wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AS-SUNNAH

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Berikan pengertian al-Sunnah


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Segala apa yang disandarkan kepada Nabi dari segi perkataan, sifat, tingkah laku, perjalanan hidup dan pengakuan atau taqrir, baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau selepas Baginda dibangkitkan.

b)

Segala apa yang disandarkan kepada Nabi dari segi perbuatan, sifat, tingkah laku, perjalanan hidup dan pengakuan atau taqrir, baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau selepas Baginda dibangkitkan.

c)

Segala apa yang disandarkan kepada Nabi dari segi perkataan,perbuatan, sifat, tingkah laku, perjalanan hidup dan pengakuan atau taqrir, baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau selepas Baginda dibangkitkan.

d)

Segala apa yang disandarkan kepada Nabi dari segi perkataan,perbuatan, sifat, tingkah laku, perjalanan hidup baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau selepas Baginda dibangkitkan.

2.

Yang manakah al-Sunnah sudut bilangan perawi


TERDAPAT 2 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Hadith Ahad

b)

Hadith Sahih

c)

Hadith Mutawatir lafzi

d)

Hadith Mutawatir

3.

Ciri-ciri hadith Mutawatir ialah diriwayatkan sejumlah orang perawi. Yang manakah ciri-ciri lain yang anda ketahui.


TERDAPAT 3 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Diterima oleh ramai orang. Dimana ramainya periwayat berlaku dalam setiap peringkat sanad periwayat tersebut.

b)

Sanadnya diriwayatkan melalui pelbagai peringkat rawi,ada rawi yang thiqah, rawi yang kurang thiqah dan ada yang rawinya diterima dengan syarat-syarat tertentu serta ada rawinya yang ditolak riwayatnya.

c)

Mustahil sudut adat berlaku persepakatan untuk melakukan permalsuan.

d)

Sandaran berita pada pancaindera. Iaitu lafaz yang memberi keyakinan kepada sesiapa yang mendengarnya.

4.

Apakah yang anda faham tentang hadith Mutawatir Lafzi ?


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Hadith yang maknanya mutawatir tetapi lafaznya tidak.

b)

Hadith yang makna dan lafaznya memang mutawatir.

c)

Hadith yang diriwayatkan dengan berlainan lafaz tetapi membawa makna sama.

d)

Sebagai contoh hadith berkaitan mengangkat kedua tangan ketika berdoa.

5.

Apakah yang anda faham tentang hadith Mutawatir Maknawi ?


TERDAPAT 2 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Hadith yang diriwayatkan dengan berlainan lafaz tetapi membawa makna sama.

b)

Hadith yang makna dan lafaznya memang mutawatir.

c)

Hadith yang mempunyai satu lafaz.

d)

Hadith yang maknanya mutawatir tetapi lafaznya tidak.

6.

Apakah maksud hadith Ahad ?


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Hadith yang terbatas jalan-jalan riwayatnya dan tidak sampai ke peringkat Hadith Masyhur atau bilangan perawi Hadith Ahad tidak sampai ke bilangan Hadtih Mutawatir.

b)

Hadith yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW oleh sejumlah orang yang ramai dalam tiga masa.

c)

Hadith yang terbatas jalan-jalan riwayatnya dan tidak sampai ke peringkat Hadith Mutawatir atau bilangan perawi Hadith Ahad tidak sampai ke bilangan Hadtih Mutawatir.

d)

Hadith yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW oleh sejumlah orang yang ramai sampai sama dengan tahap Hadith Mutawatir dalam tiga masa.

7.

Ciri-ciri utama hadith Ahad ialah


TERDAPAT 3 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Mempunyai jalan-jalan riwayat yang sikit hingga sampai kepada Rasulullah SAW.

b)

Jumlah rawinya tidak mencapai jumlah rawi hadith Mutawatir. Ada yang mengatakan jumlahnya tidak melebihi kepada 10 orang rawi dalam satu tabaqah.

c)

Jika sesetengah tabaqah sampai ke bilangan Mutawatir dan sesetengahnya tidak.

d)

Sanadnya diriwayatkan melalui pelbagai peringkat rawi,ada rawi yang thiqah, rawi yang kurang thiqah dan ada yang rawinya diterima dengan syarat-syarat tertentu serta ada rawinya yang ditolak riwayatnya.

8.

