wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Sistem Bahasa 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun Encik Rahim berjawatan tinggi, _______ hormat akan kakitangannya.

a)

dia

b)

beliau

c)

engkau

d)

baginda

2.

Delina ______ lantai yang kotor itu dengan air sebelum memberusnya.

a)

merenjis

b)

menyiram

c)

merendam

d)

menyimbah

3.

__________ Cikgu Hadi menangani kes disiplin itu mendapat pujian.

a)

Kecekapan

b)

Kehandalan

c)

Kepantasan

d)

Ketangkasan

4.

Baginda telah _________ untuk merasmikan 'Kempen Berbudi Bahasa Amalan Kita' yang akan diadakan esok.

a)

merafak

b)

bertitah

c)

berkenan

d)

bersemayam

5.

Medina sangat gembira apabila menerima se_____ bunga ros

a)

ikat

b)

cekak

c)

batang

d)

kuntum

6.

Baju yang dipakai oleh abang sangat ___________ menyebabkan ibu menyuruhnya memakai baju lain.

a)

kumal

b)

kumai

c)

kusam

d)

kersang

7.

Polis trafik itu tidak ___________ menerima wang rasuah daripada lelaki yang melakukan kesalahan di jalan raya.

a)

mahu

b)

mesti

c)

dapat

d)

hendak

8.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan telah digariskan. Sila pilih kesalahannya, jika ada.


Budak lelaki yang baharu masuk ke pekarangan sekolah itu berasal dari Negeri Pahang.

a)

baharu

b)

ke

c)

dari

d)

Tiada kesalahan.

9.

i Kita perlu mencari lebih ilmu pengetahuan agar kita tidak berfikiran sempit

ii Kehidupan Mariani sempit semenjak bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

iii Laluan pintas ke Jalan Tara itu terlalu sempit sehingga berlaku kesesakan di situ.

iv "Sempitlah kita apabila rahsia ini diketahui oleh semua orang terutamanya musuh kita," kata Aishah kepada rakan-rakannya.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

10.

Kebanyakan murid-murid SK Taman Rumpai hadir awal ke sekolah kerana terlibat dalam program Bacalah Sayang.

a)

Kebanyakan orang murid-murid

b)

Kebanyakan orang murid

c)

Kebanyakan murid

d)

Kebanyakan murid-murid

11.

Pilih ayat yang sama maksud.


Abang yang mengadu sakit dada dikejarkan ke hospital oleh ayah untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana dikhuatiri akan mengancam nyawanya.

a)

Ayah membawa abang ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana abang sakit dada.

b)

Abang yang mengadu sakit dada dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan.

c)

Rawatan cemas perlu diberikan kepada abang yang sakit dada kerana khuatir akan membawa maut jika dibiarkan

d)

Ayah mengejarkan abang yang sakit dada ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana khuatir akan keselamatan nyawanya.

12.

Pilih ayat yang betul.


i Tiap-tiap orang pekerja di kilang itu akan diberikan elaun sara hidup sebanyak RM500.00 sebulan.

ii Lembu-lembu yang bertempiaran di padang itu sedang meragut rumput.

iii Janganlah kita bermasam muka apabila dimarahi oleh guru kita.

iv Adik saya pucat lesi setelah melihat kemalangan jalan raya itu.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

13.

Pilih ayat yang betul.


i Kejayaan seseorang banyak bergantung pada usahanya sendiri

ii Hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada penjenayah itu.

iii Setelah kembali ke tanah air, cara hidup Melisa lebih ke barat.

iv Johana terpaksa menulis semula karangan tersebut kerana tulisannya tidak dapat dibaca oleh gurunya.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

14.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Penagih dadah yang telah menjalani rawatan pemulihan di Pusat Serenti itu akhirnya insaf dan pulang ke kampung halamannya semual untuk menjalani kehidupan yang bebas daripada najis dadah. Keadaan ini diibaratkan

a)

mendukung biawak hidup

b)

sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

c)

ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis

d)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

15.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Abang begitu gelisah menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diumumkan pada hari esok.

Keadaan ini diibaratkan seperti

a)

cacing hendak menjadi naga

b)

embun di hujung rumput

c)

abu di atas tunggul

d)

cacing kepanasan