wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SYAIR POHON BULUH

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tema syair Pohon Buluh?

a)

Perpaduan atau keutuhan hidup bersatu

b)

Nasihat membina diri seseorang ke arah kebaikan

c)

Amalan baik dalam kehidupan

d)

Kecintaan kepada Pencipta

2.

ikatnya licin di luar di dalam,

Gelapnya di dalam seperti malam,

Air tak tiris seperti kolam,

Ikat tingkatnya tak nampak alam.


Apakah maksud kata tiris?

a)

Putus

b)

Bocor

c)

Darjat

d)

Hilang

3.

Bagaimanakah keadaan menara yang terdapat dalam rangkap pertama syair?

a)

dipenuhi pekerja di dalamnya dimana ketua sedang menunjukkan cara kerja yang betul dan ada pengawal menjaga keadaanya.

b)

rendah dan tidak bertingkat, mempunyai sekatan antara bilik, ada tangga naik dan mata- mata menjaga segenap pangkat

c)

tinggi dan penuh perkerja yang sedang melakukan tugas masing- masing.

d)

tinggi dan banyak bertingkat, tiada sekatan antara bilik, tidak bertangga naik melekat, dan mata- mata menjaga segenap pangkat

4.

Nyatakan pengajaran yang terkandung dalam syair tersebut?

a)

kita harus berhati- hati dalam setiap perbuatan dan tindakan kita

b)

Sifat malas hendaklah kita hindari

c)

pihak berkuasa hendaklah menjalankan tugas dengan adil

d)

kita haruslah bersimpati terhadap insan lain

5.

Nyatakan satu nilai yang diperoleh daripada syair ini,kecuali?

a)

keadilan

b)

tolong- menolong

c)

tanggungjawab

d)

keredaan

6.

Yang ada sedia panji-panji bendera,

Hingga sampai kemuncak menara,

Banyak ada ia bersaudara,

Yang ada pula bersama gara.


Apakah yang dimaksudkan dengan rangkap kedua syair di atas?

a)

Hubungan persaudaraan yang kukuh akan mendatangkan kejayaan walaupun ada kalanya terdapat pelbagai rintangan.

b)

Hubungan manusia dan alam tidak dapat dipisahkan walaupun tinggal di menara yang tinggi.

c)

Pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara.

d)

Hubungan yang akrab antara anggota masyarakat akan dapat menangkis pelbagai anasir jahat.

7.

Pilih persoalan yang terdapat dalam Syair Pohon Buluh.

a)

Melaksanakan tugas tanpa mengira perbezaan status seseorang.

b)

Perpaduan menjadi teras kejayaan.

c)

Sumber alam yang kian pupus di muka bumi.

d)

Perpaduan kukuh dapat menangkis anasir jahat.

8.

Pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menjaga keamanam negara tanpa mengira status seseorang.


Maksud rangkap syair di atas merujuk kepada rangkap syair yang ________________.

a)

Keempat

b)

Ketiga

c)

Kedua

d)

Pertama

9.

Rima akhir setiap rangkap dalam Syair Pohon Buluh adalah terikat iaitu aaaa.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Syair Pohon Buluh mempunyai beberapa bentuk dan ciri-ciri iaitu

a)

Bentuk terikat

b)

Mempunyai 4 rangkap

c)

Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap

d)

Mempunyai 4 hingga 6 patah kata dalam setiap baris

e)

Mempunyai 9 hingga 12 suku kata dalam setiap baris