wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 2 KBSM FIZIK

Total questions: 13

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah faktor mempengaruhi kekenyalan spring? [jawapan lebih dari satu]

a)

diameter wayar spring

b)

diameter gegelung spring

c)

pemalar daya spring

d)

jenis bahan spring

2.

Antara berikut, yang manakah ciri spring yang paling baik untuk buaian bayi?

a)

Diperbuat daripada kuprum

b)

Diperbuat daripada aloi

c)

Diameter wayar spring kecil

d)

Diameter wayar spring besar

3.

Apakah hubungan daya yang dikenakan pada spring,F dan pemanjangan spring,x?

a)

F berkadar langsung dengan x

b)

F berkadar songsang dengan x

c)

F berkadar langsung dengan 1/x

4.

Yang manakah benar mengenai spring yang mempunyai pemalar daya yang besar?

a)

Spring lebih kenyal

b)

Spring lebih keras

c)

Pemanjangan spring lebih besar

5.

Susun jenis spring di bawah dari spring yang lembut hingga keras.

a)

Keluli, besi, kuprum

b)

kuprum, besi, keluli

c)

besi, kuprum, keluli

6.

Mengapakah seorang penerjun yang membuat terjunan membengkokkan kakinya ketika mendarat?

a)

Untuk meningkatkan masa tindakan antara penerjun dan tanah, supaya daya impuls yang terhasil adalah kecil.

b)

Untuk meningkatkan masa tindakan antara penerjun dan tanah, supaya impuls yang terhasil adalah besar.

c)

Untuk mengurangkan masa tindakan antara penerjun dan tanah, supaya impuls yang terhasil adalah kecil.

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh situasi impuls? [jawapan lebih dari satu]

a)

Memancing ikan

b)

Menendang bola sepak

c)

Membuat lompatan jarak jauh

8.

Sebuah kereta bergerak sejauh 2 ms-1 dalam masa 6 s. Berapakah jarak yang dilaluinya?

a)

3 m

b)

6 m

c)

9 m

d)

12 m

9.

Sebuah kereta bergerak dengan kelajuan 50 ms-1 kemudian memberhentikan keretanya. Sesaran yang dilalui sebelum berhenti ialah 150 m. Berapakah nyahpecutan kereta itu?

a)

-8.33 ms-2

b)

-83.3 ms-2

c)

-2 ms-2

d)

-0.2ms-2

10.

Seorang pemain hoki berjisim 50 kg bermain hoki dengan halaju 25 ms-1. Apakah momentum yang dihasilkannya?

a)

1250 kg ms-1

b)

1350 kg ms-1

c)

12500 kg ms-1

11.

Sebiji batu mengambil masa 2 s untuk jatuh dari atas tebing hingga ke tanah. Apakah sesaran antara tebing dan tanah tersebut?

a)

2 m

b)

10 m

c)

6.9 m

d)

20 m

12.

Apabila seorang pemain bola sepak menendang sebiji bola yang pegun berjisim 0.8 kg, halajunya menjadi 12 ms-1 selepas 0.6 s. Berapakah daya impuls yang bertindak ke atas bola itu apabila ditendang?

a)

0.8 N

b)

1.3 N

c)

7.2 N

d)

16 N

13.

Seorang pekerja mengangkat satu objek setinggi 2 m dari tanah dengan daya 200 N dalam masa 2 s. Berapakah kuasa yang dikenakan oleh pekerja tresebut?

a)

100 W

b)

200 W

c)

4 W

d)

5 W