Hadith Ahad terdiri daripada Masyhur , 'Aziz dan Gharib. Pernyataan yang manakah benar mengenai kategori hadith Ahad ini


TERDAPAT 3 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Aziz : Diriwayatkan oleh dua orang perawi, sama ada dalam satu tabaqah atau beberapa tabaqah sanad.

b)

Gharib : Diriwayatkan oleh perawi pada mana-mana tabaqah.

c)

Masyhur : Diriwayatkan oleh tiga orang perawi dan ke atas dalam setiap tabaqah, tetapi tidak mencapai jumlah hadith Mutawatir.

d)

Masyhur : Diriwayatkan oleh dua orang perawi dan ke atas dalam setiap tabaqah, tetapi tidak mencapai jumlah hadith Mutawatir.

e)

Gharib : Diriwayatkan oleh seorang perawi pada mana-mana tabaqah.

9.

Berikut ialah kedudukan Sunnah di samping al-Quran KECUALI


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Memperakukan al-Quran.

b)

Menggantikan al-Quran sebagai bacaan solat.

c)

Menjelaskan lagi al-Quran.

d)

Menjelaskan hukum baru yang tidak disebut al-Quran.

10.

Suatu yang diriwayatkan oleh sekumpulan dari sekumpulan lain yang jumlahnya memustahilkan berlaku penipuan ialah


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Hadith Ahad

b)

Hadith Mursal

c)

Hadith Mutawatir

d)

Hadith Gharib

11.

Salah satu fungsi hadith terhadap al-Quran adalah


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Mempersingkat penjelasan al-Quran.

b)

Memperkuat pernyataan yang ada dalam al-Quran.

c)

Sebagai pengganti isi al-Quran.

d)

Melemahkan ayat dalam al-Quran.

12.

Yang manakah al-Sunnah sudut kesahihannya


TERDAPAT 3 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Hadith Sahih

b)

Hadith Hassan

c)

Hadith Hassan Li Ghairih

d)

Hadith Dha'if

13.

Apakah pengertian Hadith Sahih dari segi istilah ?


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil, dobit (tepat dan kuat ingatan sudut tulisan atau hafazan), rangkaian sanadnya terputus, tidak ada kecacatan dan tidak ada sebarang kejanggalan.

b)

Hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil, dobit (tepat dan kuat ingatan sudut tulisan atau hafazan), rangkaian sanadnya tidak terputus, ada kecacatan dan tidak ada sebarang kejanggalan.

c)

Hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil, dobit (tepat dan kuat ingatan sudut tulisan atau hafazan), rangkaian sanadnya tidak terputus, tidak ada kecacatan dan tidak ada sebarang kejanggalan.

d)

Hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil, dobit (tepat dan kuat ingatan sudut tulisan atau hafazan), rangkaian sanadnya tidak terputus, tidak ada kecacatan dan ada sebarang kejanggalan.

14.

Ciri-ciri hadith Sahih ialah


TERDAPAT 4 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Sanadnya periwayat dalam semua tabaqah perawi dipanggil Muttasil al-Sanad sehingga sampai kepada Rasulullah SAW.

b)

Semua periwayat dalam rangkaian sanad Hadith Sahih memenuhi syarat sifat adil.

c)

Semua periwayat dalam rangkaian sanas memenuhi sebahagian syarat dobit. Mereka memiliki ingatan dan hafazan yang sempurna.

d)

Sanad dan matan Hadith Sahih bebas daripada sebarang kejanggalan dengan riwayat perawi thiqah yang lain.

e)

Sanad dan matan hadith bebas dari sebarang kecacatan iaitu 'illah.

15.

Apakah jenis hadith Sahih ?


TERDAPAT 2 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Sahih Li Zatih

b)

Sahih Li Zitihi

c)

Sahih Li Ghairih

d)

Sahih Li Ghiraih

16.

Apakah pengertian Hadith Hasan dari segi istilah ?


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Hadith yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya bersifat adil dan tidak dapat kecacatan serta tidak syaz, iaitu tidak janggal dari sudut matan dan sanadnya, hanya ia kurang lemah sifat kedobitannya.

b)

Hadith yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya bersifat adil dan tidak dapat kecacatan serta tidak syaz, iaitu tidak janggal dari sudut matan dan sanadnya, hanya ia lebih kuat sifat kedobitannya.

c)

Hadith yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya bersifat adil dan tidak dapat kecacatan serta tidak syaz, iaitu tidak janggal dari sudut matan dan sanadnya, hanya ia kurang kuat sifat kedobitannya.

d)

Hadith yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya bersifat tidak adil dan tidak dapat kecacatan serta tidak syaz, iaitu tidak janggal dari sudut matan dan sanadnya, hanya ia kurang kuat sifat kedobitannya.

