NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 6 - Tatabahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 17mins
Pilih ayat yang betul.
Rumah yang baru dibeli oleh Amin terletak antara pejabat pos dan sekolah.
Murid akan didenda jika sekiranya lambat memulangkan buku yang dipinjam.
Berita terkini tentang keadaan wabak Covid-19 yang melanda negara disiarkan dari semasa ke semasa.
Farid sanggup berkorban demi untuk menyara adik-adiknya yang masih kecil.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Siapakah yang memimpin orang tua itu untuk menyeberang jalan?
Sazlan dan orang tua itu berpimpinan tangan untuk menyeberang jalan.
Sazlan telah dipimpin oleh orang tua itu untuk menyeberang jalan.
Ya, orang tua itu menyeberang jalan sambil dipimpin oleh Sazlan.
Sazlan yang memimpin orang tua itu untuk menyeberang jalan.
Penebangan hutan yang berleluasa akan menyebabkan haiwan liar semakin pupus.
Pilih perkataan antonim bagi pupus.
hilang
kekal
lenyap
kukuh
Hang Tuah adalah antara pahlawan Melayu yang terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Pilih perkataan sinonim bagi terbilang.
terpuji
tertangkas
termasyhur
teristimewa
Pendengar berasa terhibur dengan celoteh _______________ radio itu setiap pagi.
juruhebah
jurubahasa
juruacara
jurucakap
Filem P. Ramlee _______________ mendapat sambutan walaupun telah ditayangkan berulang kali.
masih
telah
sudah
hendak
Usahlah bersikap seperti ____________________ , hanya bercakap banyak tetapi sebenarnya tidak mempunyai ilmu.
tin kosong
mulut murai
bertih digoreng
mulut tempayan
Suzana merupakan anak tunggal Encik Said. Dia diberikan sepenuh kasih sayang ibarat _______________________.
bulan jatuh ke riba
cincin dengan permata
air dicencang tiada putus
menatang minyak yang penuh
"Selepas majlis keraian diraja itu tamat, Puteri Sofea yang sangat mengantuk segera berangkat ke kamar baginda."
Berdasarkan situasi bagi rangkai kata bergaris dalam ayat di atas, apakah yang akan dilakukan oleh Puteri Sofea selepas itu?
bersantap
beradu
bersiram
berkenan
Pemuda itu merupakan jurutera yang berpengalaman ___________________ dalam bidang kejuruteraan elektrik.
luas
jauh
tinggi
kukuh
Kapal peronda itu ______________ bot nelayan asing yang menceroboh kawasan perairan Malaysia.
menunda
membawa
mamandu
menolak
Swee Lian gagal menghantar e-mel kerana ________________ internet di kawasan itu kurang baik.
tercapaikan
mencapai
capaian
dicapai
Jelas kelihatan ikan-ikan berenang di dalam sungai kerana airnya ________________ jenih.
sangat
nian
tersungguh
paling
Aiman asyik memerhatikan cahaya _____________ yang berterbangan berhampiran khemahnya pada waktu malam.
rama-rama
kupu-kupu
riang-riang
kunang-kunang
Petugas kaunter : Boleh saya bantu kamu?
Pemuda : Jika _________________ ingin mengirimkan bungkusan ini, _________________ bayaran yang dikenakan?
saya ... berapakah
mereka ... apakah
kami ... di manakah
awak ... bagaimanakah
