wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ciri iklim di Malaysia?

a)

Julat suhu tahunan 1°C – 3°C

b)

Min suhu tahunan 18°C

c)

Hujan tahunan kurang 2 000 mm

d)

Taburan hujan sekata

2.

*Berasal dari Benua Asia

*Bertiup dari bulan November hingga Mac


Maklumat di atas merujuk

a)

angin Sumatera

b)

angin Tenggara

c)

angin Monsun Timur Laut

d)

angin Monsun Barat Daya

3.

Apakah nama fenomena dalam rajah ?

a)

Hujan bukit

b)

Hujan siklon

c)

Hujan perolakan

d)

Hujan perenggan

4.

Mengapakah angin Monsun Barat Daya tidak membawa hujan yang lebat ke Semenanjung Malaysia?

a)

Bertiup dari kawasan daratan

b)

Bertiup dari kawasan tekanan tinggi

c)

Dihalang oleh Selat Melaka

d)

Dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera

5.

Apakah ciri-ciri suhu di Malaysia?


I Julat suhu harian 1°C

II Suhu rendah awal tahun

III Min suhu tahunan 27°C

IV Hampir sekata sepanjang tahun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Pernyataan yang manakah benar tentang pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan ekonomi Malaysia?


I Pelbagai jenis kegiatan ekonomi dapat dijalankan sepanjang tahun

II Perikanan di pantai timur Semenanjung Malaysia terjejas pada musim tengkujuh

III Suhu yang tinggi menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana

IV Kegiatan pembalakan terganggu pada musim kemarau

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

*Jalan raya diturap

*Bangunan konkrit dibina rapat-rapat


Apakah kesan alam sekitar yang dapat dikaitkan dengan ciri bandar di atas?

a)

Jerebu

b)

Hujan asid

c)

Pulau haba

d)

Penipisan lapisan ozon

8.

Apakah yang menyebabkan kejadian jerebu?


I Pencemaran air

II Kebakaran hutan

III Kilang perindustrian

IV Penggunaan baja nitrogen

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah yang di maksudkan dengan Fenomena El Nino

a)

Letusan gunung berapi yang berlaku di negara jiran

b)

Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan

c)

dikaitkan dengan pemanasan suhu di Lautan Pasifik

d)

Pembakaran bahan api fosil (kenderaan dan kilang)

10.

Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan dari hujan asid?

a)

Mengancam kesihatan manusia

b)

Menipiskan Ozon

c)

Memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan

d)

Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan

11.

Kesan Rumah Hijau merujuk ?

a)

Fenomena suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih

panas daripada kawasan di sekitarnya.

b)

Fenemona Jerebu bi bandar yang pesat

c)

Fenomena Banjir KIlat

d)

Fenomena peningkatan suhu bumi akibat banyak haba

yang terperangkap dalam atmosfera bumi.

12.

Antara yang berikut yang manakah Punca-punca peningkatan pelepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera?


I Pelupusan sampah

II Kegiatan pembalakan

III Kegiatan Pertanian

IV Peniupan Angin

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

III dan IV

d)

I dan IV

13.

Rajah menunjukkan kejadian?

a)

Hujan Kilat

b)

Hujan Asid

c)

Hujan Angin

d)

Hujan Batu

14.

Fenomena EL NINA ialah

a)

gejala gangguan iklim yang disebabkan oleh penurunan suhu

permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik.

b)

angin Timuran yang biasanya bertiup dari timur Lautan Pasifik ke barat Lautan Pasifik akan membawa hujan yang lebat ke Asia Tenggara

c)

menyebabkan berlakunya peningkatan suhu antara 0.5°C hingga 2°C berbanding dengan keadaan biasa.

d)

disebabkan oleh zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.

15.

Apakah yang mempengaruhi cuaca dan iklim di Malaysia terhadap kegiatan Manusia di Malaysia?

a)

Pertanian,perikanan,pembalakan,Perindustrian

b)

Perkilangan,perikanan,pembalakan,pelancongan

c)

Pertanian,perikanan,perlumbaan,pelancongan

d)

Pertanian,perikanan,pembalakan,pelancongan