Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Tingkatan 5 Bab 3 - 4

Total questions: 40

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

1. Yang manakah yang merupakan komponen Penyata Pendapatan?

a)

Kunci Kira-Kira

b)

Akaun Untung Rugi

2.

2 Manakah yang merupakan aset semasa?

a)

Inventori

b)

Bangunan

3.

Manakah yang bukan kos berubah?

a)

A. Sewa pejabat

b)

B Kos bahan mentah

4.

Pihak berkepentingan manakah yang memerlukan penyata kewangan untuk membuat keputusan memberikan kemudahan kredit dagangan kepada perniagaan?

a)

Pemilik

b)

Pembiaya

5.

Mengapakah perniagaan membuat analisis operasi kewangan perniagaan menggunakan Titik Pulang Modal(TPM)?

a)

Untuk mengetahui aliran tunai semasa perniagaan

b)

Untuk mengetahui sama ada jumlah hasil dapat menampung jumlah kos

6.

Apakah kepentingan Kunci Kira-Kira kepada usahawan?

a)

Dapat mengetahui kedudukan aset perniagaan

b)

Dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran

7.

Apakah kegunaan penyata pendapatan kepada usahawan?

a)

Dapat mengetahui hutang perniagaan kepada pihak bank

b)

Meramal pencapaian prestasi perniagaan pada masa hadapan

8.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan analisis nisbah kecairan kepada usahawan?

a)

Membantu usahawan mengetahui jumlah wang tunai dalam tangan dan bank

b)

Membantu usahawan mengetahui sama ada dapat membayar pinjaman jangka pendek dengan serta-merta

9.

Jika peratusan margin untung bersih sesebuah syarikat semakin meningkat, apakah kesimpulan anda ?

a)

A. Pengurusan operasi syarikat semakin cekap

b)

B Syarikat mengurangkan jualan secara hutang

10.

Apakah kepentingan penyata aliran tunai kepada perniagaan?

a)

A. Dapat mengetahui jumlah hasil dan belanja perniagaan

b)

B . Dapat mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran tunai

11.

Sumber pembiayaan dalaman merupakan

a)

modal yang diperoleh daripada simpanan peribadi

b)

modal yang diperoleh daripada kemudahan overdraf

c)

modal yang diperoleh daripada agensi kerajaan

d)

modal permulaan yang diperoleh daripada bank

12.

Apakah peranan syarikat pemfaktoran..?

a)

Mengutip hutang bagi pihak peniaga daripada pelanggan mereka

b)

Menyewa aset tetap daripada institusi kewangan atau bank

c)

Memberikan pinjaman kewangan kepada syarikat awam

d)

Memberikan kemudahan overdraf kepada pelanggan

13.

Apakah insentif yang disediakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains dan tekonologi?

a)

Overdraf

b)

Pemfaktoran

c)

Geran tanah

d)

Geran penyelidikan dan pembangunan

14.

Ar-Rahnu merupakan salah satu sumber pembiayaan yang

a)

Menyewakan aset dengan tujuan membeli aset tersebut

b)

Merujuk kepada satu barang berharga untuk dijadikan cagaran

c)

Memudahkan urusan pembelian akaun penghutang/invois

d)

Memudahkan peniaga mendapat kemudahan kredit

15.

Pinjaman yang diberikan kepada usahawan bagi memulakan perniagaan...

a)

Pajakan

b)

Syer

c)

Overdraf

d)

Modal permulaan

16.

Program Tunas Usahawan (TUBE) merupakan salah satu kemudahan kewangan yang diberikan agensi kerajaan dalam bentuk....

a)

Bantuan Modal

b)

Geran penyelidikan dan pembangunan

c)

Jaminan Kredit

d)

Overdraf

17.

Mengamalkan konsep 'pinjaman atas simpanan'

a)

MARA

b)

CGC

c)

TEKUN

d)

MOSTI

18.

Tidak melibatkan kos seperti Faedah Atas Pinjaman

a)

Sumber pembiayaan dalaman

b)

Sumber pembiayaan luaran

19.

Prosedur pertama yang perlu dilakukan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan ialah...

a)

Menyediakan penyata bank

b)

Menyediakan rancangan perniagaan

c)

Membuat rundingan dengan pakar kewangan

d)

Memulakan perniagaan atau memohon semula

20.

Bagi permohonan pembiayaan melalui MARA, dokumen yang diperlukan ialah...

a)

Borang KWSP

b)

IBorang Cukai

c)

Borang Maklumat Peribadi

d)

Borang Jaminan atau Cagaran

21.

Penyata pendapatan terdiri daripada...

a)

Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi

b)

Akaun Perdagangan dan Kunci Kira Kira

c)

Akaun Pembayaran dan Akaun Penerimaan

22.

