wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4 (MENGENALI TAMADUN)

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud tamadun secara umum?

a)

Suatu kemajuan dalam kehidupan bermasyarakat

b)

Suatu tahap pembangunan yang merangkumi kepercayaan dan pengetahuan

c)

Suatu pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang

d)

Suatu perabadan yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat

2.

Antara berikut, yang manakah maksud tamadun dalam bahasa Melayu?

a)

Tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju

b)

Tahap kemajuan yang menunjukkan ketinggian budi bahasa dan pembukaan bandar

c)

Tahap kemajuan dalam kehidupan masyarakat dicapai dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan

d)

Suatu peradaban yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran

3.

Apakah perbezaan konsep tamadun menurut pandangan Islam dan Barat?

a)

Merangkumi aspek pemikiran

b)

Meliputi pencapaian ekonomi

c)

Barat menekankan aspek lahiriah

d)

Islam menitik beratkan aspek budaya

4.

Pencapaian tamasun boleh dilihat dari aspek fizikal (kebendaan) dan kerohanian (spiritual). Manakah yang berikut menunjukkan pencapaiann tamadun dari aspek kerohanian?

a)

Industri

b)

Kesenian

c)

Moral

d)

Sains

5.

Apakah kesan perkembangan kegiatan pertanian dan perdagangan tamadun awal dunia?

a)

Pembentukan kerajaan

b)

Penciptaan kincir angin

c)

Penghasilan seni bina

d)

Pertambahan penduduk

6.

Manakah kumpulan yang menumpukan masa mereka dalam kerja mengukir, menempah besi dan tembikar?

a)

Artisan

b)

Hamba

c)

Petani

d)

Penyalin

7.

Bagaimanakah usaha para pemimpin tamadun awal dunia untuk memastikan kelicinan urusan pentadbiran negara?

a)

Melantik pembantu raja

b)

Mewujudkan kelas sosial

c)

Menubuhkan pondok polis

d)

Membentuk undang – undang

8.

Apakah yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun dalam buku Muqqadimah?

I. Umran

II. Mudun

III. Madana

IV. Hadharah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Bagaimanakah bandar terbentuk?

a)

Pertambahan penduduk

b)

Perkembangan teknologi

c)

Pertambahan bilangan pekerjaan

d)

Perkembangan bidang pertanian

10.

Mengapakah tempat ibadat dibina dengan besar oleh masyarakat tamadun awal?

a)

Tanda menghormati Tuhan

b)

Memberi keselesaan dan keamanan

c)

Memupuk semangat cinta akan tuhan

d)

Memuatkan ahli masyarakat yang ramai

11.

Salah satu ciri penting dalam tamadun awal dunia ialah sistem tulisan.

Apakah sistem tulisan pertama yang digunakaan oleh masyarakat tamadun awal?

a)

Kuneiform

b)

Piktograf

c)

Hieroglif

d)

Ukiran

12.

Mengapakah manusia membina petempatan kekal?

a)

Pertambahan penduduk

b)

Perkembangan teknologi

c)

Pertambahan bidang pekerjaan

d)

Perkembangan bidang pertanian

13.

Pada pendapat anda, mengapakah peranan pemimpin penting dalam sistem pemerintahan sesebuah negara?

a)

Menjamin kegemilangan sesebuah negara

b)

Menjamin kemakmuran sesebuah negara

c)

Menjamin kemajuan sesebuah negara

d)

Menjamin kestabilan sesebuah negara

14.

Apakah upacara keagamaan yang diuruskan oleh institusi agama pada zaman tamadun awal?

I. Korban binatang

II. Membina tempat ibadat

III. Mempengaruhi masyarakat supaya mempercayai

kehidupan selepas mati

IV. Mempersembahkan makanan kepada kuasa roh

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Penciptaan tulisan penting bagi membezakan sesuatu

Maklumat di atas berkaitan dengan sistem tulisan pada zaman tamadun awal

a)

Membezakan sesuatu dokumen

b)

Membezakan hak milik seseorang

c)

Membezakan rekod Zaman Prasejarah

d)

Membezakan kehidupan Zaman Prasejarah dan sejarah