadi,” kata Cikgu Intan Salina kepada murid kelas 6 Bestari.

a)

kita

b)

awak

c)

kalian

d)

mereka

67.

“Apakah perkara yang _________ hendak bincangkan dengan saya?” tanya Cikgu Ihsan kepada pelajar itu.

a)

saya

b)

kamu

c)

dia

d)

beliau

68.

Seandainya ____________ gagal dalam sesuatu usaha, anggaplah kegagalan itu sebagai suatu cabaran.

a)

anda

b)

dia

c)

saya

d)

engkau

69.

“ ____________ semua boleh datang ke bilik guru pada bila-bila masa jika ada masalah,” kata guru Matematik.

a)

Mereka

b)

Saya

c)

Dia

d)

Kamu

70.

“ ___________ dan ibu akan melancong ke kota Paris pada minggu hadapan,” kata Hasniza kepada Farisya.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Saya

d)

Kamu

71.

“Doktor Lingam ada di klinik? Saya ingin bertemu dengan ____________ ,” tanya Lim kepada jururawat yang bertugas di kaunter pertanyaan itu.

a)

dia

b)

anda

c)

kamu

d)

beliau

72.

Saya dan Ravin akan ke Tanjung Sedili pada hari Ahad minggu hadapan. Tujuan ___________ ke sana adalah untuk memancing ikan.

a)

saya

b)

kita

c)

dia

d)

kami

73.

“Saya percaya bahawa anak ___________ pandai berdikari walaupun dia agak manja,” kata Encik Razman kepada isterinya.

a)

kalian

b)

kamu

c)

mereka

d)

kita

74.

“Bilakah _________ hendak ke Perpustakaan Negara?” tanya Rashid kepada rakan-rakan sekelasnya.

a)

anda

b)

kalian

c)

kamu

d)

engkau

75.

“Mungkin ___________ hanya hendak bergurau dengan awak,” kata Amalina kepada Salwani.

a)

saya

b)

kami

c)

engkau

d)

mereka

76.

"Datanglah ke rumah________ hujung minggu ini," kata Azli kepada Hanafi.

a)

kalian

b)

saya

c)

kamu

d)

mereka

77.

"Mengapakah __________ tidak hadir ke sekolah semalam, Ai Ling?" tanya Cikgu Rozana.

a)

beta

b)

tuanku

c)

kamu

d)

kalian

78.

"Apakah hajat tuan _________ datang ke sini?" kata Hang Nadim kepada Hang Kasturi.

a)

beta

b)

hamba

c)

patik

d)

baginda

79.

"Mari _________ duduk di pondok bacaan itu," kata kepada Mary dan Zura.

a)

kita

b)

beta

c)

dia

d)

awak

80.

"Semoga ________ selamat pulang ke tanah air," kata Encik Roslan kepada Sultan Iskandar.

a)

kita

b)

patik

c)

tuanku

d)

baginda

81.

Encik William ialah seorang peguam. _____________ telah dilantik menjadi Yang Dipertua PIBG sekolah anaknya.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Saya

d)

Kami

82.

Ayah Kamal ingin berjumpa dengan Cikgu Ruzaini kerana _____________ ingin mengetahui perkembangan pembelajaran anaknya di sekolah.

a)

kami

b)

dia

c)

kamu

d)

beliau

83.

"Mesyuarat agung PIBG akan diadakan hujung bulan ini. Ibu bapa _____________ perlu hadir pada hari tersebut," kata Guru Besar kepada semua murid.

a)

kita

b)

saya

c)

kalian

d)

mereka

84.

“___________ berharap agar rakyat jelata memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi,” titah Sultan Selangor.

a)

Dia

b)

Beta

c)

Kami

d)

Beliau

85.

“Tun Perak, panggil Laksamana Hang Tuah mengadap ___________ sekarang juga,” titah Sultan Melaka.

a)

patik

b)

tuanku

c)

hamba

d)

beta

86.

Ali menjemput rakan-rakannya datang ke rumah. ____ dijamu dengan pelbagai jenis makanan yang enak.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kamu

d)

Mereka

87.

"Shalini dan Farah membertahu saya bahawa _____ akan bercuti di Pulau Tioman," kata Alia kepada Punita.

a)

dia

b)

kita

c)

mereka

d)

kalian

88.

"Fatimah, jangan lupa ambil buku teks _____ sebelum balik, " kata Ai Ling kepada Fatimah.

a)

saya

b)

kamu

c)

kami

d)

kalian

89.

"____ harus rajin belajar agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang,"kata Cikgu Tan kepada murid-murid.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Kalian

d)

Mereka

90.

Encik Mohan seorang doktor. ____ bekerja di Hospital Besar Seremban.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Beta

d)

Baginda

91.

Pak Mat seorang pekebun. ____ telah menanam pelbagai jenis sayur di kebunnya.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Beta

d)

Baginda

92.

____ didenda oleh guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Tuanku

d)

Baginda

93.

"____ menjunjung perintah,tuanku," kata panglima.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Hamba

94.

_____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.

a)

A hamba

b)

B beliau

c)

C baginda

d)

D mereka

95.

“Rahman , ayuh _____ pergi mendayung sampan di Taman Tasik Titiwangsa,” kata Nabila.

a)

A kami

b)

B kamu

c)

C awak

d)

D kita

96.

“Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.

a)

A Baginda

b)

B Tuan Hamba

c)

C Tuanku

d)

D Beta

97.

"Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______ arahkan," kata Cikgu Sarah kepada murid-murid Tingkatan 2 Bijak.

a)

A awak

b)

B kami

c)

C saya

d)

D dia

98.

Encik Johari sedang menyampaikan ucapan di hadapan pekerja-pekerja syarikatnya. ______ menasihati

______ agar sentiasa bekerja dengan bersungguh-sungguh.

a)

A Dia…mereka

b)

B Ia…kita

c)

C Beliau…mereka

d)

D Baginda…kamu

99.

“______ jangan suka menyibuk. ______ hanya ingin bercakap dengan Faridah sekarang,” kata Lin kepada

Wan.

a)

A Kita…Kami

b)

B Kamu…Saya

c)

C Awak…Kamu

d)

D Kamu…Kita

100.

______________ akan bersama-sama berusaha untuk mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan itu.

a)

Awak

b)

Saya

c)

Kita

d)

Patik

101.

________________ tidak pernah mengabaikan tanggungjawapnya kepada masyarakat setempat.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Hamba

d)

Patik

102.

Perhatian kepada para pengunjung, _____________ dinasihatkan agar menjaga beg masing-masing.

a)

anda

b)

kami

c)

kamu

d)

saya

103.

________________ merupakan kumpulan murid yang pandai tetapi nakal dalam kelas itu.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Mereka

d)

Kalian

104.

Kami ingin berkunjung ke rumah __________________ pada minggu depan.

a)

awak

b)

beta

c)

dia

d)

saya

105.

________________ berdua duduk di sini sementara menunggu kedatangan ayah.

a)

Kamu

b)

Kami

c)

Kita

d)

Mereka

106.

Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana _______________ tidak menyiapkan kerja sekolah.

a)

dia

b)

mereka

c)

anda

d)

beliau

107.

"_____________ sedang berlatih hoki bersama-sama" kata sekumpulan murid kepada Cikgu Omar.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Saya

d)

Aku

108.

"Apakah yang____________lakukan di dalam tandas ini?" Tanya Cikgu Azhar kepada sekumpulan murid.

a)

awak

b)

mereka

c)

engkau

d)

kalian

Similar Resources on Wayground