wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HADIS HUKUM TINGKATAN 4 : WASIAT

Total questions: 15

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah nama sahabat yang sakit dalam hadis

(a)  

2.

Berapakah kadar harta yang boleh diwasiatkan

(a)  

3.

Tuliskan 4 rukun wasiat

(a)  

4.

Ahmad telah mewasiatkan rumah yang disewanya kepada adiknya. Apakah hukum wasiat Ahmad?.

(a)  

5.

Abdul Rahman seorang jutawan. Dia memiliki harta berjumlah 30 juta ringgit. Sebelum meninggal dunia dia telah mewasiatkan 5 juta ringgit hartanya kepada Rumah Kebajikan Masyarakat. Apakah hukum wasiat tersebut.

(a)  

6.

Pernyataan yang tidak benar mengenai rukun wasiat ialah....

a)

Orang yang berwasiat

b)

Penerima wasiat

c)

Barang yang diwasiatkan

d)

Dua orang saksi

7.

Berikut merupakan syarat bagi penerima wasiat kecuali

a)

Diketahui dengan jelas

b)

Beragama islam

c)

Ahli waris

d)

Mempunyai kelayakan untuk mengurus harta

8.

Penyataan yang tidak benar tentang syarat ijab dan qabul wasiat ialah

a)

Qabul tidak disunatkan masa tertentu

b)

Qabul mesti diterima jika penerima wasiat itu sebuah institusi

c)

Ijab boleh menggunakan lafaz soreh atau kinayah

d)

Qabul tidak disyaratkan dengan segera

9.

Encik Ahmad telah memiliki harta bernilai RM 60,000. Sebelum dia meninggal dunia dia telah mewasiatkan RM 40,000 harta tersebut kepada anak angkatnya. Manakah pernyataan berikut yang menjadi penghalang anak angkatnya mendapat wasiat tersebut.

a)

Salah seorang anak kandung Encik Ahmad tidak bersetuju dengan kadar wasiat tersebut .

b)

Harta yang diwasiatkan itu boleh dimiliki setelah Encik Ahmad meninggal dunia.

c)

Kematian Encik Ahmad disebabkan sakit buah pinggang

d)

Anak angkatnya bukan tergolong ahli waris.

10.

Berikut adalah syarat harta yang diwasiatkan kecuali

a)

Harta yang nilainya tinggi dipasaran

b)

Harta yang boleh dipusakai

c)

Harta yang diperolehi dengan cara yang halal

d)

Harta itu kepunyaan orang yang berwasiat

11.

Hikmah wasiat kepada individu adalah......

a)

Melahirkan seorang hamba yang bersyukur

b)

Menampung keperluan orang fakir

c)

Membangunkan ekonomi umah islam

d)

Melahirkan masyarakat yang prihatin kepada orang yang susah

12.

Berikut adalah kelebihan memberi hadiah dan sedekah kecuali

a)

Disukai oleh manusia.

b)

Rezeki akan bertambah..

c)

Mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

d)

Dimasukkan ke syurga tanpa hisab.

13.

_____________ adalah akad pemberian milik seseorang secara sukarela yang berkaitan hartanya kepada orang lain semasa hidup.

a)

Hibah

b)

Pusaka

c)

Wakaf

d)

Wasiat

14.

"Harta yang ditinggalkan oleh simati kepada waris yang berhak menerimanya".

Pernyataan ini merujuk kepada ......

a)

Pusaka

b)

Zakat

c)

Sedekah

d)

Wakaf

15.

Berikut merupakan kepentingan wasiat dalam pengurusan harta keuarga kecuali

a)

melahirkan hamba yg bersyukur

b)

medium kerjasama

c)

membuka ruang untuk mendapat harta dengan lebih mudah