NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Inang permaisuri agong menyatakan bahawa permaisuri masih di dalam kamar tidur kerana baginda masih belum_________.
beradu
bersiram
bertitah
bersemayam
Beberapa orang murid sedang menjalani latihan bola keranjang di________sekolah.
padang
gelanggang
dewan
tapak
Pemuda yang_______pepat itu ialah abang sulung saya.
berkumis
bertocang
berbaju
berkain
Warganegara yang pulang dari negara luar diminta untuk menjalani________kesihatan sebelum memasuki negara.
saringan
pemeriksaan
ujian
rawatan
Mak Kiah membeli sayur-sayuran di pasar pagi itu untuk membuat kuih________.
onde-onde
epok-epok
baru-baru
cumi-cumi
Amirul membersihkan sarang_____di stor rumah neneknya.
lelabah
pepijat
rerama
bebiri
Ayat yang bergaris mungkin betul atau salah. Pilih yang paling tepat.
Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.
akan kami serahkan kepada
akan kami serahkan pada
kami akan serahkan pada
kami akan serahkan kepada
Sultan Jamil Abdillah_____________untuk mencemar duli ke upacara pembukaan perasmian bangunan baharu itu.
bertakhta
bertitah
berkenan
bertatah
Ukiran yang menarik dan halus pada__________kota itu menarik perhatian para pengunjung dari dalam dan dari luar negara.
gerbang
gerigi
pasar
kedai
Semut dan lalat_______pada titisan air gula di atas meja makan itu.
berkerubung
berkumpul
berjumpa
bersidang
Pak Ali memasang _________ hujung kelambu pada bumbung bilik tidur anaknya.
kuda-kuda
langit-langit
kisi-kisi
siku-siku
Pengguna komputer riba haruslah memastikan jarak yang selamat antara mata dengan_______peranti itu agar keselamatan mata mereka terpelihara.
tetingkap
tetikus
tetangga
tetampan
Rakyat dan nakhoda kapal menghadap Sultan Ibrahim di istana ketika baginda sultan_________ di atas__________.
bertakhta...pancapersada
bersemayam...tandu
bersemayam...tandu
berarak...panji-panji
Puan Hamidah meletakkan beberapa helai daun sirih dan segenggam pinang di_______sirih untuk diperjamukan kepada tetamu.
junjung
tapak
tepak
teratak
Suzana senantiasa________sejak ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada bulan lalu.
tersedak
tersentap
terkesima
terpegun
Petugas istana membawa________yang bertatahkan emas ketika perarakan masuk Sultan Alauddin Riayat Syah ke balairuang seri.
singgahsana
tandu
ubur-ubur
cogan alam
Ellyviana dan kawan-kawannya _______ seketika apabila melihat guru disiplin mereka tercegat di muka pintu kelas.
terjerlus
terhumban
terpempan
terpampang
Beberapa orang juak raja membawa _____ ketika upacara masuk Sultan Mahmud Syah ke balairuang seri.
aram-aram
ampai-ampai
iram-iram
inang-inang
Danish dimarahi oleh guru kerana tulisannya masih _______ walaupun sudah ditegur beberapa kali.
lintang-pukang
incang-incut
herot-berot
keluh-kesah
Semua masyarakat ______ sumbangan yang diberikan oleh baginda ketika negeri ditimpa bencana.
menjunjung tinggi
menjunjung duli
menjunjung titah
menjunjung perintah
Penangkapan dua orang penjenayah itu dibuat selepas pengintipan dilakukan oleh ______ khas polis selama seminggu.
kakitangan-kakitangan
mata-mata
konco-konco
pengikut-pengikut
Cikgu Faris memberitahu murid bahawa mereka dapat melihat _____ serangga dengan jelasnya di bawah kanta mikroskop.
lelayang
lelabi
sesungut
rerambut
Ninie dianggap seorang yang _____ kerana dia dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan mudahnya.
kecut hati
kata hati
terang hati
makan hati
Pertolongan yang diberikan oleh Hanisah ketika Lee ditimpa masalah kewangan tidak dibalas oleh Lee apabila Hanisah memohon bantuan daripadanya beberapa bulan yang lalu.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah
seperti anjing menyalak bukit
seperti anjing mengonggong tulang
seperti anjing dengan kucing
seperti melepaskan anjing tersepit
Fikri dipilih sebagai pengerusi persatuan bahasa Melayu kerana tiada calon yang bertanding untuk jawatan tersebut.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah
seperti tikus membaiki labu
seperti tikus jatuh ke beras
seperti labu ditebuk tikus
marahkan tikus, lengkiang dibakar
