NEW
Font size
WorksheetsPenjodoh Bilangan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kakak memasukkan ___________ garam ke dalam periuk kari ayam.
segenggam
setitik
secubit
Di belakang rumah datuk ada __________ sungai yang dalam airnya bersebelahan dengan __________ pondok yang usang.
sebatang .... sebuah
sebuah ... selembar
sebiji ... sekaki
Baju Mariam terkena beberapa ___________ dakwat pen yang disimpan dalam poket.
botol
titis
sudu
Di perdu pokok rambutan itu tumbuh beberapa __________ cendawan.
batang
papan
kaki
Kamal mengakhiri ucapannya dengan __________ pantun dan ___________ lagu lama dendangan P.Ramlee.
sekumpulan ... secebis
serangkap ... sebaris
sepotong ... sehelai
Rubiah menggunakan ___________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
sekepal
segugus
sebatang
Ah Meng tidak menulis ___________ perkataan walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya kerana dia memikirkan ___________ payung yang dihilangkannya pagi tadi.
sepatah ... sekaki
sepotong ... sebatang
sepapan ... sekaki
Ahmad belum mampu untuk membeli ___________ kasut bola lagi.
sehelai
sepasang
sebuah
Dua ___________ bas digunakan untuk lawatan ke Kota Bharu.
biji
pasang
buah
Pihak Majlis Perbandaran Kuantan akan membina lima ___________ rumah pangsa untuk penempatan setinggan.
blok
buah
bidang
___________ wartawan telah menyerbu ke arah tokoh politik itu untuk mendapatkan komen beliau tentang kejadian tersebut.
Segerombolan
Sepasukan
Sekumpulan
Karangan yang ditulis di atas se___________ kertas itu panjangnya lebih kurang seratus lima puluh ___________ perkataan.
bidang ... petak
keping ... kerat
helai ... patah
Pak Mail membawa se__________ pisang pulang dari kebunnya .
buah
tandan
biji
Se __________ tembikai itu berharga RM6.00.
buah
biji
ekor
Pengakap muda itu mencari beberapa __________ kayu untuk mendirikan khemah.
batang
buah
kaki
Puan Ros membeli lima __________ apam balik dari gerai itu.
buah
biji
keping
Pak Aji melepaskan beberapa __________ tembakan untuk menghalau monyet-monyet itu.
butir
biji
das
Yusliza makan lima _______ sate dan tiga _______ nasi himpit.
batang ... ketul
cucuk ... ketul
bungkus ... butir
Di belakang rumah Norli ada __________ sungai dan se__________ buluh.
sebatang ... longgok
sebatang ... rumpun
secebis ... papan
Nenek menyapukan beberapa ___________ kapur di atas daun sirih itu lalu menggobeknya.
carik
cubit
calit