17.

Ciri-ciri hadith Hasan ialah


TERDAPAT 4 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat.

b)

Perawi atau periwayat mestilah bersifat adil.

c)

Perawinya bersifat dobit tetapi tidak mencapai taraf dobit Hadith Sahih.

d)

Sanad dan matan hadith tercemar daripada kejanggalan.

e)

Tidak ada sebarang 'illah padanya,iaitu tidak cacat.

18.

Apakah maksud hadith Hasan Li Zatih ?


(Sila rujuk buku untuk jawapan yang tepat)

(a)  

19.

Apakah pengertian Hadith Da'if dari segi istilah ?


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Hadith yang tidak menepati syarat-syarat Hadith Sahih juga syarat-syarat Hadith Sahih iaitu hadith yang gugur satu atau lebih syarat-syarat maqbul dan juga yang sangat lemah.

b)

Hadith yang tidak menepati syarat-syarat Hadith Sahih juga syarat-syarat Hadith Sahih iaitu hadith yang gugur satu atau lebih syarat-syarat maqbul dan juga yang tidak diterima sebagai hujah.

c)

Hadith yang tidak menepati syarat-syarat Hadith Sahih juga syarat-syarat Hadith Sahih iaitu hadith yang gugur satu atau lebih syarat-syarat maqbul.

d)

Hadith yang tidak menepati syarat-syarat Hadith Sahih juga syarat-syarat Hadith Sahih iaitu hadith yang gugur satu atau lebih syarat-syarat yang tidak maqbul.

20.

Berikan ciri-ciri hadith Da'if.


(Kalau ada buku jawapan dia ada 9 , saya pilih mana mana lima yang terbaik, tapi saya nak jawapan satu sahaja drpdnya)

(a)  

21.

Yang manakah dalil al-Quran yang menggesa umat Islam sentiasa merujuk al-Sunnah dalam perundangan ?


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

b)

وَاللَّيلِ إِذا سَجىٰ

c)

مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ

d)

ما وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَما قَلىٰ

22.

Yang manakah dalil Hadith menyuruh umat Islam merujuk kepada Hadith ?


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

تَبٰرَكَ الَّذِىۡ بِيَدِهِ الۡمُلۡكُ

b)

لِيَبۡلُوَكُمۡ اَيُّكُمۡ اَحۡسَنُ عَمَلًا

c)

الَّذِىۡ خَلَقَ سَبۡعَ سَمٰوٰتٍ طِبَاقًا​

d)

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

23.

Apakah peranan al-Sunnah dalam penentuan hukum ?


TERDAPAT 3 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Sebagai pengukuh hukum.

b)

Sebagai penjelas al-Quran

c)

Sebagai penentu hukum baharu.

d)

Sebagai penyamaan al-Quran

e)

Sebagai penentu hukum perundangan

24.

Apakah peranan al-Sunnah sebagai penjelas al-Quran ?


TERDAPAT 3 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Menjelaskan Nas Al-Quran Berbentuk Mujmal

b)

Membantu Nas Al-Quran Berbentuk Mursal

c)

Mengkhususkan Nas Al-Quran Berbentuk Umum

d)

Membataskan Nas Al-Quran Berbentuk Mutlak

25.

Contoh yang terdapat di dalam buku peranan al-Sunnah sebagai pengukuh hukum ialah


TERDAPAT 2 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Tentang mendirikan solat dan menunaikan zakat.

b)

Tentang menghimpunkan seseorang dengan emak saudaranya sebagai isteri dalam satu masa

c)

Tentang mengharamkan memakan burung yang berkuku panjang dan binatang buas yang mempunyai taring

d)

Tentang saudara seislam adalah bersaudara

26.

Berikut ini adalah klasifikasi hadith daripada kategori jumlah (sedikit banyaknya) perawi yang meriwayatkan hadis, kecuali ...


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Hadis Mutawatir

b)

Hadis Masyhur

c)

Hadis Hasan

d)

Hadis 'Aziz

27.

Apakah hukum beramal dengan hadith Da'if?


TERDAPAT 1 JAWAPAN YANG TERBAIK.

a)

Wajib

b)

Haram

c)

Harus

d)

Dibolehkan dengan syarat tertentu