wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRAKTIS BAB 5 GENETIK

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah proses mitosis penting bagi organisma hidup?

a)

Untuk menghasilkan variasi

b)

Untuk pembentukan gamet lelaki dan perempuan untuk pembiakan

c)

Untuk pertumbuhan sel dan bagi menggantikan sel yang tercedera atau yang mati

d)

Untuk memastikan setiap sel anak menerima setengah bilangan kromosom daripada sel induk

2.

Rajah 1 menunjukkan sepasang kromosom. Apakah R?

a)

Sentriol

b)

Kromatid

c)

Sentromer

d)

Gentian Gelendong

3.

Antara organ berikut, di manakah meiosis berlaku?

a)

Buah pinggang

b)

Jantung

c)

Ovari

d)

Kolon

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah fenotip?

a)

Kombinasi genetik individu

b)

Ciri fizikal yang dapat dilihat pada individu

c)

Gen lemah yang tidak menunjukkan ciri-cirinya

d)

Pembawa maklumat yang menentukan ciri individu

5.

Mutasi ialah perubahan yang berlaku secara spontan pada kromosom atau gen. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan buruk mutasi?

a)

Variasi

b)

Lebih tahan terhadap penyakit

c)

Boleh menyebabkan beberapa penyakit yang boleh diwariskan

d)

Dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik terhadap perubahan persekitaran

6.

Mutasi gen disebabkan oleh perubahan kimia yang berlaku pada sesuatu gen. Antara yang berikut, yang manakah bukan mutasi gen?

a)

Sindrom Down

b)

Buta Warna

c)

Talasemia

d)

Hemofilia

7.

David merupakan seorang lelaki buta warna. Dia berkahwin dengan isterinya Jane, seorang pembawa buta warna. Apakah kebarangkalian untuk anak-anak mereka mengalami buta warna juga?

a)

25%

b)

50%

c)

75%

d)

100%

8.

Kehamilan Puan Dewi telah memasuki minggu ke-18. Doktor ingin memastikan fetus di dalam kandungan Puan Dewi bebas daripada sebarang penyakit gangguan gen. Antara kaedah rawatan berikut, yang manakah paling sesuai untuk Puan Dewi dan kandungannya?

a)

Kaedah terapi gen

b)

Kaedah geneologi genetik

c)

Kaedah amnionsintesis

d)

Kaedah kariotip

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah kejuruteraan genetik?

a)

Penyelidikan genetik suatu organisma

b)

Gangguan genetik suatu organisma

c)

Penambahbaikan genetik suatu organisma

d)

Pengubahsuaian genetik suatu organisma

10.

Variasi merupakan perbezaan ciri yang wujud di antara individu pada spesis yang sama. Antara yang berikut, yang manakah adalah contoh variasi selanjar?

a)

Kumpulan darah

b)

Warna kulit

c)

Kebolehan menggulung lidah

d)

Jenis cuping telinga