wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ AKAUN : Dokumen Perniagaan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi dokumen perniagaan?

a)

Sebagai alat perancangan dan kawalan

b)

Sebagai rujukan semasa penyediaan penyata kewangan

c)

Sebagai alat menyemak ketepatan catatan ke dalam lejar

d)

Sebagai bukti bertulis sesuatu urusniaga telah berlaku

2.

Puan Azilah, pemilik Butik Azie membeli satu set sofa secara kredit bernilai RM 3800 untuk kegunaan perniagaan.


Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

a)

Resit

b)

Bil Tunai

c)

Invois

d)

Keratan cek

3.

Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Aseka Trading.


Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengenakan bayaran tambahan bagi pengangkutan.

a)

Invois

b)

Nota Kredit

c)

Nota Debit

d)

Baucer Pembayaran

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga yang berlaku di Kedai Eletrik Siang.


Pengurus perniagaan telah mengambil dan memasang se unit alat pendingin hawa yang berkos RM 1200 se unit di pejabat kedai.


Apakah dokumen yang digunakan?

a)

Resit

b)

Bil Tunai

c)

Memo

d)

Nota Debit

5.

Pihak Bank Prihatin Berhad telah menghantar makluman debit kepada Perniagaan Nab. Urusniaga manakah yang berkaitan dengan situasi tersebut?

a)

Pindahan kredit

b)

Faedah atas simpanan

c)

Dividen atas pelaburan

d)

Arahan tetap bayaran insurans

6.

Bank Prima Berhad telah menghantar dokumen X kepada Butik Bella untuk memaklumkan bahawa baki akaunnya telah dikurangkan kerana caj bank.


Apakah dokumen X tersebut?

a)

Memo

b)

Keratan cek

c)

Maklumat debit

d)

Makluman kredit

7.

Ketika memeriksa senarai harga, didapati harga sebuah seterika sebenarnya ialah RM45 sebuah tetapi tersilap rekod senagai RM42 dalam invois.


Apakah dokumen sumber yang digunakan untuk membetulkan kesilapan tersebut?

a)

Nota debit

b)

Nota kredit

c)

Makluman debit

d)

Makluman kredit

8.

Apakah tujuan utama diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?

a)

Menggalakkan pembayaran hutang dengan segera.

b)

Mendorong pelanggan membeli dalam kuantiti yang banyak.

c)

Menggelakkan pelanggan membuat pembelian secara kredit

d)

Menyediakan kemudahan pembayaran hutang yang fleksibel.

9.

Mengapakah penyata akaun dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli?

a)

Untuk menunjukkan baki tunai di bank.

b)

Untuk memberikan ringkasan urus niaga kepada pembeli.

c)

Untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian secara kredit.

d)

Untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian secara tunai.

10.

Apakah dokumen dalaman yang dikeluarkan sebagai bukti pembayaran gaji kepada pekerja telah dibuat?

a)

Bil tunai

b)

Baucar pembayaran

c)

baucar tunai runcit

d)

Slip bank

11.

Ketika membayar barangan di pasaraya Econsave, makcik Kiah telah menerima sehelai kertas yang menyenaraikan barang-barang yang telah dibeli berserta harga.

Apakah dokumen tersebut?

a)

Resit rasmi

b)

Bil tunai

c)

Slip daftar tunai

d)

Slip pindahan wang

12.

Mengapakah butir-butir dalam borang pesanan tidak dicatat dalam buku perakaunan?

a)

Urus niaga belian sebenarnya belum berlaku

b)

Butir-butir dalam borang pesanan tidak lengkap

c)

Borang pesanan hanya digunakan untuk urus niaga kredit

d)

Borang pesanan hanya digunakan untuk urus niaga tunai

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan syarat "Serahan: Angkutan dibayar" dalam invois?

a)

Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembeli

b)

Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembekal

c)

Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pengilang

d)

Kos pengangkutan barangan ditanggung oleh syarikat pengangkutan

14.

Apakah fungsi folio pelanggan?

a)

Memberitahu pelanggan bahawa akaunnya telah dikreditkan

b)

Memberitahu pelanggan bahawa akaunnya telah didebitkan

c)

Menyenarai barang yang telah dibeli oleh pelanggan

d)

Menyenaraikan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod pembayaran pelanggan

15.

Perbualan berikut berlaku antara Puan Julia dengan pegawai bank.


Puan Julia: Encik, saya memohon untuk potongan sewa dibuat secara tetap setiap bulan.

Pegawai bank: Tiada masalah. Pihak bank akan menghantar dokumen berkaitan setiap bulan.


Apakah dokumen yang akan dihantar kepada pihak bank kepada Puan Julia?

a)

Nota Debit

b)

Nota Kredit

c)

Makluman Debit

d)

Makluman Kredit

16.

Pilih padanan yang betul.


I Jualan tunai - Bil tunai (salinan)

II Bayar sewa dengan cek - Keratan cek

III Terima tunai daripada ABT - Resit (asal)

IV Belian aset secara kredit - Invois (salinan)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Encik Zaki telah mengeluarkan wang sebanyak RM 1200 daripada sebuah mesin ATM di Bank BBM Berhad. Apakah dokumen yang diterima oleh Encik Zaki?

a)

Slip bank

b)

Slip transaksi perbankan elektronik

c)

Slip daftar tunai

d)

Slip perbankan atas talian

18.

Keadaan manakah yang menyebabkan penjual mengirimkan nota kredit kepada pembeli?


I Pembeli dikenakan caj angkutan

II Pembeli memulangkan barang niaga kerana salah jenama

III Kuantiti barangan yang diterima adalah kurang daripada kuantiti yang dipesan

IV Pembeli dikenakan faedah kerana lewat membuat bayaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah dokumen yang tidak terlibat bagi urus niaga secara tunai?

a)

Invois

b)

Tunai

c)

Cek

d)

Bil Tunai

20.

Berikut adalah dokumen bukan sumber kecuali

a)

Penyata bank

b)

Memo

c)

Nota serahan

d)

Pesanan belian