NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 4, 5, 6
Total questions: 16
Worksheet time: 4hrs 0mins
Yi Heng dan keluarganya ________ melancong ke Tanah Tinggi Cameron pada minggu hadapan.
A. akan
B. telah
C. masih
D. pernah
Rumah Kean Wei terletak di ____________ Kedai Runcit Muthu .
A. sisi
B. tepi
C. hadapan
D. belakang
Zi Kang tidak dapat membaca buku yang tebal itu dalam masa yang __________.
A. lama
B. cepat
C. panjang
D. singkat
Kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan, “Silalah ________ santap hidangan ini.
A. beta
B. patik
C. tuanku
D. baginda
Bangunan bersejarah itu menjadi tarikan pelancong kerana __________nya yang unik.
A. bahan pengawet
B. reka bentuk
C. atur cara
D. pusat graviti
Pada hari Selasa yang lalu, bapa Khai Xin menghantar keretanya ke __________ kereta untuk dibaiki.
A. bengkel
B. makmal
C. stadium
D. warung
Min Li telah membeli tiga __________ bebola ikan di gerai itu sebelum pulang ke rumah.
A. papan
B. cucuk
C. biji
D. batang
Jun Hao telah mendapat tempat __________ dalam pertandingan permainan tradisional itu.
A. berdua
B. kedua
C. kedua-dua
D. berdua-dua
Sejak kecil lagi, Pak Din memang gerun hendak ke laut. __________ pada usianya yang semakin lanjut ini.
A. Walaupun begitu
B. Namun demikian
C. Lebih-lebih lagi
D. Selepas itu
Nelayan itu berasa cemas apabila perahunya __________ dipukul ombak.
A. terincut-incut
B. tercungap-cungap
C. terhuyung-hayang
D. terumbang-ambing
Banyak ilmu yang boleh kita __________ jika kita banyak membaca.
A. perkenalkan
B. duduki
C. pelajari
D. nikmati
Kakak Pei Lian telah bekerja sebagai _________ di lapangan terbang selama lima tahun.
A. sukarelawan
B. jelitawan
C. peragawati
D. pramugari
Jia Hui belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai _____________ .
A. ikrar
B. pendapat
C. janji
D. cita-cita
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
“Selepas siap membuat kerja sekolah, tolong ayah pergi ke kedai,” kata ayah kepada Iman.
A. Ayah akan pergi ke kedai setelah Iman siap membuat kerja sekolahnya.
B. Iman dipaksa ayahnya supaya pergi ke kedai selepas siap membuat kerja sekolah.
C. Ayah menasihati Iman supaya menyiapkan kerja sekolahnya sebelum pergi ke kedai.
D. Ayah meminta Iman agar menolongnya pergi ke kedai setelah siap membuat kerja sekolah.
Pilih sinonim yang sesuai bagi perkataan bergaris dalam ayat.
Persahabatan mereka sangat akrab kerana mereka berkawan sejak kecil.
A. bahagia
B. rapat
C. mesra
D. renggang
Pilih ayat yang betul.
I Gunung Kinabalu ialah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
II Guru Matematik di kelas saya nian garang.
III Majalah yang baru dibelinya benar tebal.
IV Bau sampah sarap itu busuk sekali.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
