Font size
WorksheetsKESUSASTERAAN MELAYU
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Aku tidak mahu tersilap lagi. Aku ingin memohon maaf pada Rosa. Aku sudah terbiasa dan terlatih untuk menjadi seorang yang berterus terang. Aku punya amanah yang perlu disampaikan kepada setiap warga watanku. Aku hanya menyampaikan sesuatu yang benar.
Nyatakan perwatakan 'Aku'
Seorang yang jujur dalam menjalankan tugas
Seorang yang amanah dalam menjalankan tugas
Seorang yang prihatin dalam menjalankan tugas
Seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Seorang yang berterus terang dalam menjalankan tugas
'Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku,' bisik Pak Yasok. Patutnya Sauki sendiri yang cakapkan. Tapi Pak Yasok tahu, Sauki tidak akan tergamak nak ucapkan itu kepada dirinya. Sauki, Sulida dan Naemah semuanya masuk sekolah sehingga ke universiti dengan duit hasil wayang kulit.
Nyatakan teknik penceritaan dalam petikan di atas.
Dialog
Monolog luaran
Pemerian
Imbas muka
Imbas Kembali
Sudah puluhan tahun dia menjadi dalang, berpuluh murid yang diturunkan ilmu tetapi tidak seorang pun yang meneruskan tradisi tersebut. Pak Yasok sebak. Sebak kerana gembira, rupa-rupanya di zaman manusia serba moden dan canggih masih ada anak remaja yang mencintai tradisi nenek moyangnya.
Berikan persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.
Persoalan tentang tanggungjawab seseorang dalam bangsa
Persoalan tentang kegigihan seseorang dalam meneruskan warisan bangsa.
Persoalan tentang kecintaan terhadap warisan bangsa.
Persoalan tentang kegembiraan mencapai sebuah cita-cita
Sehingga dikatakan ketika Raja Firaun mangkat, kapur barus dari Bandar Barus inilah diambil orang. Namun, anak muda yang belum pun menunaikan fardu haji itu tidak peduli tentang kapur barus. Dia mahu ke Barus kerana sesuatu yang mencangkul-cangkul lubuk hatinya, mengheret-heret tangkai jantungnya.
Senaraikan dua gaya bahasa dalam petikan di atas.
Kata ganda
Personafikasi
Metafora
Ayat panjang
Sinkope
Cuma Pak Dol dan Mak Limah yang menangisi jenazah Abang Said. Hal ini kerana Abang Said pernah membiayai pembedahan Mak Limah semasa beliau sakit jantung dahulu. Hanya mereka ini yang mendapat tempias rezeki Abang Said. Dan mereka ingat. Jasa itu sampai ke hati mereka.
Berikan pengajaran yang terdapat dalam petikan.
Kita janganlah melupakan jasa orang lain terhadap kita
Kita hendaklah menyayangi orang lain yang sayang akan diri kita
Kita hendaklah menghargai jasa orang lain terhadap kita
Kita mestilah tidak melupakan jasa orang lain terhadap kita
"Sahat, aku bagi pihak aku sendiri, Ayub dan Kasim memohon maaf daripada engkau. Selama ini kami terpaksa memusuhi engkau dan menakut-nakutkan penduduk kampung atas arahan Penghulu Sudin. Tapi sekarang kami dah insaf. Kami bersedia menerima apa-apa sahaja hukuman daripada engkau dan penduduk kampung."
Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan.
Nilai ketaatan
Nilai keinsafan
Nilai Bertimbang rasa
Pemah kaukata yang kes kami akan kaubawa ke meja seminar antarabangsa. Katamu, di situ akan kaukecam budaya hidup manusia moden yang suka mencemar dan membuang semua kotoran ke laut. Hendak engkau tentang penerokaan tanah hutan kerana tanah merah yang terhakis dari situ mengeruhkan biru laut, Hendak kautentang pembuangan najis ke laut yang busuknya setahun pelayaran.
Terdapat gaya bahasa hiperbola dalam petikan di atas. Pilih contoh yang betul.
Katamu, di situ akan kaukecam budaya hidup manusia moden yang suka mencemar dan membuang semua kotoran ke laut
Hendak kau tentang pembuangan najis ke laut yang busuknya setahun pelayaran
Kaumahu lanun-Ianun yang mencuri karang-karang laut dari terumbu induk disumbat ke penjara seumur hidup mereka.
Hendak engkau tentang penerokaan tanah hutan kerana tanah merah yang terhakis dari situ mengeruhkan biru laut,
Aku masih ingat, malam itu kami berkumpul anak-beranak Along ada, Angah juga turut pulang. Achik dan juga aku tidak ketinggalan melengkapkan malam yang indah itu. Malam itu emak memasak juadah istimewa daripada biasa.
Nyatakan sudut pandangan yang terdapat dalam pertikan di atas.
Sudut pandangan orang ketiga
Sudut pandangan orang pertama
Sudut pandangan objektif
Agak kira-kira sedikit ke tengah hari, lelaki tersebut, yakni peguam yang mengambil tindakan menyaman bagi pihak dirinya sendiri itu, telefonnya telah berdering. Di hujung talian adalah seorang wartawan.
“Maaf tuan, saya ingin minta komen tentang pandangan Profesor Ray Jay yang disiarkan dalam akhbar hari ini, juga komentar daripada peguam KTN sendiri.”
Latar masa yang terdapat dalam petikan.
hari ini
tengah hari
pagi ini
Pada waktu siang
MAT PIAH : Tuan, tuan daripada party yang pakai serba aneka di hotel E&O tu tadi. Macam-macam saya tengok. Ada hantu, syaitan, semua ada. (Tergelak kecil).
nyatakan dua ciri drama dalam petikan drama di atas.
Ada babak
Ada adegan
Ada pelakon
Ada dialog