UNTUNG KASAR =

a)

Jualan Bersih - Kos Jualan

b)

Untung Bersih - Belanja

c)

Belian - Pulangan Belian

d)

Jualan - Pulangan Jualan

23.

Jualan, Jualan Bersih, Kos Belian dan Kos Jualan adalah butiran yang terdapat dalam...

a)

Kunci Kira-Kira

b)

Penyata Aliran Tunai

c)

Penyata Pendapatan

24.

Sewa, Insurans dan Gaji merupakan....

a)

Jualan

b)

Belian

c)

Belanja

25.

Apakah yang dimaksudkan dengan ekuiti pemilik?

a)

Pemilik mengambil aset perniagaan

b)

Hutang perniagaan jangka pendek

c)

Modal yang dilaburkan untuk memulakan perniagaan

26.

Kenderaan, mesin dan kelengkapan pejabat merupakan...

a)

Aset Semasa

b)

Aset Bukan Semasa

27.

Formula Kunci Kira - Kira

a)

Aset = Ekuiti + Liabiliti

b)

Aset Semasa = Aset Tetap - Liabiliti

c)

Aset = Modal + Ekuiti Pemilik

28.

Baki b/b merupakan baki...

a)

Awal

b)

Akhir

29.

Dalam penyata aliran tunai, (kurangan) berlaku apabila ...

a)

Jumlah pembayaran melebihi jumlah penerimaan

b)

Jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran

30.

Upah, Gaji dan Duti Atas Bahan Mentah merupakan...

a)

Kos Tetap

b)

Kos Berubah

31.

Pihak ini menilai penyata kewangan untuk memastikan peniaga mampu membayar hutang dan kredit.

a)

Pembekal/Vendor

b)

Pelabur

c)

Pihak pengurusan

d)

Institusi Kewangan

32.

Margin untung kasar digunakan untuk....

a)

Mengukur kemampuan syarikat untuk membayar pinjaman jangka pendek

b)

Mengukur setiap ringgit modal yang dilabur

c)

Mengukur keuntungan setiap ringgit jualan bersih

d)

Mengukur prestasi perniagaan

33.

Berapakah nisbah semasa ?


Aset Semasa = RM 223, 785

Liabiliti Semasa = RM 123, 345

a)

12.1 : 1

b)

9.1 : 1

c)

1.81 : 1

d)

2.7 : 1

34.

Penyata pendapatan digunakan untuk....

a)

Meningkatkan untung bersih

b)

Mengukur prestasi perniagaan

c)

Menganalisis Nisbah kecairan

d)

Rekod kewangan perniagaan

35.

Manakah antara berikut merupakan kemudahan kewangan yang disediakan oleh agensi kerajaan?


I Bantuan modal

II Sewa beli

III Pemfaktoran

IV Jaminan kredit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Antara berikut, manakah merupakan contoh sumber pembiayaan dalaman?


I Syer

II Modal daripada keuntungan (rizab)

III Simpanan peribadi

IV Overdraf

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Butiran berikut dipetik daripada buku Giling Laut Sdn. Bhd.

Aset = RM36,090

Liabiliti = RM4,780

Modal = P

Giling Laut Sdn. Bhd. mengalami kerugian sebanyak RM5,000. Berapakah nilai P ?

a)

RM35,870

b)

RM45,870

c)

RM26,310

d)

RM36,310

38.

Nongkolud Sdn Bhd ingin menilai prestasi perniagaannya untuk tahun 2018 dan tahun 2019 berdasarkan maklumat berikut:

Peratusan untung kasar atas jualan

Tahun 2018 : 17%

Tahun 2019: 18.8%


Apakah sebab-sebab yang menyebabkan perubahan tersebut?


I Harga jualan telah dinaikkan

II Jumlah jualan telah bertambah

III Kelemahan dalam pengendalian perniagaan

IV Pengendalian perniagaan bertambah cekap

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Setiap bulan pihak pengurusan perniagaan perlu membayar pinjaman kepada pihak institusi kewangan secara tetap mengikut jadual. Apakah jenis kos yang berkait dengan pembayaran tersebut?

a)

Kos tetap

b)

Kos berubah

c)

Kos marginal

d)

Kos purata

40.

Maklumat berikut diperoleh daripada Rugading Enterprise.


Nisbah semasa Rugading Enterprise ialah 3 : 1


Apakah taksiran yang tepat mengenai nisbah tersebut?

a)

Jumlah liabiliti melebihi tiga kali ganda aset

b)

1⁄4 daripada jumlah aset adalah aset semasa

c)

Setiap RM3 nilai aset semasa dapat menjelaskan RM1 nilai liabiliti semasa

d)

Jika RM3 yang dilaburkan, syarikat memperoleh untung bersih sebanyak RM1