NEW
Font size
WorksheetsGeografi Tingkatan 1 (Part 6)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah sungai yang mempunyai ciri berikut?
- Panjang 563 km
- Dimudiki hingga ke Kapit
- Penting untuk pengangkutan
Sungai Pahang
Sungai Rajang
Sungai Baram
Sungai Lupar
Apakah persamaan fungsi kedua-dua sungai berikut?
- Sungai Bernam
- Sungai Endau
Sempadan negeri
Sumber pengairan
Jalan pengangkutan air
Sumber kuasa hidroelektrik
Apakah bentuk muka bumi kawasan pinggir laut yang boleh dikaitkan dengan ciri berikut?
- Bercerun curam
- Menghadap laut
- Rumah api
Gua
Teluk
Batu tunggul
Tebing tinggi
Kawasan laut cetek yang kedalamannya kurang daripada 180 meter di perairan Malaysia dinamakan
tombolo
beting
Pentas Sunda
pelantar
Apakah bentuk muka bumi hasil tindakan hakisan sungai di peringkat muda?
I Tasik ladam
II Air terjun
III Jeram
IV Tetambak
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kegiatan yang dikaitkan dengan kawasan tanah tinggi berikut?
- Kundasang, Sabah
- Tanah Tinggi Cameron, Pahang
- Bukit Tinggi, Pahang
Kawasan pembalakan
Pusat perlombongan bijih besi
Stesen jana kuasa hidroelektrik
Pengeluar tanaman hawa sederhana
Apakah persamaan yang terdapat dalam senarai berikut?
- Rantau Abang
- Port Dickson
- Cherating
- Desaru
Pusat perikanan
Pusat pelabuhan
Pusat pelancongan
Pusat perindustrian
Kegiatan penjanaan kuasa hidroelektrik di Sungai Rajang dikaitkan dengan
Empangan Kenyir
Empangan Pelagus
Empangan Bakun
Empangan Tenom Pangi
Sungai yang manakah mempunyai ciri berikut?
- Empangan Bersia
- Sumber tenaga hidroelektrik
Sungai Perak
Sungai Padas
Sungai Lupar
Sungai Segama
Maklumat berikut menerangkan kepentingan suatu banjaran di Malaysia.
- Tiga pusat peranginan utama
- Menjadi legeh sungai-sungai
- Penanaman sayuran hawa sederhana
Banjaran tersebut ialah
Banjaran Kapuas
Banjaran Bintang
Banjaran Brassey
Banjaran Titiwangsa
