wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Malaysia Tahun 5

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

2.

Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________ .

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

3.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

4.

Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

5.

Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.

a)

anak tut

b)

anak tiri

c)

anak bini

d)

anak beranak

6.

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

7.

Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

geli hati

b)

makan hati

c)

cekal hati

d)

isi hati

8.

Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.

a)

harga diri

b)

harga mati

c)

tanda mata

d)

tanda harga

9.

Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

pekak badak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

10.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

11.

Biarpun penduduknya berbilang bangsa dan agama, negara tersebut aman Makmur dan tidak pernah dijajah kerana rakyatnya mengamalkan hidup _________.

a)

Bersatu teguh bercerai roboh

b)

Satu hati satu jiwa

c)

Bahasa jiwa bangsa

d)

Menolong Amalan Mulia

12.

Demi mencapai keharmonian , setiap orang yang hidup dalam setiap kelompok atau kumpulan perlu menjalankan tanggungjawab , masing- masing dan bersikap berat sama dipikul ringan sama dijinjing

a)

Berat memandang, berat lagi bahu memikul

b)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

Berat sebelah

d)

Bagai limau masam sebelah

13.

Hubungan Lee Chen dan Azam sangat rapat walaupun mereka berlainan bangsa. Mereka di katakan bagai ________ kerana telah berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

a)

Bagai enau dalam belukar

b)

Bagai anjing dengan kucing

c)

Bagai pinang dibelah dua

d)

Bagai isi dengan kuku

14.

Negara kita akan terus aman dan Makmur jika rakyatnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan sentiasa berpegang kepada kata- kata hikmah _________.

a)

Satu bangsa satu negara

b)

Bersekutu bertambah mutu

c)

Sehati Sejiwa

15.

Jasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj tetap dikenangkan oleh rakyat Malaysia kerana beliau merupakan bapa kemerdekaan bak kata pepatah

a)

Ada air adalah ikan

b)

Bagai gagak menggonggong telur

c)

gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

16.

Ayah memberitahu kepada abang yang belajar di Amerika Syarikat supaya menjaga diri seperti

a)

Dimana bumi dipijak, Disitu langit dijunjung

b)

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan

c)

Dimana bunga kembang, di situ bunga banyak

d)

Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada

17.

Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini bak kata pepatah _______.

a)

Daripada telaga jernih tak akan mengalir yang keruh

b)

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

c)

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

18.

1Zamri merupakan seorang pelajar yang belajar di luar negara namun dia tetap pulang ke Malaysia untuk bekerja setelah berjaya menamatkan pelajaran di peringkat sarjana bak kata pepatah ________.

a)

Harimau mati meniggalkan belang

b)

Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.

c)

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

d)

Bagai itiki pulang ke gagang

19.

Kemajuan Kampung Bahagia bertambah baik disebabkan penduduknya bersatu dan tolong menolong kerana bagi mereka _______.

a)

Bersatu teguh bercerai roboh

b)

Bahasa jiwa bangsa

c)

Muafakat membawa berkat

20.

Orang Malaysia digalakkan menggunakan bahasa ibunda di peringkat antarabangsa. Hal ini demikian untuk melambangkan Malaysia sebagai _____.

a)

Bahasa jiwa bangsa

b)

Bahasa Amalan Mulia

c)

Bahasa Melambang perpaduan

d)

Bahasa bangsa berjaya