wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan pembentukan visi, misi dan objektif (VMO) sesebuah organisasi?

a)

Dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi

b)

Merupakan asas pembentukan strategi perniagaan

c)

Dijadikan asas untuk mendapat pembiayaan luar

d)

Dibentuk untuk mencapai matlamat jangka pendek organisasi

2.

Maklumat di bawah ini menunjukkan pernyataan visi sebuah syarikat berhad


Menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 billion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi


Bagaimankah penetapan visi membantu syarikat yang berkenaan?

a)

Pihak pengurusan dapat membentuk matlamat yang lebih khusus

b)

Memudahkan pihak pengurusan mengagihkan sumber perniagaan

c)

Pihak pengurusan dapat membuat perancangan jangka masa panjang

d)

Dapat memastikan hala tuju perniagaan berada di landasan yang tepat

3.

Manakah yang merupakan organisasi bermotifkan untung (OBU)?

a)

Persatuan Badminton Malaysia

b)

Koperasi Nelayan Kg Beserah

c)

Persatuan Kadet Polis SMK Mentakab

d)

Kelab Rekreasi Belia Taman Teruntum

4.

Pernyataan manakah yang benar tentang organisasi bermotifkan untung (OBU)?

a)

Terdiri daripada pelbagai pertubuhan sukarela tempatan

b)

Memaksimumkan keuntungan melalui urusan jual beli produk

c)

OBU ditubuhkan untuk mencapai kesejahteraan masyarakat

d)

OBU didaftarkan di bawah Akta Syarikat

5.

Makluman yang berikut berkaitan dengan Syarikat Megaply Sendirian Berhad


Syarikat Megaply Sendirian Berhad mengeluarkan perabot untuk pasaran tempatan. Syarikat mempunyai sebuah kilang dan seramai 30 orang pekerja. Jumlah untung bersih terkumpul untuk 5 tahun yang lepas adalah sebanyak RM5.5 juta. Baru-baru ini, syarikat mengambil keputusan untuk memasuki pasaran antarabangsa dalam masa setahun. Justeru, syarikat menimbangkan untuk membina sebuah kilang baharu bernilai RM150 juta dan mengambil seramai 250 orang pekerja baharu.


Apakah ciri objektif yang baik yang gagal dipenuhi oleh Syarikat Megaply Sendirian Berhad?

(a)  

6.

Makluman yang berikut berkaitan dengan visi sebuah syarikat yang menghasilkan makanan segera.


Untuk menjadi kumpulan perkhidmatan makanan bersepadu yang terkemuka di rantau Asia Pasifik berdasarkan kualiti produk yang konsisten dan perkhidmatan luar biasa berfokuskan pelanggan.


Bagaimanakah penetapan visi membantu syarikat berkenaan?

a)

Membantu mencapai matlamat penubuhan organisasi

b)

Bertindak sebagai garis panduan pekerja bahagian operasi

c)

Menjadi pendorong kuat kepada pihak pengurusan dan pekerja

d)

Membantu meningkatkan jualan dan keuntungan dalam jangka pendek

7.

Sebuah syarikat pembinaan kapal menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal.


Apakah ciri objektif yang baik yang dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?

(a)  

8.

Manakah rumus yang digunakan untuk mengira titik pulang modal (TPM)?

a)

Jumlah hasil = Jumlah kos

b)

Kos tetap = Kos berubah

c)

Jumlah hasil melebihi jumlah kos

d)

Jumlah hasil kurang daripada jumlah kos

9.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kos tetap pengeluaran? (Pilih dua jawapan)

a)

Kos bahan mentah

b)

Kos air dan elektrik

c)

Sewa kilang

d)

Gaji pekerja

10.

Apakah matlamat utama sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Menguasai syer pasaran

b)

Memaksimumkan keuntungan

c)

Membesarkan operasi perniagaan

d)

Menjalankan tanggungjawab sosial

11.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang penggunaan teknologi dalam perniagaan? (Pilih dua jawapan)

a)

Mempermudahkan urus niaga jual beli

b)

Kos pengeluaran seunit keluaran meningkat

c)

Membantu meluaskan pasaran bagi hasil keluaran

d)

Perniagaan menanggung kos pelaburan yang rendah

12.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengeluaran kasut sukan.


Syarikat Sportex Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan kasut sukan di seluruh negara. Selain Syarikat Sportex, terdapat dua lagi pengeluar kasut sukan yang utama dalam pasaran. Pada tahun 2016, jumlah jualan kasut sukan di seluruh negara adalah sebanyak 150 000 pasang. Yang berikut ialah syer pasaran kasut bagi syarikat berkenaan :


Syarikat Sportex : ?

Syarikat KMK : 30%

SYarikat JKB : 20%

Lain-lain pengeluar : 15%


Hitung bilangan kasut yang dijual oleh Syarikat Sportex Sendirian Berhad pada tahun 2016.

(a)  

13.

Apakah matlamat utama penjual barangan elektrik menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan barang di rumah pelanggan?

a)

Memenuhi keperluan undang-undang

b)

Untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan

c)

Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial

d)

Menarik minat pengguna melanggan di kedainya

14.

Apakah langkah yang boleh diambil oleh perniagaan untuk menghadapi persaingan dalam jangka panjang?

a)

Menjalankan promosi jualan

b)

Menjual barang secara kredit

c)

Menjual barang pada harga kos

d)

Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan