wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tahun 4 (Bab 1 - 4)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud sejarah menurut Kamus Dewan?

a)

Peristiwa yang akan berlaku

b)

Cerita yang menarik untuk dibaca

c)

Perisitiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau

d)

Kisah-kisah dongeng yang telah berlaku pada waktu lampau

2.

Menurut Ibn Khaldun, sejarah menceritakan hal tentang

a)

manusia dan alam sekitar

b)

manusia, haiwan dan tumbuhan

c)

manusia dan Tuhan yang menciptakan alam

d)

manusia dan perbuatan yang berlaku dalam masyarakat tersebut

3.

Antara berikut, manakah merupakan sumber pertama?

a)

Fosil

b)

Buku

c)

Akhbar

d)

Majalah

4.

Naskhah tulisan tangan dipanggil sebagai

a)

Fosil

b)

Artifak

c)

Akhbar

d)

Manuskrip

5.

Apakah yang kamu faham mengenai kaedah arkeologi?

a)

Kaedah temubual

b)

Kaedah bahan bercetak

c)

Kaedah gali cari harta karun

d)

Kaedah gali cari artifak dan fosil

6.

Sekiranya kamu menemu bual guru untuk mendapatkan maklumat sejarah, kamu telah melaksanakan

a)

kaedah lisan

b)

kaedah bertulis

c)

kaedah arkeologo

d)

kaedah pandang dengar

7.

Apakah maksud Sebelum Masihi (SM)?

a)

Zaman purba

b)

Zaman dahulu kala

c)

Zaman selepas kelahiran Nabi Isa

d)

Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa

8.

Berapakah tempoh masa bagi alaf?

a)

1 tahun

b)

10 tahun

c)

100 tahun

d)

1000 tahun

9.

Apakah nama tempat yang menyimpan dan mempamerkan bahan tinggalan sejarah yang berharga?

a)

Arkib

b)

Muzium

c)

Sekolah

d)

Hospital

10.

Apakah lagu yang biasanya dinyanyikan semasa perhimpunan sekolah?

a)

Negaraku

b)

Nasyid

c)

Boria

d)

Dikir Barat

11.

Apakah nama panggilan bagi ibu dan bapa orang India berketurunan Tamil?

a)

Ayah dan ibu

b)

Apai dan indai

c)

Appa dan Ina

d)

Appa dan amma

12.

Antara berikut, manakah amalan yang sesuai ketika makan?

a)

Berdoa sebelum makan

b)

Makan dengan gelojoh

c)

Bercakap ketika makan

d)

Bermain-main ketika makan

13.

Apakah dokumen yang mengandungi keterangan mengenai butir-butir kelahiran?

a)

Sijil kelahiran

b)

Sijil kematian

c)

Sijil perceraian

d)

Sijil perkahwinan

14.

Antara berikut, amalan manakah yang perlu anda lakukan apabila ingin keluar dari rumah?

a)

Keluar secara senyap-senyap dengan rakan anda

b)

Meminta izin daripada bapa dan ibu terlebih dahulu

c)

Keluar begitu sahaja tanpa meminta kebenaran bapa dan ibu

d)

Menggunakan pintu belakang tanpa pengetahuan bapa dan ibu

15.

Siapakah yang bertanggungjawab menyelaras semua program akademik di sekolah?

a)

Guru besar

b)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

c)

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

d)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

16.

Apakah maksud nombor lima angka pada alamat rumah anda?

a)

Poskod

b)

Poskad

c)

Nama jalan

d)

Nama negeri

17.

Tujuan belajar Sejarah adalah agar kita dapat

a)

menjadikan peristiwa lampau sebagai iktibar dan semangat untuk kita mencipta kejayaan masa kini.

b)

mengenal masa lampau

c)

supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama

d)

supaya cemerlang dalam peperiksaan

18.

Keluarga asas terdiri daripada ayah, ibu dan _______ sahaja.

a)

datuk

b)

nenek

c)

anak

d)

cucu

19.

Apakah yang harus dilakukan oleh Danish apabila bertemu datuk dan neneknya?

a)

bersalam

b)

diam

c)

tunduk

d)

meninggikan suara

20.

Sekolah berfungsi sebagai

a)

tempat berjumpa kawan-kawan

b)

pusat aktiviti kecergasan

c)

tempat untuk mendapatkan pendidikan secara formal

d)

taman asuhan kanak-kanak