wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Menukar ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pemandangan kaki langit itu amat mempesonakan sesiapa sahaja yang memandang.

a)

Yang memandang pemandangan kaki langit itu amat mempesonakan sesiapa sahaja.

b)

Amat mempesonakan sesiapa sahaja yang memandang pemandangan kaki langit itu.

c)

Mempesonakan amat pemandangan kaki langit itu sesiapa sahaja yang memandang.

2.

Puan Sofia telah menginap di Hotel puteri selama tiga hari.

a)

Telah menginap di Hotel Puteri selama tiga hari Puan Sofia.

b)

Di Hotel Puteri Puan Sofia telah menginap selama tiga hari.

c)

Selama tiga hari di Hotel Puteri Puan Sofia telah menginap.

3.

Puan Aina membesarkan anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang.

a)

Membesarkan dengan penuh kasih sayang anak tunggalnya Puan Anis.

b)

Anak tunggalnya dibesarkan oleh Puan Anis dengan penuh kasih sayang.

c)

Dengan penuh kasih sayang Puan Anis membesarkan anak tunggalnya.

4.

Golongan remaja di taman itu selalu menjaga harta benda awam.

a)

Di taman itu golongan remaja selalu menjaga harta benda awam.

b)

Selalu menjaga harta benda awam golongan remaja itu.

c)

Golongan remaja selalu menjaga harta benda awam di taman itu.

5.

Gadis ayu itu berbaju kebaya biru.

a)

Berbaju kebaya biru gadis ayu itu.

b)

Biru baju kebaya gadis ayu itu.

c)

Gadis ayu berbaju kebaya biru itu.

6.

Kejadian bencana alam merugikan rakyat dan negara.

a)

Rakyat dan negara dirugikan oleh kejadian bencana alam.

b)

Merugikan rakyat dan negara kejadian bencana alam.

c)

Rakyat dan negara menjadi rugi akibat kejadian bencana alam.

7.

Sambutan majlis perkahwinan kakak sulung saya yang bekerja sebagai pramugari itu sangat meriah.

a)

Perkahwinan kakak sulung saya yang bekerja sebagai pramugari itu sangat meriah sambutan majlisnya.

b)

Kakak sulung saya yang bekerja sebagai pramugari itu sangat meriah sambutan majlis perkahwinannya.

c)

Sangat meriah sambutan majlis perkahwinan kakak sulung saya yang bekerja sebagai pramugari itu.

8.

Rumah datuk dan nenek saya berhampiran dengan Sungai Kuala Tembeling.

a)

Dengan Sungai Kuala Tembeling rumah datuk dan nenek saya berhampiran.

b)

Berhampiran dengan Sungai Kuala Tembeling rumah datuk dan nenek saya.

c)

Berhampiran rumah datuk dan nenek saya dengan Sungai Kuala Tembeling.

9.

Puan Hamidah pengetua sekolah baharu di kawasan perumahan tersebut.

a)

Pengetua sekolah baharu di kawasan perumahan tersebut Puan Hamidah.

b)

Pengetua baharu sekolah di kawasan tersebut ialah Puan Hamidah.

c)

Di kawasan perumahan tersebut Puan Hamidah pengetua baharu sekolah.

10.

Kanak-kanak comel itu baru sahaja menjalani pembedahan jantung berlubang di hospital.

a)

Pembedahan jantung berlubang di hospital baru sahaja dijalani oleh kanak-kanak comel itu.

b)

Pembedahan jantung berlubang baru sahaja kanak-kanak comel itu menjalani di hospital.

c)

Baru sahaja menjalani pembedahan jantung berlubang di hospital kanak-kanak comel itu.