wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Mei Hua mencuci botol air.

Tukarkan ayat aktif menjadi ayat pasif.

a)

Botol air dicuci oleh Mei Hua.

b)

Mei Hua dicuci oleh botol air.

2.

Dina menyusun buku-buku di rak buku.

Tukarkan ayat aktif menjadi ayat pasif.

a)

Buku-buku disusun oleh Dina di rak buku.

b)

Dina disusun oleh buku-buku di rak buku.

3.

Sampah-sarap itu ______________lalu ________________ oleh Encik Yussin.

a)

dikumpul ...dibakar

b)

dibawa ...divakum

c)

dikumpul...dicuci

4.

Bola itu _____________ oleh Anson.

a)

disepak

b)

dipijak

c)

dibaling

5.

Kain itu _____________ oleh nenek untuk dijadikan sebagai selimut.

a)

dicucuk

b)

dikemas

c)

dijahit

6.
______________ murid yang didenda itu?
a)
Siapakah
b)
Mengapakah
c)
Bilakah
d)
Adakah
7.

__________ orangkah yang akan menyertai rombongan ke Melaka essor?

a)

Berapa

b)

Bila

c)

Siapa

d)

Apa

8.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Li Jun mendapatkan rawatan gigi di Klinik Pergigian Chong Wei.

a)

Bagaimanakah Li Jun mendapatkan rawatan gigi?

b)

Bilakah Li Jun mendapatkan rawatan gigi?

c)

Siapakah yang menemani Li Jun untuk mendapatkan rawatan gigi?

d)

Di manakah Li Jun mendapatkan rawatan gigi?

9.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Bilakah kamu akan pulang ke Kuching?

a)

Saya akan pulang ke Kuching, Sarawak.

b)

Saya akan pulang ke Kuching pada hujung bulan Mei ini.

c)

Saya akan pulang bersama-sama keluarga saya.

d)

Saya akan pulang ke Kuching untuk melawat datuk dan nenek saya.

10.
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
a)
tajam
b)
kasar
c)
kesat
d)
tumpul
11.

Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

a)

kecil

b)

besar

c)

tebal

d)

panjang

12.
__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
a)
Indah
b)
Kelam
c)
Suram
d)
Sayup
13.

Kami sungguh _____________ akan kepetahannya mematahkan hujah pihak pembangkang.

a)

sangsi

b)

hairan

c)

kagum

d)

kaget

14.

Perahu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus _________________.

a)

laju

b)

deras

c)

kencang

d)

pantas

15.

Walaupun Che Mat sudah tua, namun dia masih _____ mengerjakan dusun buah-buahannya.

a)

berani macam harimau

b)

rajin macam semut

c)

kuat macam badang

d)

takut macam tikus

16.
Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
a)
sekali
b)
sangat
c)
benar
d)
nian
17.
Jurulatih itu __________tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.
a)
benar
b)
sekali
c)
nian
d)
amat
18.
Pintar ___________ Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.
a)
sungguh
b)
terlalu
c)
paling 
d)
agak
19.
Air sungai itu jernih ____________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
a)
agak
b)
amat
c)
paling
d)
terlalu
20.
Indah ___________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja ditepi pantai itu.
a)
nian
b)
paling
c)
terlalu
d)
agak
21.
6 Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.
a)
agar
b)
lalu
c)
maka
d)
kerana
22.
5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
a)
atau
b)
dan
c)
lalu
d)
maka
23.

Sungguhpun Wei Han anak orang kaya _________ dia tidak sombong.

a)

kerana

b)

tetapi

c)

lalu

d)

dan

24.

Ibu mencuci pinggan __________ mendengar radio.

a)

tetapi

b)

kerana

c)

sambil

d)

atau

25.

Ai Ling rajin belajar ________ adiknya sangat malas.

a)

dan

b)

lalu

c)

tetapi

d)

kerana