NEW
Font size
WorksheetsSains Komputer Tingkatan 4 - 1.1.3 Proses Penyelesaian..
Total questions: 9
Worksheet time: 5mins
Berikut merupakan senarai langkah-langkah dalam _____ dalam Proses Penyelesaian Masalah yang disusun secara rawak.
1. Menjana idea – menghapuskan halangan
2. Membuat penilaian
3. Menjana penyelesaian
4. Menentukan tindakan
5. Mengumpulkan dan menganalisis data
6. Menentukan masalah
7. Membuat penambahbaikan
8. Melaksanakan penyelesaian
Berdasarkan senarai di atas, susun langkah-langkah yang betul dalam proses penyelesaian masalah.
1 > 3 > 2 > 6 > 4 > 8 > 5 > 7
5 > 3 > 2 > 6 > 8 > 4 > 1 > 7
5 > 6 > 1 > 3 > 4 > 8 > 2 > 7
5 > 7 > 2 > 4 > 4 > 6 > 1 > 3
Nyatakan sama ada pernyataan berikut adalah Benar atau Palsu.
Dalam langkah menjana penyelesaian, murid hendaklah menyenaraikan idea atau langkah semasa merancang penyelesaian. Kenal pasti adakah idea yang dijana
merupakan suatu rancangan penyelesaian yang sesuai.
Benar
Palsu
"Adakah masalah ini merupakan masalah yang utama?
"Apakah masalah lain yang dapat dikesan?
Pernyataan di atas merujuk kepada _____ dalam Proses Penyelesaian Masalah.
Membuat penilaian
Menentukan masalah
Menentukan tindakan
Mengumpulkan dan menganalisis data
Nyatakan sama ada pernyataan berikut adalah Benar atau Palsu.
Dalam langkah menjana idea – menghapuskan halangan, murid perlu menyenaraikan beberapa idea yang dapat digunakan untuk menyelesaikan setiap masalah yang telah dikenal pasti.
Benar
Palsu
"Penilaian akan dilaksanakan terhadap langkah-langkah
penyelesaian. Jika tidak menepati tahap yang memuaskan atau tidak menyelesaikan masalah, murid perlu mencari tindakan yang lain.
Pernyataan di atas merujuk kepada _____ dalam Proses Penyelesaian Masalah.
Membuat penilaian
Menentukan masalah
Menentukan tindakan
Mengumpulkan dan menganalisis data
Nyatakan sama ada pernyataan berikut adalah Benar atau Palsu.
Dalam langkah membuat penambahbaikan, setiap penyelesaian yang telah dilaksanakan perlu ditambah baik jika masih terdapat kekurangan dan mengikut keperluan
Benar
Palsu
"Sejauh manakah masalah tersebut memberikan kesan?"
"Bilakah masalah itu perlu diselesaikan?"
Pernyataan di atas merujuk kepada langkah _____ dalam Proses Penyelesaian Masalah.
Menentukan tindakan
Mengumpulkan dan menganalisis data
Menjana idea – menghapuskan halangan
Menjana penyelesaian
"Adakah pilihan yang lain harus diberikan perhatian?
"Dapatkah idea ini menyelesaikan masalah yang dihadapi?
Pernyataan di atas merujuk kepada _____ dalam Proses Penyelesaian Masalah.
Membuat penilaian
Menentukan masalah
Menentukan tindakan
Mengumpulkan dan menganalisis data
Nyatakan sama ada pernyataan berikut adalah Benar atau Palsu.
Dalam langkah melaksanakan penyelesaian, murid boleh menggunakan pelbagai alat dan teknik yang telah dipilih untuk melaksanakan penyelesaian. Fokus hendaklah ditumpukan kepada tindakan yang boleh menyumbang
kepada penyelesaian masalah.
Benar
Palsu
