wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penanda Wacana ( Tahun 6 )

Total questions: 30

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Saya ingin sentiasa sihat dan cergas . _______________ , saya perlu bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang .

a)

Oleh itu

b)

Namun begitu

c)

Di samping itu

d)

Semenjak itu

2.

Setelah ditanya oleh ayah beberapa kali, ______ adik mengaku bahawa dia yang mengambil wang itu.

a)

kemudian

b)

namun

c)

akhirnya

d)

justeru

3.

Amir tidak berjaya dalam pertandingan reka cipta itu. ______, dia tidak berasa kecewa dan berputus asa.

a)

semenjak itu

b)

walau bagaimanapun

c)

tambahan pula

d)

sungguhpun

4.

Amalan bersukan akan menjadikan badan kita sihat. __________, bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan melakukan perkara yang berfaedah.

a)

selain itu

b)

lantaran itu

c)

walau bagaimanapun

d)

walaupun demikian

5.

Pembinaan lebuh raya itu tetap dijalankan ________ mendapat tentangan daripada penduduk-penduduk kampung.

a)

sekali gus

b)

begitu juga

c)

sementelahan

d)

walaupun

6.

Gejala sosial semakin berleluasa di negara kita. ___________, didikan agama kepada anak-anak mestilah diterapkan sejak kecil.

a)

oleh itu

b)

tambahan pula

c)

sebaliknya

d)

walaupun

7.

Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra. __________, saya akan ke sana sempena Pameran Buku Antarabangsa nanti.

a)

akhirnya

b)

justera

c)

walaupun begitu

d)

walaupun demikian

8.

Encik Othman bergiat aktif dalam bidang politik. _________, beliau juga mengusahakan tanaman buah naga.

a)

di samping itu

b)

oleh itu

c)

namun demikian

d)

kemudian

9.

Bekalan elektrik di rumahnya dipotong _______ bilnya tidak berbayar.

a)

meskipun

b)

oleh itu

c)

mungkin

d)

lantaran itu

10.

Suhaireey menjual nasi lemak setiap pagi. _________, dia juga bekerja sambilan di warung Wak Joyo.

a)

justeru itu

b)

selain itu

c)

tambahan pula

d)

oleh sebab itu

11.

Aurora mendapati dompetnya hilang semasa hendak membeli makanan di kantin. ______ dompetnya tercicir atau tersalah

letak.

a)

Justeru

b)

Mungkin

c)

Akhirnya

d)

Kemudian

12.

Setelah ditanya oleh guru disiplin, ______ Nabil mengaku menumbuk Muhammad Haikal.

a)

lagipun

b)

mungkin

c)

akhirnya

d)

kemudian

13.

Nurin Aliya tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia melawat neneknya yang sakit di kampung.

a)

Lagipun

b)

Mungkin

c)

Akhirnya

d)

Kemudian

14.

Pasukan bola sepak Sk Seri Tiram menarik diri dalam perlawanan persahabatan bersama Sk Subang atas perkara yang tidak dapat dielakkan. ______, perlawanan persahabatan itu terpaksa dibatalkan.

a)

Jadi

b)

Justeru

c)

Mungkin

d)

Sebaliknya

15.

Dato’ Karim menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan pembukaan Bilik Kaunseling Sk Subang yang baharu itu.

a)

Namun

b)

Mungkin

c)

Meskipun

d)

Seterusnya

16.

Jasmin belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup semakin hampir.

a)

justeru

b)

lagipun

c)

namun

d)

walhal

17.

_________ membeli kereta, memiliki motosikal _____ dia tidak mampu.

a)

Baik …pun

b)

Jangankan…pun

c)

Walaupun…bahkan

d)

Walaupun…namun

18.

Azman kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menonton televisyen hingga lewat malam.

a)

Kemudian

b)

Namun

c)

Mungkin

d)

Selain itu

19.

Mula-mula pukul gula dengan telur hingga kembang. ____________ barulah masukkan tepung.

a)

Namun

b)

Oleh itu

c)

Kemudian

d)

Dengan demikian

20.

Cikgu Mirza seorang guru yang rajin dan baik hati. ___________ beliau sangat disenangi oleh murid-muridnya.

a)

Selain itu

b)

Oleh sebab itu

c)

Namun demikian

d)

Biarpun demikian

21.

Cikgu Fadhely selalu memarahi murid-muridnya. _______________ , murid-murid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.

a)

Selain itu

b)

Namun begitu

c)

Oleh sebab itu

d)

Lebih-lebih lagi

22.

Sejak kecil lagi Pak Jusoh memang gayat apabila berada di tempat yang tinggi, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.

a)

walaupun begitu

b)

namun demikian

c)

lebih-lebih lagi

d)

selepas itu

23.

Kerajaan banyak membina projek-projek pembangunan di kawasan bandar. ______________, projek-projek pembagunan di luar bandar tetap dilaksanakan.

a)

Selain itu

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Walaupun demikian

d)

Oleh sebab itu

24.

Berita kemalangan yang melibatkan abang sungguh mengejutkan ayah. _____________, beliau sedaya upaya cuba untuk bertenang.

a)

Namun demikian

b)

Selepas itu

c)

Oleh itu

d)

Justeru

25.
 Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya.
___________, diberi nasihat.
a)
Mungkin
b)
 Selain itu
c)
Selepas itu
d)
Lebih-lebih lagi
26.

Murid-murid Tahun 6 Sk Subangn dibawa melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah . _________, mereka akan dibawa berkelah di Tanjung

Bidara.

a)

Selain itu

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Biarpun demikian

d)

Namun demikian

27.

Kehidupan anak-anak yatim itu diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ___________, semangat datuk dan nenek masih kukuh untuk membesarkan cucu-cucu mereka.

a)

Biarpun demikian

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Oleh itu

d)

Mungkin

28.
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.

“ Biarkan adik kamu menunggang basikal itu di hadapan, ______ kamu boleh mengikutinya dari belakang,” kata Puan Halimah.

a)
Lagi pun
b)
Kemudian
c)
Di samping itu
d)
Akhirnya
29.
Salina pernah beberapa kali mengalami kerugian dalam menjual kuih-muih di Serdang.  _______, perkara ini tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha lebih gigih.

a)
Oleh itu
b)
Selepas itu
c)
Di samping itu
d)
Walau bagaimanapun
30.
Encik Muthu bekerja sebagai penoreh getah, ______, beliau mengambil upah memetik buah kelapa untuk menambah pendapatannya.
a)
Lagi pun
b)
Mungkin
c)
Kalau begitu
d)
Di samping itu