Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T2B3 3.4 Proses Penyerapan & Pengangkutan & Penyahtinjaan

Total questions: 33

Worksheet time: 2hrs 39mins

Name
Class
Date
1.

Pelawas sangat penting untuk proses pergerakan yang disebabkan oleh pengecutan dan pengenduran otot-otot di salur pencernaan seperti di esofagus untuk menolak makanan ke dalam perut. Apakah nama proses tersebut?

a)

Proses penyahtinjaan

b)

Proses respirasi

c)

Proses peristalsis

d)

Proses asimilasi

2.

Lakteal berfungsi untuk...

a)

menyerap protein yang dicerna

b)

menyerap kanji yang dicerna

c)

menyerap lemak yang dicerna

d)

menyerap karbohidrat yang dicerna

3.

Penyahtinjaan bermaksud.......

a)

Menyingkirkan bahan buangan daripada tubuh.

b)

Menyingkirkan air kencing daipada tubuh.

c)

Menyingkirkan makanan tidak tercerna daripada tubuh.

d)

Pengumpulan tinja dalam usus besar.

4.

Selepas makan, makanan yang dihadam di dalam perut akan diserap oleh

a)

usus kecil

b)

usus besar

c)

pundi kencing

d)

trakea

5.

Jika bahan buangan tidak disingkirkan daripada badan manusia, bahan ini akan menjadi

a)

tinja

b)

toksik atau beracun

c)

darah kotor

d)

nanah

6.

Mengapakah manusia menjalankan penyahtinjaan?

a)

untuk mendapatkan tenaga

b)

untuk mengekalkan suhu badan

c)

untuk bergerak balas terhadap ransangan

d)

untuk mengekalkan kesihatan badan

7.

Apakah dua ciri vilus?

a)

Setebal satu sel

b)

Berlipat-lipat

c)

Keras dan tebal

d)

Bergerak-gerak

8.

Mengapakah struktur vilus berlipat-lipat?

a)

Memudahkan makanan melaluinya

b)

Meningkatkan luas permukaan

c)

Mengurangkan geseran

d)

Menyerap zat makanan

9.

Mengapakah vilus cuma setebal satu sel?

a)

Memudahkan zat makanan melepasinya

b)

Memudahkan makanan melepasinya

c)

Mumudahkan oksigen melepasinya

d)

Memudahkan air melepasinya

10.

Apakah maksud asimilasi?

a)

Pengagihan zat makanan ke seluruh badan

b)

Penggabungan zat makanan ke seluruh badan

c)

Penggunaan zat makanan ke seluruh badan

d)

Pengasingan zat makanan ke seluruh badan

11.

Tinja disimpan di (a)  

12.

Tinja disingkirkan melalui (a)  

13.

Dinding usus kecil dipenuhi dengan berjuta-juta unjuran halus. Unjuran halus ini dikenali sebagai...

a)

vilus

b)

bulu halus

c)

unjuran halus

d)

unjuran usus kecil

14.

Bahagian yang paling panjang dalam salur pencernaan

a)

usus besar

b)

perut

c)

esofagus

d)

usus kecil

15.

Struktur ini berfungsi untuk mengangkut nutrien ke seluruh bahagian badan.

a)

Usus kecil

b)

Vilus

c)

Salur darah

16.

Vilus meningkatkan kecekapan proses penyerapan makanan tercerna secara

a)

meningkatkan isipadu

b)

mengurangkan luas permukaan

c)

meningkatkan luas permukaan

17.

Sebab utama makanan tercerna mudah diserap ke dalam melalui dinding usus kecil.

a)

saiz ia kecil

b)

saiz ia besar

c)

pelbagai saiz

18.

Sifat yang membolehkan penyerapan hasil pencernaan berlaku dengan cekap.

a)

Permukaan usus kecil berlipat-lipat

b)

Dinding vilus sangat tebal

c)

Salur darah yang lebih sedikit

19.

Ketebalan dinding vilus ialah

a)

setebal satu sel

b)

sangat tebal

c)

berlapis-lapis sel

20.

Z adalah

a)

Lakteal

b)

Kapilari darah

c)

Dinding vilus

21.

Makanan yang TIDAK dapat menembusi dinding usus kecil .

a)

Glukosa

b)

Kanji

c)

Asid amino

d)

Asid lemak

22.

Pilih kesemua hasil akhir pencernaan di usus kecil

a)

asid amino

b)

kanji

c)

glukosa

d)

asid lemak dan gliserol

23.

Dinding usus kecil terdiri daripada unjuran halus yang dikenali sebagai....

a)

Vilus

b)

Virus

c)

Esofagus

d)

Milus

24.

Sel darah di dinding usus kecil berfungsi untuk....

a)

memberi warna merah kepada usus

b)

membunuh virus

c)

mengurai kanji kepada maltosa

d)

mengangkut nutrien ke seluruh anggota badan

25.

Fungsi glukosa dalam badan ialah

a)

sebagai penebat haba

b)

membaiki tisu-tisu badan

c)

menghasilkan tenaga dalam proses respirasi

d)

membentu lemak

26.

Fungsi asid amino ialah...

a)

membentuk lemak

b)

membentuk komponen sel-sel

c)

membunuh virus

d)

memberi tenaga

27.

Fungsi asid lemak dan gliserol ialah....

a)

membentuk lemak untuk penebat haba dan melindungi organ badan

b)

membaiki tisu badan

c)

membentuk komponen sel-sel

d)

terlibat dalam respirasi

28.

3 sistem yang terlibat untuk memastikan molekul makanan tercerna sampai ke sel badan ialah

a)

sistem pencernaan

b)

asimilasi

c)

sistem peredaran darah

d)

sistem pembiakan

29.

Sebelum dikeluarkan, tinja akan disimpan sementara di ...

a)

dubur

b)

usus besar

c)

rekbum

d)

rektum

30.

Berdasarkan Rajah apakah ciri-ciri penyesuaian pada struktur untuk meningkatkan kecekapan proses penyerapan makanan tercerna?

a)

Jaringan kapilari darah yang banyak

b)

Dinding yang nipis setebal satu sel.

c)

Mempunyai permukaan yang berlipat-lipat

d)

Bersaiz kecil

31.

Di manakah proses pembentukan tinja berlaku?

a)

Usus besar

b)

Usus kecil

c)

Perut

32.

Apakah tinja yang dihasil di usus besar?

a)

Makanan tidak tercerna yang menjadi separa pepejal

b)

Makanan tercerna yang menjadi separa pepejal

c)

Makanan tidak tercerna

33.

Organ apakah yang menyimpan tinja sebelum proses penyahtinjaan berlaku?

a)

Rektum

b)

Dubur

c)

Usus besar