Font size
Worksheetspengajian am wawasan 2020
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Nyatakan dua kebaikan yang diperolehi rakyat Malaysia jika cabaran dalam Wawasan 2020 dapat dicapai.
Rakyat Malaysia akan hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera
Rakyat Malaysia akan menjadi lebih bermoral dan beretika
Rakyat Malaysia akan hidup secara damping
Rakyat Malaysia dapat menangani isu ekonomi
Huraikan dua strategi yang boleh dilaksanakan untuk menghadapi cabaran pertama dalam Wawasan 2020.
Mewujudkan sekolah wawasan. Pelajar belajar bersama-sama di bawah satu bumbung tanpa mengira kaum atau agama, sama-sama berkongsi kemudahan asas
Mengamalkan sikap tolak ansur. Rakyat Malaysia bersikap liberal dalam kehidupan harian
Menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Peserta dari berbilang kaum dapat melaksanakan aktiviti secara berkumpulan tanpa sebarang masalah
Menyumbang dalam peningkatan ekonomi. Memberi sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah Negara maju mengikut acuan tersendiri. Nyatakan dua cabaran strategi untuk membangunkan Negara
Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu
Melahirkan rakyat yang berpengetahuan
Mewujudkan masyarakatyang matang, liberal dan toleransi.
Meningkatkan tahap kesihatan rakyat
Beberapa strategi telah diperkenalkan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Nyatakan dua strategi tersebut.
Mewujudkan sekolah-sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara (PKLN)
Mengagihkan ekonomi yang seimbang kepada rakyat Malaysia
Membentuk cara hidup yang liberal dalam kalangan rakyat Malaysia
Meningkatkan kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan Negara.
Terangkan dua isu yang dihadapi oleh Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020.
Pembentukan sebuah Negara Bangsa Malaysia
Mempunyai moral dan etika yang tinggi
Peningkatan masalah sosial akibat globalisasi
Masalah isu perpaduan yang ketara dalam kalangan rakyat Malaysia
Nyatakan dan huraikan cabaran keempat dan kelima Wawasan 2020
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing
Menjadikan Malaysia sebuah negara bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Rakyat Malaysia bersatupadu dan berintegrasi yang erat
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.
Mewujudkan Masyarakat Demokrasi yang matang. Rakyat Malaysia mempunyai cara pemikiran terbuka dan sikap bertoleransi
Nyatakan dua kebaikan yang diperoleh rakyat Malaysia jika cabaran dalam Wawasan 2020 dapat dicapai
Rakyat Malaysia akan hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera
Rakyat Malaysia yang berjiwa bebas
Rakyat Malaysia yang mempunyai sikap bertolak ansur
Rakyat Malaysia akan terus maju dalam bidang sains dan teknologi
Nyatakan dua faktor pembentukan Wawsaan 2020
Tuntutan perkembangan kemajuan dunia dan negara
Menjadi negara maju menjelang 2020
Mengeratkan perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia
Merangka agenda pembangunan negara
Nyatakan dua kepentingan yang diperolehi melalui cabaran ke –7 iaitu mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang dalam Wawasan 2020
Mewujudkan budaya menyayangi golongan warga tua dan golongan orang kelainan upaya
Mewujudkan rakyat yang prihatin terhadap orang miskin
Mewujudkan budaya prihatin dan menyayangi kanak-kanak
Membantu rakyat tanpa mengira kaum
Senaraikan tiga prinsip utama Model Baru Ekonomi (MBE)
Ketrampilan
Kemampuan
Keterangkuman
Kemampanan
Berpendapatan Tinggi
