Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 03_Kata Ganda

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Privya, Kamarul dan Siew Ling merupakan _________________ saya semasa menuntut di Universiti Utara Malaysia dahulu.

a)

kakak-kakak

b)

rakan-rakan

c)

guru-guru

d)

jiran-jiran

2.

Lukman makan aiskrim secara _____________ kerana takut dimarahi oleh ayahnya.

a)

sembunyi-sembunyi

b)

gelap-gelap

c)

panjang-panjang

d)

jauh-jauh

3.

Saya sentiasa berdoa _________________ abang saya sembuh daripada penyakitnya.

a)

cukup-cukup

b)

tega-tegap

c)

moga-moga

d)

kuat-kuat

4.

Buku yang dimiliki oleh Jia Hui ____________ belaka.

a)

keras-keras

b)

kasar-kasar

c)

tebal-tebal

d)

sopan-sopan

5.

Dia menatap gambar ibu yang dirindui itu ________________.

a)

lambat-lambat

b)

hampir-hampir

c)

lama-lama

d)

jelas-jelas

6.

Kuih karipap yang baru lepas digoreng itu ________________ belaka.

a)

comel-comel

b)

panas-panas

c)

cantik-cantik

d)

pahit-pahit

7.

____________________ adalah sejenis binatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.

a)

Pepijat

b)

Rerama

c)

Jejentik

d)

Pepatung

8.

Datuk saya sedang menebas ________________ di belakang rumahnya.

a)

bukit-bukau

b)

semak-samun

c)

kayu-kayan

d)

gunung-ganang

9.

Selepas mencuci pinggan, Mak Nah meletak pinggan di atas ____________ .

a)

kekayu

b)

pepatung

c)

pepara

d)

dapur

10.

Jurutera itu menggunakan _____________ untuk melukis sudut 90 darjah.

a)

pembaris

b)

sesiku

c)

jejari

d)

lelabah

11.

______________ kerani sekolah itu boleh menaip dengan cepat sekali.

a)

Jejari

b)

Jejantas

c)

Tetingkap

d)

Lelabah

12.

Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ____________________________.

a)

orang-orang

b)

kering-kontang

c)

kering-kering

d)

basah-kuyup

13.

Almarinya rosak dimakan oleh _____________________.

a)

pijat-pijat

b)

anai-anai

c)

rama-rama

d)

tikus-tikus

14.

Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung.

a)

burung hantu

b)

rerama

c)

pepatung

d)

orang-orang

15.

Jiran tetangga seharusnya saling _____________________ .

a)

bantu-membantu

b)

tolong-tolong

c)

suka-duka

d)

kerja-kerja

16.

Badan Faizul ___________________ kerana terkena duri pokok.

a)

calar-balar

b)

comot-momot

c)

bengkang-bengkok

d)

gelap-gelita

17.

Datuk saya sedang menebas ________________ di belakang rumahnya.

a)

bukit-bukau

b)

semak-samun

c)

kayu-kayan

d)

gunung-ganang

18.

Ibu kami masak _____________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari Sumatra.

a)

buah-buahan

b)

lauk-pauk

c)

sayur-sayuran

d)

buah-buah

19.

Adik ketawa _____________________ apabila ibu mengeletek ketiaknya.

a)

terangguk-angguk

b)

teresak-esak

c)

terbahak-bahak

d)

tersedu-sedan

20.

Hang Tuah mengelak ke kiri apabila musuhnya melemparkan ____________________ ke arahnya.

a)

bebola

b)

bebaling

c)

bebalang

d)

bebawang